Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Keputusan SPM hanya Satu Juz’ Daripada Kehidupan

$
0
0

Keputusan SPM bukan penentu segalanya. Yang lulus dengan cemerlang, TAHNIAH manakala yang kurang cemerlang, PERJALANAN HIDUP MASIH PANJANG.

Keputusan SPM

Bagi yang keputusan kurang cemerlang dalam SPM, saya cadangkan masuk kursus kemahiran yang sangat-sangat bermanfaat terutama dalam membuka perniagaan sendiri seperti membuka bengkel-bengkel, butik, jahitan, pusat kecantikan dan lain-lain.

Satu lagi alternatif, kalau nak masuk universiti juga, bolehlah memohon untuk mendapatkan pra-diploma secara percuma di UITM. Ini sangat-sangat digalakkan. Apa-apa pun, percayalah dengan rezeki Allah. Banyak kelebihan dan hikmahnya.

Ingatlah adik-adik jangan pernah kecewa dengan kegagalan, keputusan SPM itu cuma hanya satu juzu’ daripada kehidupan anda yang panjang.

Baginda Nabi Muhammad S.A.W pernah diusir keluar oleh kaumnya namun akhirnya kembali menjadi pemimpin dunia.

Nabi Yusuf dihumban ke penjara namun akhirnya memerintah seluruh Mesir.

Jadi tidak mustahil anda yang gagal SPM tidak boleh menjadi orang penting negara masa hadapan?

Ketahuilah bahawa anda mempunyai potensi dan kelebihan yang tersendiri dan unik berbanding orang lain. Ingat ! Kehidupan adalah seperti marathon; bukannya bagaimana anda bermula tetapi bagaimana kita berakhir. Teruskan usaha dan memberi manfaat hingga ke liang lahad wahai adik-adik.

The post Keputusan SPM hanya Satu Juz’ Daripada Kehidupan appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles