Yeo’s telah ditubuhkan pada tahun 1900 dan diasaskan di Zhangzhou, Fujian, China oleh Yeoh Keng Lian.
Produk Yeo’s mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1940. Yeo’s adalah jenama pertama yang telah memperkenalkan kari ayam di dalam tin dan jenama Yeo’s juga adalah syarikat pengeluar makanan yang pertama di dunia yang memperkenalkan air kacang soya dan teh bunga di dalam botol. Yeo’s juga telah meluaskan pasarannya ke lapan negara lain selain dari Malaysia. Pada tahun 1975 Yeo’s telah berada di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Yeo’s telah mengeluarkan pelbagai jenis produk, antara yang popular adalah air teh bunga, kacang soya, laici dan kundur, selain dari mengeluarkan air yang kaya dengan khasiat, Yeo’s juga mengeluarkan mee segera Cintan, mee dalam cawan dan berbagai jenis makanan dalam tin dan boleh didapati dengan pelbagai perasa seperti kari ayam, kari lembu, kurma ayam, rendang ayam dan vindaloo ayam.

Antara produk keluaran Yeo’s yang paling mendapat tempat di hati penggemar minuman tin dan kotak adalah jenama Justea dan Soyrich kerana rasanya kurang manis dan tanpa bahan pengawet.
Selain dari air minuman dalam tin, kotak dan botol, Yeo’s juga menghasilkan bahan masakan seperti kicap, tauchu dan cuka. Bahan-bahan ini memudahkan surirumah dan pengguna mempelbagaikan menu dalam masakan. Makanan dalam tin menjadi pilihan pengguna yang hidup dalam keadaan yang sibuk dan sentiasa mengejar masa. Mereka cuma perlu panaskan dan sedia untuk dinikmati.
Yogurt Nan Sekotak
Bermulalah kisah Yogurt Nan Sekotak antara aku dengan si dia.
Pertemuan bermula di Kedai Serbaneka 24 jam D – Lima. Aku benar-benar teringin dan keinginan itu meruntun-runtun tangkai jantung hatiku untuk memiliki sekotak Yogurt Yeo’s Asli. Tiba-tiba di kedai yang aku singgah hanya ada sekotak sahaja. SEKOTAK SAHAJA ??? Aku bermonolog sendirian.
Sebaik sahaja aku membuka pintu peti sejuk lalu ada seorang gadis datang menerpa dan terus mencapai Yogurt Nan Sekotak yang telah lama aku idamkan. Disini bermulalah insiden antara aku dengan seorang gadis itu sama-sama bekeras untuk memiliki Yogurt Nan Sekotak itu.
Aku sudah tidak tahan lagi. Aku mesti cepat sebelum sesuatu yang memalukan terjadi pada diriku. Aku terus bergerak pantas masuk dan menunaikan hajatku yang sudah mahu meletup itu.
Arghhhh. Alhamdulillah selesai sudah ‘urusanku’. Ketika berjalan keluar aku menerima satu pesanan ringkas dan aku terus berjalan tiba-tiba aku terpandang seseorang yang begitu ‘familiar’.
“Eh, Macam kenal jeee, Macam biasa jumpa jeee, tapi dimana ye?!”
Lalu aku terus mengekori belakang gadis itu dan memang tepat tekaanku. Yang dia mesti akan masuk ke dalam kedai serbaneka itu. Aku terus mencari Yogurt Yeo’s asli kegemaranku.
“Haishhh, Mana pulaaaa mereka simpan air yogurt kesukaan aku ini. Pergi stesen minyak lain tadi sudah habis, Takkan kat sini pun sudah habis ?”
“Hairan. Hairan.”
“Pelik. Pelik.”
“Ajaib. Ajaib.”
“Nampak sangat Yeo’s Yogurt ini memang menjadi pujaan ramai dan hangat dipasaran.” Aku bermonolog sendirian.
“Eh, Eh, ada satu je”
“Alamak, perempuan itu lagi. Mesti dia nak yogurt asli ni juga”
“Ini tak boleh jadi ni.. Kali ini aku mesti menang. Aku mesti dapat. Aku mesti beli. Aku mesti minum”
“Kalau tak.. Aku mesti tak dapat memaafkan diri aku.”
“Yeahhhhhhhhh.”
Tanpa memandang kiri dan kanan aku terus menerpa dan terus mencapai Yogurt Nan Sekotak itu.
Tiba-tiba ada tangan kecil yang cuba meragut yogurt nan sekotak idaman ku dari tanganku.
“Amboi-amboi, cik adik sedap tarik. Nak berebut lagi ke? Haritu kan dah menang. Jangan tamak. Kan dah melepas.”
“Heh. Heh. Heh. Orang tamak selalu rugiiii” *sambil tersengeh memegang yogurt nan sekotak kegemaranku*
Haishh.. Lemak makin bertambah. Badan makin berat. Diri makin malas. Aku kena bersenam ni. Pergi jogging petang ni sedap juga.
“Baiklah. Pertama kita mula dengan panaskan badan dan melakukan regangan.”
“Satu.. Dua.. Tiga.. Lapan Lagi..”
“Satu.. Dua.. Tiga.. Lapan Lagi Satu..”
Baiklah dah boleh berjogging ni. “Hariz jangan lupa yogurt ya. Hang tu dah lama tak berjogging. Ayaq kena spare untuk pencernaan. Hang tu dah lama sembelit. Buasir pun tak baik lagi” Aku ketawa sendirian.
“Eh. Awek hari tu arr..”
“Orang tua-tua cakap, wan saya itu orang tua-tua, tok saya. Alaaa merekalah cakap kalau kita jumpa orang yang sama lebih daripada satu dua. haaa dua kali bermakna ada jodoh tu. Awwwwww~ Adakah perkara ini benar? Wallahualam”
“Hariz apa kata hang pi jogging dekat dengan dia. Kalau dia cam aku “Maknanya Ada Peluang lerrr tu”"
Aku pun apa lagi terus berlari-lari anak ke arah gadis itu.
“Eh. Dia bawa Yogurt Yeo’s lah.”
“Eh. Dia senyumla”
“Eh. Nak tegur ke tak? Nak Hai ke tak?”
“Emmm. Tegur jelahhh”
“Hai, awak.. Macam kenal je? Awak ingat saya tak?”
“Ohh lelaki perampas Yogurt Yeo’s ye.”
“Ehemm, bukan rampas tapi awak tamak sangat haritu. Kali pertama dah menang. Kali kedua bagi la peluang orang lain pula. “Hihihi.
“Yelahh awak. Tamaklahhh sangatttttttt.”
“Okaylah awak, dah lewat ni. Saya perlu balik sekarang.”
“Awak boleh kita jumpa esok ?”
“Okay kita jumpa esok. Bye-bye.”
“Bye-bye awak. Hati-hati.”
Eiii tak sabarnya nak jumpa dia esok. Lawa juga ye *monolog dalaman*
Setelah berjanji semalam, hari ini kami bertemu.
“Aku mesti kena bawa air yogurt lebih ni. Nanti boleh share dengan dia”
“Harizzzz, Sharing kan is caring” Hihihi
“Hai awak” *Aku melambai tangan kepada dia
“Hai, dah lama tunggu ke?”
“Taklah baru jerrrrrr nak buka minum air ni. Awak nak?” *sambil hulur 1 kotak kepada dia*
Kami sama-sama menikmati Yogurt Yeo’s dengan penuh kenikmatan dan untuk kali ini kami tidak perlu lagi bergaduh.
Setelah penat berjogging. Stamina aku semakin berkurangan.
“Letih bak ang, kalau ada Yogurt Yeo’s kan best”
Harapanlah harizzzzz.
Yang best partnya, rupanya dia ada stok Yogurt Yeo’s lagi dalam begnya.
Aku buang rasa malu aku jauh-jauh demi yogurt nan sekotak bagi mengembalikan stamina aku.
“So sweetttttttttt, i like it”
Kami terus berbual dan aku mengambil peluang yang ada untuk saling bertukar nombor.
“Yeayyyy, dapat juga aku no diaaaa. Boleh la ajak dating lepas ni” Hihihihi
Kerana yogurt nan sekotak itulah kami dipertemukan dan cinta mula berputik. Terima Kasih Yeo’s kerana melengkapi kehidupanku tanpa Yogurt Nan Sekotak pasti kami tidak dipertemukan seperti ini.

Yeo’s sentiasa di hati dan tetap menjadi pilihan utamaku. Tamat sudah cerita kami. Sekian
Sosial Media Yeo’s Malaysia
Website Yeo’s Malaysia
Fcebook Yeo’s Malaysia
Twitter Yeo’s Malaysia
Google + Yeo’s Malaysia
Instagram Yeo’s Malaysia
YouTubeYeo’s Malaysia
Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Anda Mungkin Meminati
The post Yeo’s pilihan dan melengkapi kehidupanku appeared first on Prof Hariz.