Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Semua Orang Boleh Melancong Ke Kemboja

$
0
0

Kemboja adalah destinasi perlancongan yang selamat dan patut dikunjungi, ibu negara Kemboja adalah Phnom Penh, negara ini sedang pesat membangun dengan prasarana yang selesa, sebagai sebuah negara yang sedang membangun banyak kemudahan boleh didapati disini seperti internet didalam kebanyakan hotel yang ada disini.

Tempat Wajib Dikunjungi di Kemboja

Siem Rap

siemreap

Siem Reap terletak di sebelah utara timur Tasik Tonle Sap dan merupakan laluan utama untuk melawat Angkor Wat. Pusat itu kekal sebagai bandar lama di luar bandar, dengan rumah-rumah dan kedai-kedai gaya Perancis. Kawasan di sekitar pasar lama penuh sesak dengan penduduk tempatan dan warga asing sepanjang hari. Kawasan ini hidup di waktu malam dengan keseronokan yang berlangsung hingga matahari terbit.

Angkor Wat

angkorwat

Bandar purba di Kemboja adalah pusat empayar Khmer yang pernah memerintah sebahagian besar Asia Tenggara. Empayar ini telah pupus, setelah membina kuil-kuil yang menakjubkan dan bangunan yang ditebus guna oleh hutan selama beratus-ratus tahun. Kuil-kuil yang paling popular adalah Angkor Wat, Bayon, Ta Phrom, dan Angkor Thom. Tempat ini saban waktu dipenuhi dengan pelancong.

Phnom Penh

phnomphen

Phnom Penh boleh menjadi apa sahaja yang anda mahu tempat ini di penuhi dengan tempat bersejarah dan budaya, tetapi biasanya, Phnom Penh adalah tempat pengembaraan yang begitu menterujakan. Berada di sini membuatkan anda tidak puas jika sekadar bermalam dua malam, tempatnya seolah-olah memukau anda untuk terus berada lebih lama.

Russian Market

Russian market

Toul Tom Pong atau Russian Market yang popular di kalangan pelancong. Asal nama kerana terdapat ramai dikalangan orang Rusia pada tahun 1980an. Pasar Rusia membawa berbagai macam barang seperti minuman, makanan ringan dan makanan yang sudah dimasak, ukiran tradisional dan permata, sutera hasil tangan dari negara China dan tenunan Kemboja, perabot antik, buku, dari beg tangan, kasut hinggalah kepada pakaian yang terdiri dari pelbagai fesyen. Tempat ini menjadi tarikan pelancong dengan seni Ukiran kayu dan batu terdapat juga perak Indochina tua dan wang syiling lama.

Thmey Market atau Central Market

799px-Le_marché_central_(Phnom-Penh)_(6847539946)

Tempat ini adalah tempat yang popular di bandar Phnom Penh. Pasar ini mula dibina pada tahun 1935, dan siap pada 1937. Terdapat sebuah kubah bergaris pusat lebih kurang 50 diameter. Terdapat empat sayap teras memancarkan keluar, masing-masing sekitar 50m panjang. Seluruh struktur ini berwarna kuning. Di sini terdapat pelbagai barang hiasan perak dan batu permata tempatan. Pelbagai barangan antik juga terdapat di sini selain dari pakaian bunga-bungaan, makanan, kain, kasut dan berbagai jenis cenderahati yang pasti anda beli untuk dibawa pulang. Ketika membeli belah di sini anda boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga yang paling rendah.

Mari Belajar Bahasa Asas Kemboja

Sebelum pergi ke luar negara pastikan kita tahu sepatah dua kata bahasa mereka. Sekurang-kurangnya kita boleh bertutur sedikit sebanyak bahasa mereka. TKh’nyohm chhmooh Prof Hariz.

cambodia-words-phrases

Cambodia Muslim Holiday Travel Pilihan Terbaik

xx

Menurut data Pew Research Center, jumlah Muslim di Cambodia pada 2009 mencapai 236 ribu atau 1,6 persen dari populasi. Namun, menurut Ketua Senat Mahasiswa Muslim Kamboja, Sles Alfin, populasi Muslim di negaranya diperkirakan mencapai lima persen. Kebanyakan merupakan etnik Cham dan Melayu yang merupakan kelompok terbanyak di Kemboja.

Jadi tidak hairanlah mengapa di negara ini susah untuk mendapatkan makanan halal kerana penduduknya adalah belum muslim. Bagi anda yang muslim tidak perlu risau lagi untuk melancong ke Kemboja kerana ada syarikat Cambodia Muslim Holiday Travel yang diasaskan 100% oleh orang islam diuruskan sendiri oleh seorang Ustaz yang mempunyai pendidikan agama islam.

Cambodia Muslim Holiday Travel adalah sebuah syarikat tempatan yang amat dipercayai dalam menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan. Cambodia Muslim Holiday Travel memang tidak asing dengan Kemboja & Vietnam. 

Syarikat Cambodia Muslim Holiday Travel adalah 100% hak milik orang islam di negara kemboja yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh Ustaz Yahya Al-hafiz. Jaminan oleh syarikat Syarikat Cambodia Muslim Holiday Travel memberikan 100% halal makan minum dan lain lain.

Syarikat / Perkhidmatan ini dibuka khusus kepada mereka yang berbangsa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei.

Testimoni Cambodia Muslim Holiday Travel Menjadi Pilihan

Bagi anda yang masih sangsi dengan Cambodia Muslim Holiday Travel jangan risau anda boleh terus hubungi mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan Syarikat tersebut di facebook.

4 1 2 3

Jadi jom ramai-ramai melawat website rasmi syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel untuk melihat pakej-pakej yang murah dan berpatutuan disediakan bagi anda yang sudah lama mengidam dan mahu pergi Melancong Di Kemboja. InshaAllah Kini Semua Orang Boleh Melancong Ke Kemboja.

Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.

The post Semua Orang Boleh Melancong Ke Kemboja appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles