Denaihati Network boleh dikatakan sebagai salah satu Komuniti blogger berbahasa melayu yang amat popular dikalangan blogger malaysia. Dan untuk pengetahuan anda semua, Denaihati merupakan Best Of The Best Blog 2012, Most Creative Blog 2013 dan yang terbaru adalah Best Personal Blog anjuran Blogrrr.my. Tahniah Team Denaihati.

Secara peribadi saya telah follow blog denaihati adalah sejak 2010 awal masa berblog sehingga kini 2013. Boleh dikatakan denaihati merupakan salah satu medium untuk saya buat duit. Alhamdulillah dan saya fikir sudah lebih RM1000 saya menjana duit bersama denaihati. Malah pelbagai ilmu berblog dan ilmu keduniaan yang saya banyak dapat daripada blog denaihati dan juga owner denaihati. Memang tepat dengan tagline denaihati iaitu Hidupkan Untuk Memberi. Alangkah ruginya jika rakan-rakan blogger yang tidak kenal siapa itu denaihati.
10 December 2013 Team Denaihati Network ada melancarkan sebuah aplikasi Denaihati Network untuk pengguna peranti mudah-alih 2.2 dan yang terkini. Melalui Denaihati Network untuk Android, banyak kelebihan padanya iaitu pembaca setia boleh boleh mendapatkan terus update-update terkini blog, facebook, youtube, twitter dan instagram denaihati. Bunyi macam menarik kan? Apa kata jom kita tengok ulasan ringkas Aplikasi Android Denaihati Terbaru ini.
Berikut merupakan paparan screen shot yang saya berjaya rakamkan daripada handphone Sony Ericsson X8 Android Version 2.3.4
Blog Denaihati

Melalui aplikasi ini blog denaihati lebih mudah untuk dibaca tetapi saya agak hairan kenapa tidak ada butang komen. Jika ada pasti lebih baik.
Facebook Denaihati

Di dalam aplikasi ini terdapat 3 fan page denaihati iaitu. Denaihati.com, Denaihati Network dan juga Hidupkan untuk memberi. Saya sangat kagum dengan hasil design team denaihati. Kalau nak dapat apa-apa info denaihati tidak perlu lagi susah-susah nak buka Tab, Tab yang banyak.
Youtube Denaihati

Di dalam channel denaihati ini terdapat banyak video hasil testimonasi pelajar-pelajar Akademi Denaihati — Ke arah industri blog yang lebih baik. InshaAllah jika dimurahkan rezeki olehNya. Saya pun akan join kelas master pada 29 Disember ini.
Twitter Denaihati

Begitu mudah juga untuk membaca tweet-tweet terbaru denaihati.
Instagram Denaihati

Gambar-gambar denaihati juga mudah untuk tengok. Saya amat tertarik untuk part ini.
Hubungi Denaihati

Jika sesiapa yang berminat untuk contact admin denaihati. Anda hanya perlu tekan pada gambar Email dan akan terus ke Email aplikasi anda dan terus menaip mesej. Sangat mudah kan?
Lokasi Denaihati

Bagi yang nak cari dimana Akademi Denaihati punya alamat. Anda cuma perlu tekan kepada alamat dan ada pilihan sama ada Maps atau Waze (bagi yang mempunyai aplikasi tersebut).
Setelah diteliti aplikasi ini sangat memudahkan peminat setia untuk mendapatkan informasi terkini secara terus. Tidak perlu lagi buka satu persatu tab browser untuk melihat Blog Denaihati, Facebook Denaihati, Youtube Denaihati, Twitter Denaihati, Instagram Denaihati, Hubungi Denaihati , Lokasi Denaihati. Semuanya mudah hanya dengan Aplikasi Android Denaihati Terbaru.
Buat masa ini, Aplikasi Denaihati hanya ditawarkan untuk para pengguna Android sahaja, dimana bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play hari ini, dan sudah boleh menggunakannya sendiri. Pasti lebih berbaloi-baloi.
Jika boleh saya sarankan Team Denaihati Network boleh sediakan Aplikasi Denaihati untuk iOS, BlackBerry dan sebagainya. Baru memudahkan pembaca setia untuk mengikuti. Lagipun sekarang ramai yang sudah tidak menggunakan android dan banyak platform yang lain. Hehehe.
Anda Mungkin Meminati
The post Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru appeared first on Prof Hariz.