Sebab orang gemuk kena kurus ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan juga orang yang dekat dengan saya. Minta maaf andai terasa tetapi ini adalah hakikat orang gemuk kena terima bahawa anda memang akan lalui perkara-perkara seperti berikut ;
10 Jenis Cabaran Orang Gemuk Hadapi
- Susah Solat
Selalu orang gemuk macam saya nak solat waktu Tasyahud (Tahiyat) akhir ini memang failed :’(
- Susah cari seluar dan baju
Bila pergi ke pasaraya nak cari seluar dan baju? Kebanyakkan size seluar 36 ke bawah kalau dah lebih tu. Hmm, *menangis* dan memang buat orang gemuk bosan nak membeli-belah.
- Susah naik public transport
Perkara ini memang saya alami ketika naik bas awam, LRT dan Keretapi apatah lagi AirAsia. Sangat susah dan kesian kan. Kalau nak duduk je takut terkena orang sebelah. Pilihan yang lain berdiri jela. Kalau perjalanan jauh memang kempiskan perut. :’(
- Senang dapat penyakit
Saya gemuk tiada penyakit pun ! Bagus dan alhamdulillah kerana anda masih belum kena penyakit. Tetapi harus ingat kebanyakkan orang gemuk ini senang atau erti kata lain mudah dapat penyakit antaranya GOUT, KENCING MANIS, DARAH TINGGI, JANTUNG dan sebagainya.
- Tiada keyakinan diri
Bahagian tiada keyakinan diri ini boleh dikatakan setiap orang gemuk memang selalu ada penyakit ni. Waktu nak berdepan dengan orang! Waktu bergambar! Waktu nak buat bersukan! Waktu nak mengorat! Memang selalu gagal.
- Susah dapat pasangan dan kawan
Kebanyakkan orang gemuk memang orang takmau kawan melainkan hang jenis ada duit, jenis suka payung depa makan itu dan ini. Orang suka berkawan. Kalau hang tiada benda tu semua. Bukan saja pasangan takmau, kawan pun lari sebab susah dan lembab nak ajak berpoya-poya!
- Susah Dapat Anak
Ini memang selalu berlaku bila kurus je terus dapat anak. Sebelum ni susah kemain. Bermakna orang gemuk pun susah dapat anak kan? Ya memang rezeki dari Allah. Tetapi rezeki tak datang bergolek kalau anda tidak usaha.
- Malas dan Cepat Penat
Macam mana tak malas dan cepat penat? Kalau dah badan gemuk buat kerja sikit je berpeluh. Buat kerja sikit je mulalah nak cari air dan makanan. Haishh ini selalu yang saya alami.
- Susah dapat kerja
Kalau anda nak ambil pekerja orang yang cergas atau lembab? Ini jawapan ada pada diri anda.
- Tidak Menarik
Kalau dah gemuk kat mana nak menarik? Pada perut? Nak cari baju dah susah, nak berfesyen jauh sekali? Yang tinggal hanya muka yang bulat dan perut yang berlapis-lapis.
Saya rasa cukuplah pendedahan yang saya kongsikan secara peribadi buat semua pembaca. Kalau kita yang berbadan gemuk dan kena situasi yang sama macam saya ni belum sedar diri. Mohon #Terjun2ndPenangBridge. Bagi yang dah sedar bahawa diri itu gemuk dan ada situasi macam saya di atas. Ayuh sama-sama pasang niat dan usaha Saya Nak Kurus dan Nak Badan Cantik ! InshaAllah kejayaan ada didepan kita. Cuma usaha sedikit sahaja.
Anda Mungkin Meminati
The post Sebab Orang Gemuk Kena Kurus appeared first on Prof Hariz.