Bukan mudah untuk pancing pembaca datang ke blog kita dan membaca artikel kita lalu sebarkan di laman-laman sosial seperti facebook, twitter, Google Plus dan lain-lain lagi. Tetapi tiada yang mustahil bagi blog-blog yang mesra search engine optimization (SEO) iaitu dalam bahasa yang mudah. Anda buat carian di google dan anda dapat maklumat yang kehendaki. Pasti anda rasa seronok dan mula sebarkan kepada orang lain. Betul ke tidak? Selain itu ada juga yang cari-cari dan bila jumpa je artikel yang betul-betul menepati kehendak mereka terus bookmark dan kongsikan kepada orang ramai. Ini saya selalu buat.
Berbalik kepada tajuk asal iaitu artikel paling banyak disebarkan di blog denaihati. Saya yakin pasti ramai yang dah tahu dan kenal siapa itu denaihati antara blogger yang agak lama iaitu semenjak 2008 – 2014 hampir enam tahun. Kalau dah ada anak sudah mula bersekolah dan pandai segala. Hehehe. Untuk pengetahuan anda, usaha blog denaihati yang amat saya kagumi adalah untuk memartabatkan blogger dimata rakyat malaysia dan menjadikan blogger sebagai satu kerjaya. Syabas saya ucapkan dan inshaAllah dengan izin Allah saya juga mahu menjadikan blogger sebagai kerjaya hidup saya.
Banyak usaha yang denaihati anjurkan dan yang paling hebat telah pun berjaya bagi iaitu Majlis Sepetang Bersama Blogger. Bermula dengan Hi-Tea bersama rakan niaga equrban dan berjumpa blogger lalu tercentusnya idea Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012, 2013 dan alhamdulillah yang terbaru adalah Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014. Dulu tak sampai 50 orang. Sekarang sudah lebih 350 orang. Ingat mudah ke nak buat majlis yang gilang-gemilang ini? Dan saya harap denaihati dapat menganjurkan majlis yang lebih gilang gemilang ini dengan menjemput lebih ramai blogger malaysia mungkin dalam 1000 orang blogger?
5 Artikel Paling Digemari di Blog Denaihati
Berikut adalah 5 artikel yang paling banyak disebarkan di blog denaihati sepanjang tahun 2012 – 2014 iaitu ;
20 Julai 2012 – Artikel ini berkongsi mengenai ibadah puasa bagaimana untuk lafaz niat berpuasa ramadan, niat berbuka puasa, dan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri seluruh malaysia 2013 dengan 9.4k sebarkan artikel. Jika berminat boleh ke Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia.
23 Julai 2012 – Artikel Buffet Ramadhan Hotel dan Restoran Malaysia 2013 memberikan panduan dan maklumat lanjut mengenai harga, no telefon untuk buat tempahan dan website bagi memudahkan rakyat malaysia untuk berbuka puasa bersama keluarga, atau rakan-rakan dengan 4.8k sebarkan artikel.
17 March 2013 – Artikel Semak Saman AES Online ini disediakan oleh denaihati dengan 5 kaedah bagaimana untuk anda semak saman iaitu melalui sms, email, website dengan 3.9k sebarkan artikel.
9 July 2013 – Artikel Aqiqah Ramadan di Kemboja berkongsi apakah hukum dan bagaimana untuk anda sertai ibadah aqiqah dengan eQurban Resources sebuah syarikat peneraju qurban dan aqiqah di kemboja dengan harga yang sangat berpatutan. Artikel ini disebarkan sebanyak 3.0k
3 Ogos 2013 – Artikel Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal berkongsi video yang sangat menyentuh hati iaitu video hukum merokok pandangan beberapa ulama. Ini wajib baca ! Dan artikel ini telah disebarkan sebanyak 1.7k
Saya yakin, artikel berikut akan terus menerus dikongsi oleh pembaca kerana ia tidak berhenti disitu tetapi sepanjang masa.
Anda Mungkin Meminati
The post Artikel Paling Banyak Disebarkan di Blog Denaihati appeared first on Prof Hariz.