Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Western Food Sedap Di Kuala Lumpur

$
0
0

Siapa yang tak suka Western Food? Sekali sekala nak juga merasa makan Western seperti steak, chicken chop, lamb chop, mix grill, pasta, meatballs, nuggets dan sebagainya… pastinya mengiurkan bagi mereka yang tengah lapar sekarang! Di Kuala Lumpur terdapat banyak restoran-restoran yang menawarkan western food, boleh dikatakan di mana sahaja di Kuala Lumpur. Tetapi restoran-restoran berikut mungkin tidak dapat menandingi restoran yang akan diperkenalkan dalam artikel ini. Ya, tidak lain dan tidak bukan adalah restoran Pekan Station Kg Baru, satu-satunya restoran yang menawarkan menu Western Food Sedap di Kuala Lumpur.

restoren-western-food-kampung-baru-sedap

Dahulunya dikenali sebagai Efa Western 4 u 2 dan diasaskan oleh Pak Uda pada tahun 1999, Pekan Station Kg Baru kini telah beroperasi sehingga kini tahun dan merupakan restoran yang menawarkan makanan-makanan ala Western. Nama Pekan Station Kg Baru telah diubah daripada nama asalnya setelah 10 tahun restoran tersebut berniaga. Pada tahun 2014, Pekan Station Kg Baru ditutup sementara selama bebebrapa bulan apabila Pak Uda pulang ke kampung halamannya di Pahang.

kampung-baru-medan-selera-western
Kampung Baru tidak asing lagi sebagai syurga makanan di Kuala Lumpur

Anaknya, En Ainuddin telah mengambil alih perniagaan ayahnya pada masa itu dan pada tahun yang sama pada bulan Disember, restoran Pekan Station Kg Baru dibuka semula kepada khayalak ramai. En Ainuddin telah membuat beberapa perubahan kepada penampilan restoran, menu, serta cara restoran itu beroperasi, tidak kurang juga dengan strategi pemasaran yang cukup berbeza di mana En Ainuddin telah menggunakan strategi pemasaran secara online dengan menggunakan media sosial untuk memasarkan restoran Pekan Station Kg Baru.

jjcm-pekan-station-western-food-kg-baru

Hasil usaha En Ainuddin yang begitu gigih dan cemerlang sehinggakan nama Pekan Station menjadi viral. Dengan hanya menaip perkataan PEKAN STATION sahaja di aplikasi Waze atau Google Maps, anda akan dapat mengetahui lokasi Pekan Station Kg Baru, Western Food Sedap di Kuala Lumpur. Terletak di kawasan Kampung Baru di sebelah Jalan Uda, ia memang popular di kalangan warga Kuala Lumpur yang memang mengidam western food yang sedap. Sekiranya anda di Kampung Baru, Kuala Lumpur, sebut sahaja di mana western food yang sedap di Kuala Lumpur, dan anda akan mendapat jawapan yang sama: Pekan Station Kg Baru.

pekan-station-kampung-baru-food-review

Setelah hampir 20 tahun dengan menawarkan pelanggan-pelanggan dengan western food yang sedap di Kuala Lumpur yang semestinya tiada tandingan, Pekan Station Kg Baru masih lagi dijaga dan dikendalikan oleh keluarga Pak Uda. Restoran Pekan Station Kg Baru akan terus melayan pelanggan-pelanggannya dengan pengalaman menjamu selera makan western yang tidak mudah untuk dilupakan. Memang patutlah Pekan Station Kg Baru adalah restoran yang semestinya menawarkan Western Food Sedap di Kuala Lumpur.

Menu Yang Ditawarkan Pekan Station Kg Baru

menu-makanan-western-pekan-station-kg-baru-best-western-food

Bagi anda yang kaki foodie yang memang mengidamkan Western Food Yang Sedap di Kuala Lumpur, jangan buang masa mencari-cari lagi! Pekan Station Kg Baru memang menawarkan menu western food yang sememangnya sedap di Kuala Lumpur… marilah kita lihat sebahagian menu yang ditawarkan oleh Pekan Station Kg Baru ini… hati-hati ya, pasti anda akan terliur dan perut anda akan berbunyi nanti…

MIX GRILL

mix-grill-kampung-baru-pekan-station

Gabungan daging ayam, lembu dan kambing (beef steak, lamb & chicken). Sesetengah pelanggan juga mungkin memilih untuk menggabungkan dua jenis daging seperti chickeh grill dan beef steak juga. Mix Grill ini dihidang beserta dua jenis sos (black bepper sauce & brown sauce) dan digandingkan dengan roti bun, coleslaw dan french fries.

LAMB CHOP

lamb-chop-western-food-terbaik-kl

Lamb Chop merupakan salah satu hidangan kegemaran bagi pelanggan-pelanggan Pekan Station Kg Baru, Western Food Sedap di Kuala Lumpur. Lamb chop yang dimasak secara grill dengan sentuhan yang tersendiri, tidak dimasak terlalu garing atau well-done untuk mengekalkan kelembutan daging dan menjadikannya lebih enak, ia juga digandingkan dengan black pepper sauce, brown sauce, roti bun, coleslaw dan french fries. Tengok pada gambar pun dah terasa lapar…

MEATBALL PASTA

meatball-pasta-western-food-kl-pekan-station

Bagi anda yang suka makanan ala Italian, anda boleh mencuba Meatball Pasta. Menggunakan ramuan yang tersendiri dan dihidang bersama 5 ketulan meatballs, menu ini akan pasti memikat selera bagi mereka yang menggemari makanan pasta. Salah satu lagi makanan western food yang sedap yang boleh anda menjamu selera di Pekan Station Kg Baru. Sehingga menjilat jari!

PASTA

pasta-terbaik-jjcm-kl

Untuk mereka yang inginkan masakan western food yang sedap di Kuala Lumpur yang tidak terlalu berat, anda boleh menjamu selera dengan Pasta Pekan Station Kg Baru. Dimasak dengan sentuhan masakan Melayu digandingkan dengan unsur-unsur timur dan barat (East and West). Pastinya akan menjadi satu hidangan yang menyelerakan.

makanan-pekan-station-western-food

Anda boleh lihat dengan siri menu yang disediakan oleh Pekan Station Kg Baru, Western Food Sedap di Kuala Lumpur ini. Yang menariknya, harga bagi hidangan-hidangan yang ditawarkan oleh Pekan Station Kg Baru amat berpatutan.

menu-makanan-pekan-station-western-food-kl-jjcm
Antara menu makanan-makanan di Pekan Station Kg Baru | Western Food Sedap di Kuala Lumpur
menu-minuman-pekan-station-western-food-kl-jjcm
Selain dari makanan, bermacam-macam jenis minuman pun ada!

Antara seleksi makanan-makanan di Pekan Station Kg Baru, Western Food Sedap Di Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

MAIN DISHES

  • Fish & Chips
  • Chicken Chop
  • Chicken Grill
  • Beef Steak
  • Black Pepper Steak
  • Chicken Bleu
  • Mix Grill

PASTA

  • Meatball Pasta
  • Lamb Pasta
  • Chicken Chop Pasta
  • Mix Grill Pasta

SIDE DISHES / KID’S MEALS

  • Mushroom Soup
  • Meatball (10 pcs)
  • Nuggets
  • Coleslaw
  • Garlic Bread

BEVERAGES / DRINKS

  • Fruit Juices / Jus buah-buahan (freshly blended / extracted)
  • Large Beverages (sama dengan fruit juices tapi dalam gelas besar!)
  • Hot Drinks / Minuman panas
  • Cold Drinks / Minuman sejuk

Delivery Untuk Western Food Sedap di Kuala Lumpur Dari Pekan Station

Tahukah anda bahawa Pekan Station Kg Baru juga menawarkan khidmat penghantaran makanan? Dan lebih baik lagi, Pekan Station Kg Baru menawarkan makanan tengahari dan juga makan malam untuk dihantar ke tempat anda? Khidmat penghantaran bagi Pekan Station Kg Baru, Western Food Sedap di Kuala Lumpur merangkumi kawasan di sekitar Kampung Baru seperti Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Pusrawi, Pusat Perubatan Kampung Baru dan sebagainya.

pekan-station-delivery-sekitar-kg-baru

Untuk khidmat penghantaran waktu tengahari ia bermula dari jam 11:00 pagi sehingga ke 5:00 petang, manakala untuk penghantaran waktu malam adalah dari 7:00 malam sehingga ke 11:00 malam. Untuk khidmat penghantaran, tempahan haruslah dibuat 3 jam sebelumnya, dan tempahan minima adalan sebanyak RM30 dan boleh didapati pada setiap hari kecuali pada hari Ahad.

lokasi-pekan-station-western-food-kg-baru

Testimoni Pelanggan Pekan Station Western Food Sedap Di Kuala Lumpur

Ingin tahu apakah komen-komen yang kami dapati daripada pelanggan-pelanggan kami mengenai Pekan Station Kg Baru, Western Food Di Kuala Lumpur? Lihat dengan sendiri ulasan-ulasan serta komen-komen mengenai Pekan Station Kg Baru yang kami dapat dari pengunjung-pengunjung yang berkesempatan untuk menjamu selera Western Food di Kuala Lumpur ini.

testimoni-food-review-western-food-pekan-station-kg-baru

testimoni-food-review-western-food-pekan-station-kg-baru

testimoni-food-review-western-food-pekan-station-kg-baru
pekan-station-testimoni

Jom Ke Pekan Station Kg Baru Western Food Sedap Di Kuala Lumpur

Tidak sabar untuk menjamah juadah western? Segeralah ke tempat kami, kami alu-alukan kedatangan anda. Datanglah bersama rakan-rakan, sahabat-sahabat mahupun keluarga anda!

lokasi-pekan-station-kg-baru

Anda boleh mengetahui lokasi kami menggunakan Waze atau Google Maps dengan membuat carian: Pekan Station. Untuk maklumat lanjut mengenai Pekan Station Kg Baru, Western Food Sedap Di Kuala Lumpur:

Waktu perniagaan : 6:00 petang – 1:00 pagi setiap hari

Alamat : Jalan Raja Uda,

Kampong Baharu,

50300 Kuala Lumpur

Tel / WhatsApp : +6010 796 0648

Email : info@pekanstation.com.my

Laman web rasmi : http://www.pekanstation.my

Facebook : PekanStation
Instagram : PekanStation
FourSquare : fourSquare

The post Western Food Sedap Di Kuala Lumpur appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles