Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Beli Tudung Sekolah Online

$
0
0

Bermula dari usia 7 tahun, anak-anak kita menghabiskan masa lebih kurang enam jam di sekolah, setiap hari, selama lima hari seminggu. Satu perkara yang dititik beratkan oleh ibu bapa ialah keselesaan anak-anak ketika mereka berada di sekolah.  Bila anak-anak selesa, mereka akan berasa seronok berada di sekolah dan dapat belajar dengan tenang. Selain dari kebersihan bilik darjah dan persekitaran sekolah, satu faktor utama yang menyumbang kepada keselesaan anak-anak ialah pakaian.

tudung-kanak-kanak-sekolah

Sekarang, sudah menjadi kelaziman bagi anak-anak perempuan berpakaian seragam sekolah dengan siap bertudung @ tudung sekolah. Sudah jarang kita nampak murid sekolah perempuan beragama Islam yang memakai gaun uniform sekolahn tetapi tidak pakai tudung sekolah, sebaliknya ramai yang memilih untuk memakai baju kurung uniform dan bertudung.  Pemilihan tudung yang sesuai sangat penting kerana cuaca panas di negara kita boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada murid, di samping banyak aktiviti fizikal yang menyebabkan murid berpeluh dan berasa panas.

bertudung-ketika-bersukan

Tips Memilih Tudung Sekolah Yang Sesuai Untuk Dipakai.

Sudah tentulah kita mahu anak kita selesa dengan tudung yang dipakainya, kan?  Tapi macam mana memilih tudung yang boleh memberi keselesaan kepada anak kita?  Di pasaran berlambak tudung untuk semua usia, dari bayi sehingga orang tua.  Tapi yang mana paling sesuai untuk dipakai ke sekolah?

tips-memilih-tudung-sekolah-anak

Cuba ikuti tips di bawah untuk mendapatkan tudung yang sesuai dipakai ke sekolah:

Tudung Sekolah Fabrik yang tidak panas dan menyerap peluh

Pilihlah tudung yang diperbuat dari fabrik yang sejuk dan mampu menyerap peluh kerana ia mampu mengurangkan rasa panas melampau.

pilih-fabrik-yang-lembut-untuk-tudung-sekolah

Tudung Sekolah Mudah Dipakai Dan Senang Dibentuk

Pilihlah tudung yang boleh disarung terus ke kepala, tidak perlu dipin, dililit, dan boleh dirapikan dengan cepat.  Tudung yang mudah dipakai dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi di waktu pagi ketika emak dan anak sama-sama perlu bersiap dengan cepat untuk keluar bersama. Jangan disebabkan tudung yang rumit, anak sampai lambat di sekolah dan anda lewat tiba di pejabat.

Beli Tudung Sekolah Online Tidak Mudah Berkedut Dan Senang Digosok

Ini juga adalah ciri tudung yang sesuai untuk anak anda.  Faham-faham sajalah kerenah anak kecil, main sumbat saja tudung dalam beg atau lempar di atas katil sebaik pulang dari sekolah.  Sudahnya tudung berkedut seribu.  Jadi, penyelesaiannya beli tudung yang diperbuat dari fabrik yang susah berkedut dan senang digosok.  Anda boleh ajar anak untuk menggosok sendiri tudungnya.

tudung-sekolah-mudah-digosok

Tudung Sekolah Yang Mudah dibasuh

Tudung sekolah memang senang kotor, lebih-lebih lagi yang berwarna putih.  Tambahan pula anak-anak di usia persekolahan agak clumsy, makan sikit  dah tertumpah ke tudung.  Kalau tudung itu dari fabrik sensitif yang tidak boleh dibasuh dengan mesin basuh, terpaksalah si emak membasuh dengan tangan.  Ini pasti menyukarkan, lebih-lebih lagi bagi si emak yang bekerja.  Jadi dapatkan tudung yang boleh dibasuh dengan mesin basuh dan cepat kering.  

tudung-senang-dicuci

Beli Tudung Sekolah Online Saiz Yang Tepat dan Tidak Jarang

Saiz yang tepat akan memberi keselesaan kepada pemakai.  Labuh tudung haruslah bersesuaian dengan saiz badan anak.  Kalau terlalu pendek anak akan kelihatan janggal, terlalu besar pula boleh menyukarkan pergerakan dan membuat anak berasa rimas.  Tudung yang terlalu tipis atau jarang pula tidak menepati syarat menutup aurat.  Jadi pilihlah tudung yang sesuai saiznya dan tidak jarang.

kain-tudung-budak-yang-tidak-jarang

Memperkenalkan Tudung Sekolah Nasuheart

Tudung sekolah Nasuheart adalah pilihan terbaik bagi anak-anak, sama ada di sekolah rendah atau menengah.  Ia menepati ciri-ciri yang dinyatakan di atas.  Dijahit khusus untuk memenuhi keperluan bertudung murid sekolah, dalam pelbagai warna dan saiz.  Tudung sekolah Nasuheart juga sesuai untuk kegiatan luar bilik darjah seperti aktiviti sukan, ko-kurikulum dan riadah.

tudung-sekolah-soft-awning

Keistimewaan Tudung Sekolah Nasuheart Adalah:

  • Diperbuat dari fabrik soft lycra.  Fabrik ini lembut, sejuk, tidak perlu digosok dan boleh dicuci dengan mesin basuh.
  • Menggunakan soft awning, iaitu bahagian depan tudung yang menutupi bahagian dahi adalah dari jenis lembut.  Soft awning mudah dibentuk, tidak penyek dan tidak keras.
  • Jahitan bahagian muka kemas dan elok terletak
  • Labuh, dan didatangkan dalam  4 saiz untuk pelajar dari usia 5 ke 15 tahun
  • Mudah dicuci.  Boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
  • Pelbagai warna – putih (2 jenis iaitu putih nila dan putih mutiara), hitam, biru, hijau (2 jenis – hijau muda dan tua), kelabu, ungu (2 jenis – ungu muda dan tua), krim dan biru gelap (blue black)

koleksi-tudung-sekolah-soft-awning

Saiz Beli Tudung Sekolah Online Nasuheart

Untuk memudahkan ibu-ibu membuat pilihan yang tepat, sila rujuk saiz tudung di bawah:

saiz-tudung-sekolah-nasuheart
Harga dan Penghantaran Beli Tudung Sekolah Online

harga-tudung-sekolah-soft-awning

Tudung sekolah Nasuheart dijual pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM18.50 sehelai.  Kos pos ialah RM4 (Semenanjung Malaysia) dan RM7 (Sabah dan Sarawak).

Jangan bertangguh lagi wahai ibu-ibu.  Tukar tudung sekolah anak anda ke Tudung Nasuheart.  Anak akan berasa selesa, ceria dan dapat fokus kepada pembelajaran dengan tenang.

Tudung Nasuheart – simple, stylish, smart

Beli Tudung Nasuheart Sekolah Online Sekarang !

Beli Tudung Sekolah Online

Beli secara online.  Pembelian boleh dilakukan di laman web Nasuheart

Laman web : Belian Online di sini

Facebook : Tudung Sekolah Anak

Whatsapp : 013385 3085

Anda juga boleh COD melalui ejen-ejen Tudung Nasuheart di Sarawak, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah.  Nombor telefon ejen boleh diperolehi dari Facebook HQ Nasuheart.

The post Beli Tudung Sekolah Online appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles