Bila jadinya akad nikah itu dah tak boleh patah balik dah.
Maknanya, siapa diri pasangan kita, siapa keluarga dia, bagaimana keadaan keluarga dia, kita kena terima.
Bukan kata terima itu dalam erti kata kala tak betui itu terima juga.
Dak.
Maknanya terima ada yang mana salah silap kurang kena perbetui.
Begitu juga dengan pasangan kita. Bila berlaku satgi akad nikah
“Aku terima nikahnya” dah tak boleh nak ulang balik dah, tak boleh nak reverse balik dah.
Nak buat lain semua tak boleh.
Makna kata aku terima nikahnya pasangan kita kena faham lepas ni apa pun yang berlaku kena duduk pada si suami terlebih dahulu.
Hukumnya kena mula si suami itu dahulu dan dalam bab ini apa keputusan si suami kena ikut.
Apa yang dia kata selagi mana tak bercanggah dengan hukum hakam kena ikut.
Selama mana si suami itu minta dan tak bercanggah dengan hukum hakam kena ikut.
Andai kata ada yang bercanggah kena nasihat bukan bergaduh.
Haaa.
Macam tulah Allah taala yang ajaq kita dalam solat. Bila takbir saja dan ada salah dalam solat.
Perbetui selama mana solat itu tak batal.
Hujung satlagi dah habis perbetui sujud sahwi. Sunat kita sujud sahwi.
Sama juga dalam perkahwinan ada salah silap PERBETUI sebab yang berkahwin ni sesama kita adalah manusia dengan manusia.
Bukan manusia dengan malaikat. Bukan malaikat dengan jin.
Yang menikah ni manusia dengan manusia.
CONFIRM salah itu PASTI WUJUD.
Jadi bila kata AKAD saja dengan tuan imam.
Kehidupan baru bermula. Makna kata keputusan lepas ini tak boleh lagi seorang tetapi keputusan perlulah dapat persetujuan kedua-duanya.
Memang..
Keputusan itu boleh datang dari pihak suami saja tetapi dalam bentuk akhlak rumah tangga. Keputusan kedua-dua sangat diperlukan.
Nasihat menasihati menjadi makanan dalam rumah tangga.
Makna kata apa segala kekurangan daripada kita. Sekiranya ditegur dan diberikan nasihat kita kena terima sebab apa?
Sepertimana dari pihak isteri ada salah silap dan kurang daripadanya kita tegur dan nak dia terima.
Begitu juga diri kita.
Dan pokok yang paling penting dalam rumah tangga adalah SOLAT BERJEMAAH.
Tanggungjawab suami ke atas isteri jaga keselamatan dia, jaga pakai minum dia, jaga pakaian dia, jaga tempat tinggal dia (Rumahtangga). Ini WAJIB ! Jika tak buat HARAM.
Dan jaga maruah dia.
Begitu juga dengan isteri. Rumah kita dengan suami kita kena jaga jangan bagi orang yang suami kita tak suka masuk. Kena ikut arahan dia.
Kalau kata kita pikiaq. Dia pun pikiaq juga.
Lelaki lebih utama daripada perempuan. LOGIK dia ADA.
Peringat dan menasihati dalam rumah tangga.
Apa yang Rasulullah ajaq adalah bertolak ansur dalam rumah tangga. Betui ada kala kita betui dan ada kala dia salah. Betui. Dan ada kala kita salah dan dia betui.
TOLAK ANSUR ITU PENTING DALAM RUMAH TANGGA.
Hari ini kita ikut keputusan dia dan esok ikut keputusan kita pula.
Akhir qalam.
Dalam berumah tangga amalkanlah adab-adab akhlak rasulullah terutama dalam BERDOA. Dan apa yang berlaku selepas ini adalah IBADAH dan beroleh PAHALA.
Anda Mungkin Meminati
The post Perkara Yang Penting Sebelum Berlakunya Proses Akad Nikah appeared first on Prof Hariz.