Panggilan untuk menduduki peperiksaan atas talian pada 17 April 2017 bagi jawatan Pegawai Penerangan S41 sedikit sebanyak mengusarkan hati calon yang terpilih. Walaupun ianya nampak mudah kerana peperiksaan ini diambil secara atas talian dan boleh dilakukan di mana sahaja berbekalkan nota dan rujukan yang banyak, namun masih ramai di antara calon masih membuat kesalahan serta mengambil jalan mudah untuk menjawabnya. Ini kerana, jika ia dibuat secara atas talian soalannya lebih mencabar.
Banyak “trick” yang digunakan bagi membuat saringan hanya calon yang layak sahaja mampu menjawabnya. Jangan cepat mengeluh calon semua! Anda telah terpilih untuk memenuhi jawatan ini makanya anda harus berjuang sehingga tamat! Di sini calon boleh mendapatkan rujukan contoh soalan yang bakal terpapar dalam peperiksaan atas talian yang bakal anda duduki.
Sedikit sebanyak, ia dapat membantu anda memerhati laras soalan, jenis soalan dan pemahaman tentang soalan sebelum anda benar-benar mendudukinya nanti. Walaupun tidak begitu sama, namun ia boleh dijadikan kayu pengukur bagi anda yang pertama kali mendudukinya. Peperiksaan ini melibatkan dua sesi berasingan.
Format Peperiksaan Pegawai Penerangan S41
Setiap sesi adalah penting untuk prestasi mengukur calon. Calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua sesi. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua sesi sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap sesi, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon di nasihatkan supaya tidak memfokus kepada sesi tertentu sahaja. Peperiksaan ini mengandungi 2 Seksyen:
Seksyen A: Pengetahuan Am
Seksyen ini menguji para calon tentang pengetahuan umum dan isu semasa secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara. Format;
Tempoh: 40 minit
Jumlah Soalan: 50 soalan
Markah: 30
Contoh Soalan Pengetahuan Am Pegawai Penerangan S41
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
- Penerangan Format
Tempoh: 45 minit
Jumlah Soalan: 40 soalan
Markah: 30
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik
(i) Kemahiran Logik
Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.
Contoh Soalan:
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan.
Contoh Soalan:
(iii) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.
Contoh soalan:
Dengan penerangan ini sedikit sebanyak anda mulai faham corak soalan berkisar tentang dan cara menjawabnya. Ini lebih memudahkan anda mengulang kaji serta mendalami sesuatu perkara dengan lebih mudah dan teratur.
Dapatkan Rujukan Pegawai Penerangan S41 Sesi 2017 Sekarang !
Untuk lebih menyediakan calon-calon yang berkelayakan untuk dapat menjawab Peperiksaan Pegawai Penerangan S41, anda boleh panduan-panduan serta pakej rujukan untuk peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S41 di laman web ekslusif berikut Rujukan Penuh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 atau terus whatsapp Prof Hariz di talian 012-5336713 SEKARANG !
Anda Mungkin Meminati
The post Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Penerangan S41 appeared first on Prof Hariz.