Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Pakej Umrah 2017 – Panduan & Tips Umrah Yang Betul

$
0
0

Setiap umat Islam di muka bumi ini pasti ada menyimpan hasrat dan keinginan untuk mengerjakan umrah dan menjadi tetamu Allah.  Sesiapa yang telah diberikan rezeki untuk menjejakkan kaki ke bumi Mekah dan Madinah pasti akan mengalami pengalaman yang sama.  Walau seantero bumi dan negara yang pernah dilawati, pernah dijejaki, tidak akan sama dengan bumi Mekah dan Madinah. Auranya sungguh berbeza. Setiap kali pulang dari Mekah dan Madinah, setiap kali itu juga perasaan kerinduan untuk bertandang semula tetap tergalas.

Pakej Umrah 2017

Apa yang dimaksudkan dengan Umrah itu? Pakej Umrah 2017? Umrah itu ertinya mengunjungi Baitullah Al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu mengikut syarat syarat yang telah ditetapkan. Apa pula yang dimaksudkan dengan syarat-syarat itu? Antara syarat umrah yang telah ditetapkan ialah beragama Islam, baligh dan berakal, merdeka, memiliki kemampuan, dan bagi wanita perlu ditemani oleh mahram. (Mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi, wanita yang berumur bawah 45 tahun, wajib ditemani oleh mahram).

Persediaan Sebelum Menunaikan Pakej Umrah 2017

Sebelum mengerjakan umrah khususnya buat Jemaah yang baru pertama kali mengerjakan umrah.  Lengkapkan diri dengan beberapa maklumat penting, dan beberapa persediaan meliputi persediaan fizikal, persediaan mental, persediaan Ilmu.

Pakej Umrah 2017

Umrah adalah Ibadah, bukan makan angin dan melancong.  Lengkapkan ilmu dengan ibadah umrah itu sendiri, rukun-rukun umrah, perkara wajib umrah, perkara sunat dalam mengerjakan umrah.  Kerana apa? Hanya mereka yang telah Allah pilih sahaja yang dapat memenuhi jemputan menjadi tetamuNya.  Rugi kalau ibadah umrah dilakukan hanya sekadar itu sahaja.  Usahakan agar ibadah umrah kita adalah yang terbaik dan memperolehi umrah yang mabrur.

Rukun Umrah Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ambil Pakej Umrah

Ibadah umrah dimulakan dengan Niat untuk mengerjakan umrah. Rukun kedua umrah pula ialah mengerjakan Tawaf sebanyak 7 kali pusingan mengelilingi Kaabah. Selesai ibadah tawaf, diteruskan pula dengan ibadah Saie, berjalan kaki dari Bukit Sofa ke bukit Marwah, sebanyak 7 perjalanan, pergi dan balik.  Tahallul ialah bercukur atau menggunting rambut dilakukan sebaik sahaja selesai ibadah Saie. Tahallul menurut bahasa adalah menjadi halal atau diperbolehkan dan bebas dari larangan ketika dalam ihram.  

2

Rukun umrah yang terakhir pula ialah Tertib. Tertib ertinya melaksanakan semua rukun umrah dengan teratur, dimulakan dengan niat, tawaf, saie dan tahallul. Ertinya, tidak boleh anda lakukan saie dahulu sebelum tawaf, kerana mungkin pada pendapat anda, ketika itu orang ramai sedang tawaf, dan mungkin bila keadaan agak reda baru anda ingin mengerjakan tawaf. Tidak dibenarkan iya, tuan tuan dan puan puan. Semua ibadah perlu mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Perkara Wajib dalam Umrah 2017

Perkara wajib dalam Umrah, sebelum memulakan ibadah umrah.  Wajib berniat ihram di Miqat yang telah ditentukan, samada di Ji’ranah, Tan’im atau dimana-mana kawasan Tanah Halal. Maksudnya, sebelum sampai ke Tanah Haram (Lokasi Masjidil Haram dikenali juga sebagai Tanah Haram) wajib membaca niat terlebih dahulu.

Pakej Umrah 2017

Pernah berlaku juga kepada teman saya, yang terlalu teruja ketika berjumpa dengan teman sekampung di Masjid di Yalamlam  yang terletak beberapa kilometer dari Masjidil Haram. Dalam ghairah berbual, terlupa bahawa tujuan asal ke Miqat adalah untuk berniat ihram. Ketika di dalam teksi untuk ke Masjidil Haram, beliau menjerit, dan tahulah kami bahawa beliau terlupa untuk membaca niat ihram.  

Syukur pemandu teksi yang berbangsa Arab itu bertimbang rasa dan kami berpatah semula ke Tanah Halal, Masjid Yalamlam untuk memberi laluan kepada teman ini untuk membaca niat. Peringatan juga buat semua Jemaah, jangan terlalu ghairah hingga hilang fokus untuk mengerjakan ibadah.  Sentiasa berdoa supaya Allah pelihara niat kita.

Perkara wajib umrah yang kedua yang perlu diberi perhatian dan dijaga sepenuhnya ialah Meninggalkan larangan didalam ihram. Larangan ini pula tidak sama antara Jemaah wanita dan lelaki. Bagi Jemaah lelaki, dilarang berpakaian yang berjahit, memakai kasut yang menutupi jari kaki dan menutup kepala yang sifatnya melekat di kepala seperti memakai songkok dan topi.  Namun begitu, Jemaah masih boleh menggunakan payung.  Bagi wanita pula, dilarang menutup telapak tangan, dan menutup muka.  

Larangan Dalam Mengerjakan Umrah

Pakej Umrah Murah 2017

Larangan umum bagi Jemaah lelaki dan wanita,

  • Memakai wangi-wanigan
  • Memotong kuku
  • Mencukur serta mencabut bulu di anggota tubuh badan
  • Dilarang memburu dan menganggu atau membunuh haiwan dengan apa cara sekalipun, memotong atau merosakkan pokok dan tumbuhan di Tanah Haram.
  • Meminang, menikah atau menikahkan serta menjadi saksi dalam nikah juga adalah dilarang ketika di dalam ihram.  

Seandainya Jemaah berjumpa Cinta atau tulang rusuk yang hilangnya di Tanah Haram, harap dapat bersabar, lepaskan dulu ibadah hingga selesai tahallul barulah meneruskan niat yang suci murni itu.  Bagi suami isteri pula, dilarang bercumbu dan berjimak ketika didalam ihram.

APAKAH AKAN TERJADI SEKIRANYA MELANGGAR LARANGAN??

Mereka yang melanggar larangan itu pula perlu membayar Dam.  Dam dari segi istilahnya ialah denda atau tebusan bagi mereka yang mengerjakan umrah kerana meninggalkan perkara yang diwajibkan atau melakukan perkara-perkara yang dilarang di dalam ihram.  

pakej umrah 2017

Dalam kita berkejar untuk melaksanakan ibadah umrah, perhatikan juga ibadah-ibadah sunat yang boleh dianggap sebagai bonus atau ekstra dalam kita mencari pahala umrah. Cari sebanyak banyak ilmu mengenai ibadah umrah, dan tempat tempat yang bersejarah yang akan dilawati ketika mengerjakan umrah, hayati kisah perjuangan Rasulullah dalam mengembangkan Islam. Rasai dengan hati dan jiwa sepenuhnya. Hati yang tersentuh, pasti mengalirkan air mata, dan rasa teramat rindu dengan Baginda Rasulullah S.A.W

Ketika mengerjakan tawaf seumpamanya, boleh juga dipasakkan di dalam hati dan mengambil analogi berniat berjalan mencari keredhaan Allah yang Maha Mengetahui segala yang ghaib dan yang tersembunyi. Jika diberi kesempatan untuk mengerjakan solat di Makam Ibrahim, tanamkan di dalam hati untuk mengikuti jejak Nabi Ibrahim a.s didalam solat beliau dan menentang segala bisikan syaitan.

Pelajari juga rukun dan ibadah bukan sahaja apa yang tersurat, bahkan apa yang tersirat.  Diharapkan agar dengan perlaksanaan ibadah umrah ini, bukan sekadar ibadah tapi membuka hati, jiwa roh kita dan menambahkan iman dan takwa kita kepada Allah.  Sentiasa memandang dengan mata hati dan melihat pengajaran dan kebaikan dari setiap ibadah yang dikerjakan.

Pakej Umrah 2017

Tips Pemilihan Pakej Umrah 2017 Yang Boleh Anda Manfaatkan

Buntu dengan pilihan pakej umrah yang ditawarkan? Ada beberapa perkara yang boleh diambil kira dalam memilih pakej yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.  Antara keperluan yang paling penting ialah harga dan kemudahan yang ditawarkan.

Harga murah tetapi anda perlu berkorban tenaga, masa dan tidak selesa, ataupun dengan membuat sedikit penambahan bajet, anda dapat menikmati pakej umrah yang selesa, mudah dan menjimatkan masa anda dalam beribadah.

Pakej Umrah 2017

Dapatkan maklumat mengenai harga hotel yang ditawarkan, lokasi hotel, dan kemudahan di hotel berkenaan. Ada hotel yang menawarkan harga yang agak murah, tetapi mungkin lokasinya agak jauh dari Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Sekiranya kesihatan anda tidak mengizinkan, atau anda membawa Jemaah yang agak uzur, tidak salah memperuntukkan sedikit jumlah wang, untuk mencari hotel yang lebih dekat dari Masjid. Sebahagian masa di sana dihabiskan untuk berulang alik dan beribadah di Masjid.  Jika jarak perjalanan dari Hotel dan Masjid itu dekat, maka anda mempunyai lebih masa untuk beribadah dan tidak terkejar kejar setiap kali waktu Solat.

Keselesaan di hotel pula perlu diambil kira, anda bebas memilih hotel yang bertaraf 5, 4 atau 3 bintang.  Sesuaikan ikut bajet dan keperluan anda.  Antara faktor yang perlu diambil kira ialah jumlah Jemaah yang akan menginap bersama sama anda di dalam bilik hotel. Ada bilik berdua, bertiga dan berempat orang.  Ada pelbagai kerenah Jemaah yang anda perlu ambil kira.  Ada Jemaah yang memerlukan masa yang lama di dalam bilik air, setiap kali anda ingin menggunakan bilik air, anda harus menunggu giliran.  Begitu juga dengan urusan mencuci pakaian.  Anda perlu bersabar dan bersedia menghadapi sebarang masalah dan kemungkinan.Pakej Umrah 2017

Keadaan lif di hotel juga amat penting lebih lebih lagi ketika anda mula mula sampai dan ingin meninggalkan hotel bersama bagasi yang besar.  Kebiasaannya hotel yang bertaraf 3 bintang, atau 4 bintang, saiz lif adalah kecil dan kemudahan lif amatlah terhad. Jemaah perlu menunggu lama untuk urusan turun dan naik untuk urusan ke masjid atau apa sekalipun.  Jika anda masih kuat dan bertenaga, boleh juga minta untuk ditempatkan di tingkat yang rendah, supaya anda lebih mudah turun dan menaiki tangga.

Pakej Umrah 2017

Dewan makan di hotel, juga adakalanya terlalu kecil dan muat muat untuk Jemaah anda, ambil kira juga jika bertembung dengan Jemaah yang lain. Ambil maklumat mengenai pakej yang ditawarkan termasuk makanan, adakah meliputi makan pagi, tengahari dan malam. Ketika anda sibuk mengerjakan ibadah, biasanya anda tidak akan punya masa untuk memikirkan urusan makanan dan mencari kedai dan restoran untuk membeli makanan.  Jika boleh, ambil pakej yang lengkap, supaya tidak membuang masa anda.

TIPS PENERBANGAN PAKEJ UMRAH 2017

Pakej Umrah 2017

Dari segi penerbangan, anda boleh mengambil kira samada ia penerbangan terus, atau perlu transit di mana mana. Nasihat saya, tempoh penerbangan anda itu sahaja sudah mengambil masa hingga 6 jam, maka sekiranya anda mempunyai peruntukan yang lebih, ambil sahaja penerbangan terus tanpa perlu transit di mana mana negara.  Cari juga maklumat, sekiranya anda berada di luar Kuala Lumpur, adakah kos anda ke KLIA itu juga ditanggung oleh penganjur anda. Anda juga boleh membuat pilihan samada anda ingin terus ke Madinah atau ke Jeddah dahulu. Sekiranya anda ke Jeddah, biasanya anda perlu berpakaian ihram dari tanah air, dan akan membaca niat didalam pesawat ketika melalui Miqat yang ditentukan.  Anda bebas memilih mengikut keselesaan anda.

KENALPASTI DESTINASI UNTUK DI ZIARAH PAKEJ UMRAH 2017

Kenalpasti juga destinasi ziarah yang ditawarkan di dalam pakej umrah anda. Barangkali anda pernah pergi ke beberapa tempat, dan tidak berminat untuk menziarah kali kedua, kemungkinan kos ziarah dapat dikurangkan. Berapa kali umrah yang ditawarkan oleh agen umrah, yang dikelolakan sepenuhnya oleh agen. Bagi Jemaah wanita perkara ini amat penting, kerana untuk umrah bebas, mereka perlu mencari pengangkutan sendiri untuk ke Miqat, dan memerlukan Jemaah lelaki dewasa untuk menemani mereka.  Carilah pakej yang boleh menawarkan beberapa kali umrah yang diuruskan.

Pakej Umrah 2017

Dapatkan juga maklumat mengenai kos-kos tambahan sekiranya anda memerlukan perkhidmatan tambahan, seperti kerusi roda untuk Jemaah yang uzur. Selain dari itu, khidmat Mutawif adalah amat penting ketika anda berada di Mekah dan Madinah. Dapatkan maklumat adakah Mutawif akan mengiringi Jemaah dari Malaysia atau hanya sekadar menanti di Mekah atau Madinah. Seorang mutawif akan mengelolakan berapa jumlah Jemaah, adalah sukar seorang Mutawif mengendalikan Jemaah yang besar jumlahnya.  Pengalaman saya, ketika mengerjakan umrah, seorang mutawif bagi setiap bas rombongan juga masih sesuai, cuma agak kelam kabut, dan saya turut membantu Mutawif Wanita pada ketika itu.

Pakej Umrah 2017 Terbaik

Apapun pilihan anda, rajin rajinlah mencari maklumat yang cukup, serta lakukan persediaan rapi sebelum berangkat. Nasihat saya, apapun usaha yang anda lakukan, berbaliklah pada Dia, Allah Yang Mentadbir Sekelian Alam. Perbanyakkan doa kepadaNya agar segala urusan anda dipermudahkan. Sentiasa berdoa agar Allah menerima anda sebagai tetamu yang dikasihiNya. Pakej umrah yang paling istimewa khusus dariNya untuk anda.

PS : Jika anda menawarkan pakej umrah 2017 boleh terus PM saya di m.me/profhariz

The post Pakej Umrah 2017 – Panduan & Tips Umrah Yang Betul appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles