Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Kenapa Laptop Cepat Panas? Amalkan 7 Cara Untuk Elakkan Laptop ‘Overheating’

$
0
0

Laptop merupakan keperluan pada zaman kini. Ia digunakan untuk pelbagai aktiviti sebagai contoh, melakukan kerja-kerja pejabat, mengumpul dan menyimpan data, permainan video dan pelbagai lagi.

Kenapa laptop cepat panas

Apabila kerap penggunaannya, seperti menggunakan aplikasi pengeditan gambar dan video, permainan video, dan buat masa yang lama, masalah ‘overheat’ akan timbul. Simptom-simptom yang menunjukkan laptop anda mempunyai masalah ‘overheat’ adalah:

  • Laptop menjadi terlalu panas pada bahagian ‘exhaust fan’.
  • Kipas laptop berpusing dengan laju dan menyebabkan bunyi bising.
  • Laptop terpadam sendiri apabila dalam keadaan ‘idle’ dan juga ketika bermain ‘game’.

Kenapa Laptop Cepat Panas ?

Kebanyakan masalah ‘overheat’ berpunca daripada saluran angin yang tertutup atau tersumbat. Ketika kipas mengambil angin dari luar, habuk dan rambut yang berada dibawah laptop berkemungkinan disedut sekali dan menyebabkan saluran angin tersumbat. Apabila saluran angin tersumbat, laptop akan menjadi panas, dan menyebabkan ia ‘auto shutdown’ sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan kerosakan yang kritikal pada laptop.

Cara Mengatasi Laptop Cepat Panas Dan Mati

  1. Pastikan Laluan Angin Dalam Keadaan Yang Baik

Gunakan laptop di atas permukaan yang rata dan licin, juga letakkan sesuatu seperti buku dibawah bahagian bateri laptop, untuk memastikan laluan angin berjalan dengan lancar. Jangan letakkan laptop diatas tilam atau bantal, kerana ia akan menghalang laluan angin dan juga akan menyebabkan laptop panas.

Kenapa laptop cepat panas

  1. Menggunakan ‘Cooling Pad’

‘Cooling pad’ berfungsi untuk mengurangkan haba laptop dengan mengalirkan udara ke dalam laptop melalui bawah laptop. Jangan lupa untuk membersihkan ‘cooling pad’ sekali-sekala agar ia dalam keadaan yang bersih dan baik. Jika ia berhabuk dan kotor, ia akan menjadi merbahaya kepada laptop, kerana habuk-habuk itu akan masuk kedalam laptop.

Kenapa laptop cepat panas

  1. Kekalkan Persekitaran Yang Sejuk

Gunakan laptop didalam kawasan yang sejuk, atau berhawa dingin untuk mengelakkan daripada ‘overheat’. Persekitaran dengan suhu yang tinggi adalah tidak elok untuk laptop kerana ia turut menyebabkan laptop menjadi panas.

Kenapa Laptop Cepat Panas

  1. Menukar tetapan laptop
  • Menutup tetapan ‘overclock’. ‘Overclocking’ menyebabkan laptop lebih panas daripada biasa kerana ia memaksa ’CPU’ menggunakan voltan yang tinggi untuk berfungsi dengan lebih laju dan stabil.
  • Tukarkan ‘Power Setting’ daripada ‘High Performance’ kepada ‘Balanced’ atau ‘Power Saver’. ‘Balanced’ menurunkan kelajuan ‘CPU’ ketika tidak digunakan, dan meningkatkan kelajuan apabila laptop perlukan. ‘Power Saver’ pula mengekalkan kelajuan yang minima.
  • Menurunkan kadar kecerahan. Dengan mengurangkan kadar kecerahan ia dapat membantu laptop untuk menggunakan kurang tenaga dan mengurangkan haba.

Kenapa laptop cepat panas

  1. Membersihkan kipas dan ‘heatsink’

Kipas ini digunakan secara terus-menerus dan menyebabkan habuk-habuk berkumpul dan mengurangkan kelajuan kipas berputar serta menghalang angin panas dari keluar. Bersihkan dengan penuh hati-hati agar tiada habuk yang masih tinggal. Tips ini mungkin sukar bagi yang baru pertama kali untuk membuka laptop.
4

5

  1. Menambahkan ‘Thermal Paste’

‘Thermal paste’ digunakan sebagai penghantar haba kepada ‘heatsink’. Setelah digunakan lama, ia akan mengering dan perlu untuk ditambah untuk memastikan haba dapat dihantar dengan baik.

Kenapa Laptop Cepat Panas

  1. Rehatkan laptop

Apabila anda telah menggunakan laptop untuk bekerja atau bermain pada jangka masa yang lama, lebih baik anda mengambil masa untuk mematikan laptop, untuk memberikan ia masa untuk berehat. Seperti manusia, laptop juga perlu rehat setelah melakukan kerja-kerja berat atau bermain permainan video. Juga pastikan laptop dimatikan sepenuhnya.

Hubungi FR Laptop Untuk Bantuan Laptop Cepat Panas!

fr laptop servis laptop murah di kuala lumpur

Jika kesemua tips di atas sudah buat dan masih hadapi masalah laptop cepat panas anda boleh terus berhubung terus dengan FR Laptop Service sekarang !

FR BEROPERASI : 9.00 am – 9.00 pm
Contact no : 017-288 2349
Fb messanger : @FRLaptopService
Add.contact : frlaptopservice[@]gmail.com

Untuk info lanjut terus like fanpages Repair Laptop Murah di Kuala Lumpur iaitu FR Laptop Servis di link ekslusif berikut –> https://www.facebook.com/FRLaptopService/

The post Kenapa Laptop Cepat Panas? Amalkan 7 Cara Untuk Elakkan Laptop ‘Overheating’ appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles