Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Pegawai Tadbir Diplomatik M41 – Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan PTD

$
0
0

PTD merujuk kepada singkatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Merujuk kepada jadual peperiksaan SPA berkemungkinan besar Exam PTD 2014 akan dijalankan secara online seperti Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam pada  pada penghujung 2014 ini. Saya sebagai bekas calon peperiksaan penguasa kastam dan rakan Tim Infokerjaya dengan berbesar hati untuk berkongsi maklumat kepada calon peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 kerana saya yakin ramai yang mencari maklumat seperti saya pada exam kastam yang lalu.

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Untuk pengetahuan anda semua berkemungkinan Calon Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada tahun 2014 ini lebih ramai daripada tahun yang lepas. InshaAllah peluang yang anda ada untuk menjawat jawatan awam ini amat besar. Apa yang anda perlu lakukan adalah manfaatkan peluang keemasan anda iatu buat persiapan yang lengkap.

Semakan Peperiksaan Online PTD M41

Akan diupdate sejurus pelancaran.

Tatacara Menduduki Peperiksaan Online PTD M41

Akan diupdate sejurus pelancaran.

3 Peringkat Menjawat Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Secara asasnya Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 mempunyai 3 peringkat seperti berikut

  1. Peperiksaan PTD M41
    Hanya mereka yang mempunyai kelayakan minimum sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf sama ada daripada universiti tempatan mahupun luar negara, akan dipanggil untuk mengambil peperiksaan khas bagi memasuki perkhidmatan PTD ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan, berbentuk objektif dan subjektif serta terbahagi kepada lima bahagian seperti berikut:

    Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. 
    Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. 
    Seksyen C – Pengertian dan kefahaman terhadap esei-esei.
    Seksyen D – Menulis esei Bahasa Melayu.
    Seksyen E – Menulis esei Bahasa Inggeris.

  2. PTD Assessment Centre (PAC)
    Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Pelaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

    Program penilaian ini akan dilaksanakan selama tiga hari. Aspek-aspek kompetensi yang akan diuji adalah seperti berikut:

    PTD Assessment Centre (PAC)

    PTD Assessment Centre (PAC)

    Calon-calon akan turut menjalani ujian kecergasan iaitu larian 2.4 km dengan kiraan masa. Selain itu, mereka juga perlu mengikuti latihan jasmani yang lain. Bagi anda yang mempunyai BMI lebih daripada normal boleh cuba Tips Kurus 10Kg dalam masa 1 Bulan.

  3. Temuduga Oleh Panel Pegawai Tadbir Diplomatik M41
    Tapisan terakhir yang perlu ditempuhi oleh calon-calon sebelum mereka layak diterima sebagai PTD adalah temu duga yang dijalankan oleh pihak SPA. Penilaian calon semasa PAC akan diuruskan oleh Urus setia PAC dengan menyedia dan menyelenggara satu pangkalan data markah. Nama-nama calon akan disusun mengikut keutamaan atau ranking dan kemudiannya akan dibentang serta diserahkan kepada SPA. Hanya mereka yang mendapat penilaian yang tinggi sahaja dan benar-benar berkeupayaan akan dipanggil untuk mengikuti temu duga bagi memasuki ke perkhidmatan PTD

Contoh Soalan Exam online PTD Yang Lalu

Bagi yang berminat boleh dapatkan di —->> Akan Diupdate

Dapatkan Review Copy Pakej Rujukan Exam Online PTD M41

Akan diupdate sejurus pelancaran.

The post Pegawai Tadbir Diplomatik M41 – Rujukan Contoh Soalan Peperiksaan PTD appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles