Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Peluang Kedua Retest Peperiksaan Penguasa Kastam W27

$
0
0

Peluang Kedua Retest Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam Gred W27 ?

Ya. Ini adalah benar-benar berlaku.

Pengumuman Kepada Semua Calon Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bagi Jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27

contoh soalan peperiksaan penguasa kastam

contoh soalan peperiksaan penguasa kastam

 

Siapa Yang Perlu Ambil Peluang Kedua Retest Peperiksaan Penguasa Kastam W27 ?

  1. Mereka yang mempunyai masalah untuk akses masuk menduduki peperiksaan seksyen A, B atau C atau kesemuanya sekali.
  2. Mereka yang dapat akses masuk setelah peperiksaan dijalankan iaitu berbaki 10minit, 20minit.
  3. Mereka yang menjawab 200 soalan tetapi secara tiba-tiba ketika waktu tamat. Soalan yang dijawab cuma 120
  4. Mereka yang tidak pasti sama ada mereka punya exam sudah dihantar ataupun tidak.
  5. Rasa was-was dengan exam online anda hantar saja email atau buat aduan melalui ePertanyaan SPA.

InshaAllah jika ada rezeki anda dan sudah tertulis. InshaAllah anda akan dapat peluang kedua retest peperiksaan penguasa kastam gred w27 ini.

Selain itu syukur alhamdulillah kehadrat Allah. Dengan pengumuman ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia mengambil berat terhadap masalah calon. Walaupun call tidak diangkat, email tidak dibalas. Tindakan ini harus dipuji oleh semua calon peperiksaan online penguasa kastam gred w27 yang dizalimi sebelum ini. Dengan ini juga saya memohon maaf secara terbuka kerana terlalu cepat menghukum di atas penulisan artikel saya sebelum ini iaitu Portal Rasmi SPA ZALIM Kepada Calon Peperiksaan Online. Saya sedar bahawa

“Terkadang emosi melebihi sabar itu yang bertindak diluar kawalan. Semoga Allah Pelihara Aku dan Kamu semua daripada bertindak mengikut kata hati dan senantiasa menjadi hamba Allah yang sabar bila diuji.

InshaAllah saya berharap kepada semua calon dan peringatan buat diri saya sendiri supaya bersabar menunggu penjelasan rasmi. Harap fahami, bagi organisasi rasmi ini, ia perlukan masa untuk siasatan dan kelulusan. Kita bagi ruang. InshaAllah.

Alhamdulillah terima kasih dan banyak feedback juga yang saya terima bahawa Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 ini juga membantu ramai calon. InshaAllah semoga Tim Infokerjaya senantiasa dipelihara oleh Allah Azza Wajalla dan senantiasa terus menerus membantu calon yang akan datang. Bagi calon yang tidak mampu untuk membeli saya cadangkan untuk anda dapatkan segera Pakej Rujukan Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27 versi review secara percuma di Review Copy Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam.

Nota : Doa saya semoga semua calon yang membaca artikel saya ini berjaya untuk menjawat jawatan awam dengan usaha, doa dan tawakkal kepada Allah Azza Wajalla. Kita hanya mampu merancang Allah yang tentukan. 

The post Peluang Kedua Retest Peperiksaan Penguasa Kastam W27 appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles