Dengan lafaz bismillah. Pendaftaran Cabaran Kurus Dengan Diet Atkins Malaysia DITUTUP.
Pembayaran selepas 30 May tidak akan diterima !
Bagi yang tak sempat nak join. InshaAllah boleh cuba lagi ya “next time“. InshaAllah.
Bagi yang sudah buat pembayaran dan tak sempat nak isi borang boleh emailkan maklumat lengkap anda ke (contest@profhariz.com) seperti berikut :
URL FACEBOOK :
NAMA :
ALAMAT PENUH ANDA :
JANTINA :
BERAT (KG) :
TINGGI (CM) :
UKUR LILIT PINGGANG (INCHI) :
NO TELEFON BIMBIT :
E-MAIL :
BUKTI PEMBAYARAN ANDA :
GAMBAR TEKINI (POSISI DEPAN) :
GAMBAR TERKINI (POSISI TEPI)
Ikhlas,
Prof Hariz
www.profhariz.com
[Cabaran Kurus Dengan Diet Atkins Malaysia]
[Sponsor Oleh : Diet Atkins Malaysia, www.profhariz.com, Warung Adik & Abang - Penang, www.myrujukan.com]
[Kerjasama : www.lowcarb-gang.blogspot.com, www.norainyusoff.com ]
Mohon doakan Cabaran Kurus ini dipermudahkan segalanya oleh Allah Azza Wajalla. Masih ramai yang buat pembayaran dan masih belum isi borang. Ramai yang dah hantar borang dan belum buat pembayaran. Malah ada yang isi borang tak lengkap.
Maka kami sebagai pihak pengajur perlu bertungkus lumus untuk semak 1 per 1. Daripada borang, ke email-email yang ada. Kemudian daripada email ke maybank dan cimb kemudian baru ke form untuk sahkan yang peserta tersebut lengkap atau tidak. Jika tak lengkap kena listkan di bahagian yang lain. Manakala yang lengkap kena listkan di bahagian yang lain. Serius ini perlu masa yang lama dan “PENELITIAN” (betul ke ayat ni). Sebab tu saya cakap perlu mengambil masa 48jam selepas hantar borang.
Bagi anda yang isi borang 29 hb memang tak akan dapat apa-apa email lagi. Harap bersabar ya.
Berapa ramai yang sertai ?
Serius saya masih belum semak wang di Maybank dan CIMB berapa jumlah pembayaran yang saya terima. Tetapi apa yang saya tahu daripada rakan kerjasama iaitu www.norainyusoff.com pada jam 8malam seramai 250 orang peserta berdaftar.
Sambutan Gila !
Apa yang saya boleh cakap. Sambutan Cabaran Kurus Diet Atkins Malaysia ini memang gila dan luar biasa. Saya cuma target 200 orang peserta. Tetapi yang terima lebih daripada apa yang dijangka. Walaupun pendaftar sudah ditutup ramai yang PM minta dilanjutkan lagi. Minta maaf keputusan adalah muktamad.
Akibat Sambutan Gila !
1. Akaun Bank NOT AUTHORISED
2. Bandwidth habis walaupun sudah topup 10Gb masa awal contest
Sponsor ?
Setakat ini sponsor yang diterima adalah seperti berikut :
- RM100 daripada Admin Kelab Diet Atkins Malaysia
- RM100 daripada www.profhariz.com
- RM100 daripada Warung Adik & Abang – Penang
- RM100 daripada www.myrujukan.com
Impian di hati nak bagi 10 pemenang – 5 lelaki dan 5 wanita yang berjaya kurangkan peratusan berat badan yang paling banyak. InshaAllah akan diusahakan. Mohon doakan ya. Bagi sesiapa yang mahu sponsor boleh hubungi hi@profhariz.com sebelum 31 May 2014 jam 8malam. Masih ada slot untuk sponsor utama.
Apa nak perlu buat selepas dah layak menjadi peserta?
InshaAllah setiap peserta perlu menyelesaikan tugasan untuk layak menjadi pemenang. Bagaimana? nanti di email ya. InshaAllah
Mohon lanjutkan pendaftaran ?
Sekali lagi saya minta maaf, jika saya lanjutkan pendaftaran bila nak mula cabaran ini? Sebab banyak penyertaan tak lengkap dan saya perlu follow up 1 per 1 dengan hasil kerja 2 orang sahaja iaitu saya dan pembantu saya. Yang lain tiada. Minta maaf dan boleh cuba next time ya.
Saya cuma mahu benefit bukan mahu menang ?
InshaAllah akan difikirkan kelak. Sekarang nak selesaikan peserta dahulu.
Prof Hariz : Mohon doakan saya untuk mencapai objektif utama cabaran ini iaitu “Nak bakar semangat dan bimbing peserta dengan diet atkins yang betul serta dapat kurangkan berat badan dalam masa 4 minggu dengan izin Allah“.
Anda Mungkin Meminati
The post Cabaran Kurus Diet Atkins Mendapat Sambutan Gila ! appeared first on Prof Hariz.