Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan

$
0
0

Senggugut merupakan sakit bulanan untuk gadis-gadis dan wanita di luar sana. Ramai yang datang ke laman blog ini untuk mencari Cara Hilangkan Senggugut akibat daripada artikel Langkah Mengubati Senggugut di mana petua-petua itu sangat tidak masuk akal. Bila diteliti semula teruknya penulisan saya pada zaman 2010 dahulu. Hehehe.

Bila saya buat survey ke atas gadis-gadis dan wanita dalam sosial ramai yang ketawakan dan mengatakan saya ini Nak Jadi Pakar Sakit Puan. Tak cukup dengan Pakar Diet? Hahaha. Saya cuma mampu tersenyum kerana apa yang dikongsikan ini adalah apa yang orang kerap cari ke blog saya. Jadi tidak salah kan untuk saya perbaiki dan memberi semula tips kepada mereka yang mengalami Sakit Senggugut yang keterlaluan. InshaAllah, berikut adalah cara hilangkan senggugut yang boleh diamalkan oleh anda.

Hilangkan Senggugut Tanpa Produk


Bila anda kena senggugut anda boleh amalkan minum air suam. InshaAllah boleh mengurangkan senggugut.


Ada setengah berpendapat bagus juga minum air suam dan ada yang kata bagus minum air coca-cola. Jadi ini saya serahkan kepada anda untuk mencuba.


Bila kena senggugut ada yang bagus dan mujarab minum air halia. Mungkin anda boleh cuba?


Losyen mustajab ini bagus untuk menggantikan air halia atau tuam dengan benda panas kat perut. Sebaiknya bagi sesiapa yang ada senggugut saya syorkan anda simpan benda alah ni cecepat.


Orang dulu-dulu suka tuam dengan menggunakan air panas atau tungku besi. Tetapi sekarang anda dah boleh menggunakan beg panas. Mudah dan senang.


Jangan biasakan minum air sejuk atau mandi air sejuk bila datang sakitnya sebab badan mudah masuk angin.


Amalkan dengan mengambil makanan tinggi kalsium supaya bila datang senggugut tak menjerit.


Sudah amalkan semua benda itu semua sila berehat dan tidur. Okay?

Mungkin anda ada apa-apa tips dan petua yang mudah untuk menghilangkan senggugut? Sila kongsi di bawah ye. Oh ya, saya terlupa bahawa ada Doa Haid Tidak Teratur & Senggugut untuk anda. Sama-sama amalkan inshaAllah semoga bermanfaat.

The post Cara Merawat Senggugut Yang Berkesan appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles