Sekarang saya tahu, anda selalu bertanya diri anda soalan. Yang paling popular adalah
“Kenapa aku tidak boleh menurunkan berat badan?”
“Kenapa aku selalu dikeji kerana gemuk?”
“Kenapa semua baik untuk aku adalah buruk?”
“Kenapa orang kurus makan hati, saya orang gemuk makan tempat?”
Tetapi sayang, soalan-soalan anda itu tidak dapat membawa anda untuk menjadi kurus kecuali membantu anda untuk rasa bersalah dan mula tahan diri untuk makan dan paksa diri untuk berlari walaupun pada hakikat anda cuma mampu berjalan ke dapur untuk makan.
Apa kata mulai saat ini mari kita ubah soalan-soalan anda itu kepada soalan-soalan yang akan membawa anda untuk lebih bersemangat dan gigih bagaimana untuk memulakan program penurunan berat badan (atau memastikan anda berada di landasan).
1. Kenapa anda ingin mengurangkan berat badan?
Pastikan anda mempunyai sebab-sebab yang jelas untuk mengurangkan berat badan. Adakah anda mahu nampak lebih kacak dan jelita? Adakah kerana makwe/pakwe anda minta clash kerana berat badan berlebihan? Adakah doktor memberi amaran kesihatan? Adakah anda hanya mahu berjalan dan berlari dengan anak di taman-taman? Mungkin semua alasan-alasan ini adalah sebab yang jelas untuk anda mengurangkan berat badan. Ingat ! Lebih banyak alasan lebih tinggi sedar diri anda dan lebih tinggi motivasi anda untuk menguruskan berat badan.
2. Berapa berat badan idaman anda?
Tetapkan matlamat untuk diri anda. Ini akan memberi anda kekuatan dan usaha untuk anda capai. Anda tidak akan berjaya jika tidak ada titik akhir. “Saya mahu mengurankan berat badan” ini bukan matlamat yang boleh diukur. Jika “Saya mahu mengurangkan berat badan 17KG dalam masa 2 bulan“. Itu baru namanya matlamat. Sila cipta matlamat dan sasaran untuk berat badan idaman anda supaya tidak lari daripada landasan.
3. Apa yang anda sanggup lakukan untuk mengurangkan berat badan?
Tiada apa yang akan berubah melainkan anda lakukan. Jadi apakah perubahan yang akan anda buat? Adakah anda akan mengurangkan kuantiti makanan atau bersenam dihujung minggu? Macam mana untuk anda tahu jika anda sudah berjaya? Bagaimana untuk memastikan anda benar-benar berada di landasan yang betul? Idea yang samar tentang menurunkan berat badan perlu diterjemahkan melalui “concrete plan” ke dalam tindakan. Tanya pada diri anda soalan-soalan dan putuskan apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan berat badan.
4. Anda bersedia untuk gagal ?
Bunyinya agak menjengkalkan, tetapi ini adalah satu soalan yang wajib. Apabila anda cuba melakukan sesuatu yang sukar seperti mengurangkan berat badan yang telah bertahun-tahun sebati dalam diri. You can expect some drawbacks. Secara purata. 5 dalam 1 orang yang berdiet pasti akan tidak dapat menahan nafsu lalu “cheat meal”. Kemudian menyesal. Adakah itu tindakan yang betul? TIDAK ! Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan makan hidangan itu dan pastikan tidak lagi “cheat meal” esok dan esok sebelum berjaya. Jadi bersiap sedia untuk gagal jangan jadikan kegagalan itu sebagai penghalang untuk anda berjaya.
5. Kepada siapa untuk anda mengurangkan berat badan ?
Ini adalah soalan yang anda perlu ditanya pada diri anda setiap hari. Untuk siapa anda lakukan? Teman lelaki atau teman wanita anda ? Ibu bapa yang selalu pandang rendah pada anda? Rakan-rakan anda? Yang benar adalah jika anda melakukannya untuk orang lain, atau untuk fesyen, atau semata-mata untuk meningkatkan imej diri. Percayalah bahawa beberapa hari kemudian anda akan berputus asa pada diri sendiri, atau dipandang teruk pada teman lelaki atau teman wanita anda. Kerana citarasa manusia berubah-ubah.
Apakata anda tukarkan mengurangkan berat badan adalah untuk kesihatan? Untuk kualiti hidup? Sebab perkara ini adalah akan memandu anda untuk terus berada di landasan yang betul - so make yours some good ones.
6. Anda bersedia untuk berkorban?
Coklat? Kek? Air Manis? Nasi Kandar? Tidur lewat? Apakah anda sudah bersedia untuk korbankan semua perkara yang menggemukkan? Jika tidak , maka anda tidak akan berjaya dalam proses penurunan berat badan anda.
7. Siapa yang akan menyokong anda?
Dalam usaha untuk mencapai cita-cita dan harapan kita perlukan beberapa pihak untuk menyokong dan memberi semangat dan inspirasi. Saya akui, kejayaan saya pun ada sahabat-sahabat yang sudi menjadi consultant dan pantau makan dan senaman saya pada setiap hari. Jadi untuk anda juga perlu cari consultant dan rakan atau keluarga yang benar-benar memberi anda kekuatan ketika anda lemah dan jatuh untuk meneruskan program mengurangkan berat badan dengan baik. Jika berminat mungkin boleh hubungi saya sebagai consultant anda?
8. Bila anda mahu mulakan?
Tidak ada masa seperti HARI INI, ESOK, LUSA. No eating the pantry empty before you begin. Buang makanan ringan dan mulakan sekarang !
Anda Mungkin Meminati
The post Audit Diri Sebelum Mengurangkan Berat Badan appeared first on Prof Hariz.