Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah

$
0
0

Pernah tak dengar rawatan penjagaan wajah dengan minyak muka? Rawatan yang dikenali sebagai Face Oil adalah rawatan penjagaan yang menggunakan minyak yang di ekstrak dari bahan semulajadi. Biasanya minyak ini diperolehi dari tumbuhan atau benih melalui proses perahan-sejuk.

Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah urutan-minyak-muka-face-oil

Tidak seperti krim atau salap yang menyerap masuk ke dalam kulit untuk melembabkan kulit secara intensif, minyak kurang menyerap dan lebih berada pada permukaan kulit. Secara asasnya, minyak tidak mempunyai kelembapan sekuat krim pelembab, tetap ia tidak bermakna ia tidak berguna. Sebaliknya, Minyak menambahkan lapisan pelindung, keanjalan dan mengekalkan kelembapan, menurut dermatologis kosmetik, Paul Jarrod Frank, M.D.

minyak-argan-dan-castor

Dua contoh minyak muka yang biasa digunakan untuk penjagaan kulit wajah adalah Minyak Argan dan Minyak Castor. Kedua-dua minyak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh merawat kulit bermasalah.

Kelebihan Minyak Argan Untuk Merawat Kulit Wajah

Dikenali sebagai minyak ajaib, minyak yang di perah-sejuk diperolehi dari biji buah pokok Moroccan Argan berupaya untuk merawat dan mencantikan kulit. Selain digunakan suplemen ia mampu menyembuhkan luka dan menyuburkan kulit.  Apa yang membuatkan minyak ini bermanfaat adalah ia kaya dengan vitamins A, C dan E, juga sarat dengan antioxidan, asid linoleik dan asid lemak omega-6.

Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah minyak-argan

Apabila di digunakan secara luaran, ia dapat menghasilkan kulit yang sihat hasil ransangan sel. Kebanyakan produk kecantikan berjenama menggunakan minyak argan sebagai salah satu isi kandungan. Ini kerana minyak argan mampu melembabkan kulit yang kering dengan memerangkap kelembapan pada masa yang sama, melindungi kulit dari radikal bebas dan pendedahan dari persekitaran yang merosakkan.

Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah minyak-argan-muka

Satu kelebihan minyak argan dari minyak yang lain, ia mampu mengawal dan mengimbangi minyak yang dihasilkan oleh kulit. Punca-punca kulit bermasalah adalah apabila kulit menghasilkan minyak yang berlebihan. Ia juga menghalang dari pori tersumbat yang menyebabkan jerawat tumbuh. Tambahan bagi mereka yang berkulit sensitif seperti ekzema, minyak argan amat lembut terhadap kulit. Bukan itu sahaja, minyak argan boleh digunakan diwaktu pagi sebagai pelembab dan diwaktu malam sebagai rawatan malam.

Kelebihan Minyak Castor Untuk Merawat Kulit Wajah

Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah minyak-castor

Minyak Castor mempunyai ciri-ciri anti-keradangan dan pada masa yang sama, ciri-ciri merawat dan pembersihan. Minyak ini di perolehi melalui perahan-sejuk dan dijernihkan melalui haba dari biji tumbuhan kekacang. 90% asid lemaknya padat dan pekat dengan kompaun yang dinamakan sebagai asid ricinoleic. Banyak kajian menunjukkan asid ricinoleic yang terdapat didalam minyak castor mampu melembabkan kulit dan mencegah kedutan. Ia mampu melambatkan proses penuaan dan garisan halus. Minyak ini akan menembusi kulit dan mengalakkan penghasilan kolagen dan elastin yang menyebabkan wajah kelihatan muda dan berseri.

Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah pokok-minyak-castor

Oleh kerana minyak ini kaya dengan asid ricin oleik, ia dapat membersihkan dan menghilangkan jerawat. Ia juga mengurangkan pigmentasi kulit, bintik-bintik dan jeragat juga tona kulit tak sekata dengan penggunaan yang berterusan. Lemak berasid yang terdapat dalam minyak castor ini dapat mengurankan kesan parut dengan menembusi tisu parut dan mengalakkan penumbuhan sel kulit baru yang sihat.  Jika anda mengalami masalah tumit merekah, minyak ini sesuai digunakan untuk sebagai pelembab dan jika anda mengamalkan penggunaannya, kulit akan terasa lembut.

Merawat Kulit Wajah Dengan Mary Jardin

Pernah dengan produk dari Mary Jardin? Ia adalah produk penjagaan kulit yang 100% organik dan semulajadi yang diciptakan oleh, Maryam Al – Batul, doktor dermatologi bertauliah muslimah yang bertaraf antarabangsa.  Produk yang baru sahaja keluar di pasaran pada bulan september tahun 2016, berjaya dijual habis dalam masa 2 minggu pelancarannya.

produk-berasaskan-minyak-argan-dan-castor

Produk penjagaan kulit Mary Jardin ini diinspirasikan dari produk jenama besar dari Eropah seperti Josie Maran, Kiehl & L’occitane. Menariknya produk penjagaan kulit ini, ia menggunakan bahan natural dan organik, tidak seperti kebanyakkan produk kecantikan di Malaysia yang mengandungi bahan kimia. Oleh hal demikian, Dr Maryam menciptakan produk yang selamat untuk kulit berdasarkan kepakarannya dalam bidang Dermatologi.

L’occitane antara pengeluar produk kosmetik Eropah yang berasaskan bahan natural dan organik

Jika anda sedang skeptikal atau menghadapi masalah kulit sensitif terhadap produk yang berasaskan bahan kimia, maka produk ini untuk anda. Set Asas Mary Jardin terdiri daripada Handcrafted Luxury Face Soap 50g, Handcrafted Luxury face Oil 15ml, dan Handcrafted Detox Clay Mask 60g. Semuanya dibuat dari bahan semulajadi.

set-asas-mary-jardin

Handcrafted Luxury Face Soap Untuk Merawat Kulit Wajah

handcrafted-luxury-face-soaps

Sabun ini bertindak dengan membersih dan melembabkan kulit. Ia membersihkan pori dengan membuang kekotoran dan minyak berlebihan yang berada jauh didalam kulit. Kesannya, kulit anda akan menjadi lebih lembut, licin dan bersinar. Kandungan sabun ini mengandungi exofolian untuk membuang dengan lembut, kulit mati dan mendedahkan kulit baru untuk mencantikan kulit.

Handcrafted Luxury face Oil Untuk Merawat Kulit Wajah

handcrafted-luxury-face-oil-mary-jardin

Bahan utama minyak muka ini yang terdiri daripada Minyak Argan, Minyak Rosehip, Minyak Avocado, Minyak Sunflower, Minyak Castor, Minyak  Jojoba, Minyak Lavender Essential, Minyak Tea Tree, Minyak Sea Buckthorn dan Vitamin E

Gabungan minyak-minyak diatas menghasilkan elixir yang menyuburkan kulit kering dan mengembalikan sinar, tona dan keanjalan kulit. Ia membersih jauh ke dalam kulit dan pori untuk membuang bintik hitam, jerawat dan jeragat. Walaupun ciri-cirinya berminyak, tetapi ia meresap jauh kedalam dan melembabkan kulit. Kaya dengan antioxidan dan anti-keradangan menjadikan minyak muka ini sesuai digunakan oleh kulit sensitif dan ekzema.

Handcrafted Detox Clay Mask Untuk Merawat Kulit Wajah

mary-jardin-detox-clay-mask

Mask ini dirumus khas untuk membersih dan detox kulit dengan exfoliasi mekanikal dan enzim untuk membuang sel kulit mati. Ia mengalakkan mekanisma perawatan dan pengantian sel kulit baru. Kaya dengan vitamin dan nutrien, ia memberi faedah kepada kulit kusam yang memerlukan ransangan tambahan. Mask ini akan menyerap segala kekotoran dan memastikan kulit kekal lembab pada masa yang sama menjadikan kulit anda lebih licin, cerah dan bersih.

Testimoni Pengguna Mary Jardin Untuk Merawat Kulit Wajah

Baca dan lihat perubahan yang berlaku terhadap kulit wajah oleh pengguna-pengguna yang telah mengamalkan penggunaan Mary Jardin dibawah. Rata-ratanya melihat kesan perubahan yang ketara selepas seminggu menggunakan produk tersebut. Wajah terasa segar bersih dan lembut antara kata-kata testimoni yang diberikan.

testimoni-pengguna-mary-jardin-1

testimoni-pengguna-mary-jardin-2

testimoni-pengguna-mary-jardin-3

testimoni-pengguna-mary-jardin-4

testimoni-pengguna-mary-jardin-5

Jom Dapatkan Mary Jardin, Untuk Merawat Kulit Wajah Anda Sekarang!

Mary Jardin adalah jenama yang diasaskan oleh doktor dermatologi yang mengkhususkan diri dalam penjagaan kulit semula jadi dan organik. Bahan yang digunakan adalah bahan premium untuk menjaga kualiti dan memastikan anda mendapat penjagaan wajah yang terbaik.

dapatkan-set-asas-mary-jardin

Anda boleh bermula dengan mendapatkan set asas yang terdiri daripada Facial Soap, Detox Clay Mask dan Face Oil pada harga yang mampu milik. Untuk menempah atau maklumat lanjut,  anda boleh melayari:

Website : www.maryjardin.co

Facebook: https://www.facebook.com/maryjardinhq

WhatsApp / Call019-6656697???

The post Kelebihan Minyak Argan dan Castor Untuk Merawat Kulit Wajah appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles