Masih tercari-cari rujukan soalan untuk menduduki peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41? Teruskan membaca jika jawapan anda ya. SPA baru sahaja mengeluarkan makluman mengenai Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 yang bakal diadakan pada bulan September 2017. Seperti biasa, sudah pasti setiap calon akan mempersiapkan diri mencari contoh soalan yang berkaitan dengan peperiksaan online pegawai Eksekutif Gred41.
Jika anda dipanggil peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, maka anda berada di tempat yang betul. Jangan beralih ke tab lain. Fokus disini kerana saya akan kongsikan format peperiksaan, jumlah soalan masa yang diberikan untuk menjawab dan juga beberapa contoh soalan. Jadi luangkan 5 ke 10 minit untuk baca sampai habis.
Maklumat terkini : Jadual Peperiksaan Online
Berdasarkan maklumat terkini dari SPA, Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 akan diadakan secara online. Jadi persediaan latih tubi adalah sangat perlu kerana secara online masa yang diberikan sangat terhad dimana memerlukan pengurusan masa yang baik untuk menjawab semua soalan yang diberikan.
Tarikh peperiksaan : 20/09/2017 (Rabu)
Masa : 08.00PM sehingga 10.20PM
Peperiksaan Online kali ini ada penambahan bahagian tidak seperti biasa yang ada hanya dua bahagian iaiu Bahagian A Pengetahuan Am dan Bahagian B Daya Menyelesaikan Masalah. Bahagian yang ditambah adalah Bahagian C Kefahaman Bahasa Melayu dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Kesemua calon dikehendaki menjawab soalan mengikut kategori dan format seperti berikut :
1. Seksyen A – Pengetahuan Am (40 minit)
2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (45 minit)
3. Seksyen C – Kefahaman Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris (20 minit)
Penerangan Format Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Maka soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.
Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41.
Peperiksaan ini melibatkan tiga kertas berasingan. Setiap kertas adalah penting untuk prestasi mengukur calon.
Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua kertas. Jika prestasi yang sangat baik dipamerkan pada satu atau dua kertas sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang menggalakkan bagi setiap kertas, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokus kepada kertas tertentu sahaja. Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut.
PERINGATAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di sini hanyalah sekadar contoh dan gambaran sahaja, tidak mempuyai kaitan soalan ramalan atau bocor soalan
Seksyen A: Pengetahuan Am
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan bidang kerja sosial, integrasi nasional, keharmonian dan perpaduan negara, teknologi maklumat dan komunikasi, dasar-dasar awam dan pentadbiran negara serta lain-lain perkembangan semasa didalam dan luar negara.
Tempoh: 40 minit
Jumlah Soalan: 50 soalan
Markah: 30
Contoh soalan
Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:
- Kemahiran Logik
- Kemahiran Menginterpretasikan Data
- Konsep Matematik
Tempoh: 45 minit
Jumlah Soalan: 40 soalan
Markah: 30
Contoh Soalan
a) Kemahiran logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
b) Kemahiran Menginterpretasikan Data
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan
Carta Bar berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari sehingga Mac.
Pada bulan April, bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40% manakala bilangan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.
- 20 orang
- 40 orang
- 60 orang
- 80 orang
Jawapan: B | ||
---|---|---|
Teknik menjawab: | ||
Jumlah Penurunan Pelancong | = 40/100 x 400 | |
= 160 | ||
Jumlah Pelancong Bulan April | = 400 – 160 | |
= 240 | ||
Pelancong tempatan | = 1/3 x 600 | |
= 200 | ||
Beza pelancong Bulan April | = 240 – 200 | |
= 40 |
c) Konsep Matematik
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).
Contoh Soalan
1. Petak A dan C berbentuk segi empat sama dan keluasan petak C adalah 1/4 daripada keluasan petak A.
Seksyen C: Kefahaman Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris
Seksyen ini merupakan satu seksyen baru yang diperkenalkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Soalan berbentuk objektif di mana soalan adalah berdasarkan teks yang diberikan. Disini anda perlu membaca dan memahami teks supaya memudahkan anda untuk menjawab soalan objektif. Kebiasanya, jawapan-jawapan yang diberikan seakan-akan sama, jadi memerlukan kefahaman dan fokus yang tinggi pada seksyen ini. Dan ada perlu menguruskan masa dengan baik kerana untuk 20 soalan anda hanya ada masa selama 20 minit untuk menjawab, maknanya 1 soalan maksimum yang anda perlukan adalah 1 minit atau kurang. Ini tak termasuk masa untuk membaca dan memahami teks yang diberikan.
Kemahiran pemindahan maklumat, tatabahasa, dan kosa kata merupakan penekanan yang utama untuk menjawab soalan ini.
Tempoh: 20 minit
Jumlah Soalan: 20 soalan
Contoh soalan
Persediaan sebelum peperiksaan online SPA
Sebelum peperiksaan berlangsung, selalunya calon akan di maklumakan satu bulan dari tarikh peperiksaan dijalankan. Makluman daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ini sama ada menerusi surat, sms mahupun email. Calon juga boleh membuat semakan sendiri melalui laman rasmi SPA .
Pastikan anda membuat sedikit catitan untuk peringatan anda. Antaranya :-
- Bila tarikh peperiksaan online dijalankan
- Nama jawatan yang anda di panggil
- Nombor angka giliran anda
- Link/pautan web peperiksaan online
Pengetahuan dan isu-isu semasa
Seperti peperiksaan lain, sebagai calon peperiksaan online, sebaiknya anda membuat sedikit ulangkaji mengenai jawatan peperiksaan yang anda di panggil. Buat ulangkaji mengenai:-
- Tugas-tugas dan fungsi jawatan yang anda dipanggil
- Ketahui nama-nama menteri berkaitan,ahli kabinet, Raja-raja,Permaisuri,Yang Di-Pertuan Agong
- Isu-isu semasa dalam dan luar negara
Tips mudah, anda faham dan anda tahu tugas dan jawatan anda, dengan siapa anda bakal berurusan jika menyandang jawatan tersebut. Peka dengan isu-isu dua bulan sebelum tarikh peperiksaan online. Logiknya, penyedia peperiksaan tidak ada masa untuk kemaskini soalan-soalan dengan isu semasa yang baru berlaku seminggu sebelum tarikh exam dijalankan.
Persediaan mental dan fizikal
Pastikan anda menjaga kesihatan. Bayangkan anda sudah bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan online, malangnya anda menghidap penyakit demam selsema. Sudah tentunya prestasi dan fokus anda akan terjejas sedikit dengan keadaan ini.
Perlu diingat, walaupun peperiksaan online ini, anda bebas untuk mengambil peperiksaan dimana-mana lokasi sahaja, namun masa menjawab peperiksaan adalah terhad. Anda kena gunakan masa untuk menjawab soalan peperiksaan dengan sebaiknya.
Jika anda sedang bekerja, disyorkan agar anda mengambil cuti sehari untuk menghadapi peperiksaan online ini. Dengan ini, anda lebih bersedia dan fokus untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan kelak.
Persediaan semasa peperiksaan online SPA
Tahukah anda, semasa peperiksaan online SPA, anda bebas dan boleh membawa bahan rujukan semasa menjawab soalan peperiksaan? Ambik kesempatan dan peluang ini, sediakan nota ringkas anda, dan jangan lupa untuk sediakan kalkulator untuk menjawab soalan matematik.
Kenapa Wajib LULUS PEPERIKSAAN dan Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?
Tidak ada kejayaan tanpa usaha. Semoga dengan tips persediaan peperiksaan online SPA ini, anda dapat membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapi peperiksaan anda.
Sektor awam iaitu sektor kerja kerajaan menjadi buruan ramai mahasiswa mahupun buat lepasan SPM. Ada banyak cara untuk mendapat kerja kerajaan, ada yang melalui SPA, ada juga permohonan yang boleh dilakukan secara terus. Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa ada pintu lain untuk masuk kerja kerajaan. Jangan salah faham, ia bukan pintu rahsia, cuma pintu benar yang tidak ramai orang tahu, terutama pencari-pencari kerja yang baru.
Berjaya menempatkan diri sebagai penjawat awam tidak kira dari sektor mana sekalipun merupakan satu kebanggaan buat diri kerana dapat berbakti kepada negara, bangsa dan agama dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Selain berkhidmat di sektor awam, peluang untuk menambahkan ilmu terutamanya ilmu-ilmu terkini dalam bidang kerja yang diceburi dengan adanya seminar, bengkel, kursus, peperiksaan penilaian dan banyak lagi yang sememangnya amat bernilai. Ini bakal menjadikan seorang penjawat awam yang bukan saja cemerlang, tetapi cekap dan juga berilmu pengetahuan yang tinggi.
Apakah Kelebihan Bekerja di Sektor Awam Kerajaan?
Kerja Kerajaan Ada Elaun Rumah dan Rumah mampu milk
Setiap bulan anda akan diberikan elaun rumah. Elaun rumah ini dapat mengurangkan beban anda membayar sewa rumah setiap bulan. Elaun ini mengikut perjawatan dan gred di dalam kerja kerajaan. semakin tinggi gred, semakin tinggilah elaun rumah yang anda dapat. Namun begitu, jika anda menerima tawaran untuk tinggal di kuarters milik kerajaan, anda akan tidak dapat elaun ini.
Terkini, Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) adalah salah satu usaha yang telah diambil oleh Kerajaan bagi membantu penjawat awam memiliki kediaman yang mampu dimiliki dan berkualiti. Pendekatan ini membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri sebagai penghargaan berjasa dengan kerajaan.
Kerja Kerajaan Ada Elaun COLA
COLA ialah Cost Of Living Allowance atau dalam bahasa yang mudah difahami ialah elaun sara hidup. Elaun ini diberikan berdasarkan di mana tempat anda bekerja untuk mengurangkan beban taraf hidup yang tinggi di sesetengah kawasan. Jika mahu dapatkan elaun COLA yang tinggi, pilihlah untuk bekerja di tempat yang punyai kos sara hidup yang tinggi .. jika bijak, anda boleh dapat elaun COLA tinggi meskipun bekerja kerajaan di kawasan pekan kecil!
Bonus Tetap Khidmat Awam
Bekerja di sektor awam bermaksud anda berbakti kepada masyarakat. Jadi sebagai penghargaan kerajaan memberikan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada penjawat awam. Jika anda kerja swasta, tiada elaun ini meskipun anda juga berkerja untuk masyarakat.
Pembentangan bajet 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru sahaja dibuat. Jadi, dibawah disertakan kandungan intipati belanjawan Malaysia Bajet 2017 yang melibatkan inisiatif atau bonus untuk penjawat awam dalam peruntukan Bajet 2017. Diharapkan dengan pemberian bonus dan pelbagai inisiatif yang lain, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban kos sara hidup kakitangan kerajaan.
Kerja Kerajaan Ada Kenaikan Gaji Berkala
Kenaikan gaji di dalam sektor awam memang pasti dan wajib. Ia berlaku setiap tahun, dan setiap kali gred perjawatan anda berubah, atau dengan kata lain, anda mendapat kenaikan pangkat. Sektor awam atau kerja kerajaan ada skim kenaikan gaji yang bagus. Rugi tak minta kerja kerajaan.
Kerja Kerajaan Ada Kemudahan Pinjaman
Satu kelebihan kerjaya kerajaan ialah anda boleh dapatkan pinjaman yang berbaloi untuk kenderaan dan perumahan. Tak macam pinjaman bank, pinjaman kerajaan ini lebih menguntungkan peminjam. Pinjaman untuk beli kenderaan, beli rumah malah untuk beli komputer dipermudahkan.
Cuti Fleksibel
Ada banyak jenis cuti dalam sektor awam. Salah satunya ialah cuti tahunan. Bagi pekerja am, anda diberikan minimum 14 hari cuti tahunan dan bagi pekerja professional, anda diberikan sehingga 25 hari. Terdapat juga cuti kenaikan pangkat dan juga cuti bersalin. Kakitangan wanita diberikan cuti bersalin selama dua bulan. Ini sememangnya merupakan satu kelebihan bagi kaum hawa dan juga merupakan salah satu tarikan bagi mereka untuk mencari peluang kerja kerajaan.
Kemudahan Simpanan Hari Tua
Anda diberikan pilihan samaada untuk memilih caruman KWSP atau pencen sebagai persediaan menanti hari-hari selepas anda bersara. Anda tak perlu risau lagi untuk mencari kerja baru untuk menampung kehidupan setelah anda bersara. Ketahui ada yang jadi mewah selepas bersara dari kerja kerajaan!
Peluang Naik Pangkat
Kerja kerajaan ada peluang cerah untuk kenaikan pangkat. Malah, kenaikan pangkat ini berskala, dan boleh dikatakan semua orang kerja kerajaan ada peluang untuk naik pangkat hatta kerja sebagai pembantu am. Ada beberapa cara nak naik pangkat dalam kerja kerajaan. Kenaikan juga berdasarkan prestasi kerja anda. Naik pangkat maksudnya gaji anda juga naik. Sebab itu, ramai graduan mahu rebut kerja kerajaan ini selepas sahaja keluar dari IPT atau kolej.
Peluang Untuk Menyambung Pendidikan
Peluang untuk meningkatkan kerjaya sering diberikan dalam kerjaya kerajaan. Ada tawaran yang diberikan oleh kerajaan. Jika berminat nak sambung dan lanjutkan pendidikan, ada skim tertentu malah tajaan juga diberikan. Ia juga salah satu cara untuk kenaikan pangkat dan gred gaji.
Dari semasa ke semasa, akan ada kursus dan bengkel disediakan untuk penjawat kerja kerajaan. Anda tidak perlu keluar sesen pun untuk hadiri bengkel dan kursus ini. Ia semua disediakan bagi tingkatkan kemahiran penjawat awam kerja sektor kerajaan. Berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dari kelayakan yang dimiliki sekarang dengan bantuan dan sokongan pihak kerajaan yang seterusnya dapat menyumbang kepada perkhidmatan awam itu sendiri. Tidak dapat dinafikan bahawa berkerja di sektor awam ini memberikan jaminan masa depan buat diri dan keluarga. Tidak ada risiko dibuang kerja jika berlaku kegawatan ekonomi seperti yang berlaku di sektor swasta kini.
Kelebihan Bekerja sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41
Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Kali ini, Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 menjadi pilihan ramai kerana banyak bidang yang boleh diceburi antaranya :
Bidang Tugas Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri – LHDN
- Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
- Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
- Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41
- Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41
Setiap bidang ini mempunyai kelebihan masing-masing bergantung pada minat individu. Antara contoh tugas bidang yang dinyatakan diatas ialah :
a) Pegawai Eksekutif (Penaksiran) Gred 41
- Menjalankan operasi pematuhan cukai, audit meja, audit luar dan audit PCB (Potongan Cukai Berjadual).
- Memberi khidmat nasihat secara langsung atau tidak langsung di samping memberi ceramah pendidikan dan pembelajaran percukaian.
- Menyemak dan meluluskan taksiran pindaan, pembayaran balik, pemindahan fail, mematikan fail, pengagihan kes dan surat.
- Menyediakan laporan perangkaan hasil kerja bulanan untuk individu/kumpulan.
- Menyediakan statistik pendidikan cukai setiap bulan melalui Sistem Pendidikan Cukai.
- Menyemak dan meluluskan penyesuaian akaun, pindahan kredit dan pindahan fail yang diterima dari masa ke semasa.
- Menyelia dan menyelaras Operasi Banci Bisnes. Membuat tinjauan ke kawasan zon ekonomi dan mengemakini maklumat zon yang diselia.
- Melaksanakan persediaan dan pengemukaan untuk tindakan pembatalan kompaun Borang E dan tahun kebelakangan, menyediakan laporan kemajuan kerja dan laporan audit.
- Merancang program pendidikan cukai termasuk penyediaan bahan pendidikan cukai, dan mengendalikan ceramah/seminar/ taklimat kepada majikan, pekerja, pelajar sekolah, IPT dan agensi luar.
- Memastikan aduan, cadangan atau masalah pembayar cukai dirujuk kepada unit berkenaan untuk diselesaikan.
- Membuat taksiran duti setem, kes pengecualian, kes-kes denda dan membuat pengesahan dokumen dokumen replika yang telah dibayar duti setem.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
b) Pegawai Eksekutif (Perundangan) Gred 41
- Mengendalikan/membantu mengendalikan kes-kes pungutan cukai di peringkat pra-penghakiman termasuk kes-kes interlokutori sivil dan bicara penuh di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
- Membantu dalam mengendalikan kes-kes yang melibatkan tindakan saman terhadap Kerajaan Malaysia dan LHDNM di peringkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
- Membantu pegawai atasan dalam mengendalikan semua kes rayuan dari Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;
- Memberikan pendapat undang-undang berkaitan pelaksanaan penghakiman;
- Mengendalikan kes penggulungan syarikat, kebankrapan, saman penghutang penghakiman, writ penyitaan dan penjualan dan perintah larangan yang melibatkan pelaksanaan penghakiman diperingkat Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi;
- Membuat laporan kes-kes sivil yang dikendalikan di Mahkamah;
- Memfailkan jawapan petisyen rayuan ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan dan menyerahkan kepada Peguam/ Pembayar Cukai;
- Memfailkan Isu, Fakta dan Ikatan Dokumen Yang Dipersetujui ke Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP);
- Menyediakan Hujahan Balas Bertulis setelah semakan dan kajian dibuat ke atas peruntukan undang-undang dan kes-kes yang berkaitan;
- Menyediakan laporan penuh keputusan kes dan menyatakan hujahan pihak-pihak dan alasan ringkas yang telah diberikan oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
c) Pegawai Eksekutif (Perakaunan) Gred 41
- Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan LHDNM yang merupakan output utama Jabatan Kewangan.
- Menyediakan belanjawan tahunan LHDNM (pengurusan belanjawan, pemantauan serta kawalan peruntukan dan perbelanjaan) di peringkat Ibu Pejabat, Pejabat Pengarah Negeriatau Cawangan.
- Mengurus dan memantau projek-projek pembangunan LHDNM serta penilaian tender dan sebut harga (perolehan), pengurusan strategik kewangan, pengurusan dana dan pelaburan serta pengurusan aliran tunai LHDNM.
- Menguruskan bayaran emolumen, perolehan dan pembekalan di peringkat Ibu pejabat, Pejabat Pengarah Negeri dan Cawangan.
- Merangka dasar-dasar kewangan dari segi pengurusan perbelanjaan, pembayaran perolehan, kompetensi pengurusan kewangan dan kawalan pematuhan.
- Menilai, merangka, menyediakan dan memantau keperluan dan operasi sistem perakaunan dan kewangan yang baik untuk pengoperasian Jabatan Kewangan.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
d) Pegawai Eksekutif (Pentadbiran) Gred 41
- Mengurus dan melaksanakan semua perkara berkaitan pengurusan insan termasuklah hal-hal perkhidmatan seperti prestasi, latihan, disiplin, kemudahan, penempatan dan pertukaran pegawai.
- Menguruskan hal-hal berkaitan peraturan, dasar dan pekeliling yang berkuatkuasa di LHDNM.
- Melaksanakan urusan perolehan dan bayaran bekalan, perkhidmatan dan kerja, serta urusan pentadbiran kontrak/ perjanjian.
- Menguruskan kerja-kerja berkaitan pengurusan aset dan stor.
- Mengurus dan menyelaras hal-hal logistik, penjagaan fasiliti dan keselamatan.
- Menguruskan hal ehwal perkhidmatan am seperti fail dan urusan mel.
- Menguruskan pelaksanaan program dan majlis rasmi LHDNM termasuk urusan melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, korporat, komuniti setempat serta agensi kerajaan lain.
- Menjadi setiausaha bagi mesyuarat yang berkaitan dengan pentadbiran.
- Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan.
Jadi tunggu apa lagi? Bertindak atau abaikan peluang ini untuk dapatkan Review Copy serta tips dan info terkini mengenai EXAM PTD 2016 di Rujukan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 secara percuma tanpa apa-apa bayaran.
Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred
Adakah anda ingin membuat persediaan yang rapi dan menyeluruh supaya anda dapat menempuhi Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan cemerlang? Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangung nanti?
Usah buang masa anda lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya sekiranya anda belum menjumpainya lagi. Masa amat suntuk dan anda perlu bertindak sekarang. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 anda.
TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !
Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Peperiksaan Online SPA
TEKAN LINK Profhariz.com/lhdn ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG !
The post Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 appeared first on Prof Hariz.