Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Homestay Murah Di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

$
0
0

Kuala Langat merupakan salah satu daerah di negeri Selangor, Malaysia, terletak di bahagian barat daya negeri Selangor. Bagi mereka yang berkunjung ke Kuala Langat, Selangor, terdapat beberapa tarikan menarik yang boleh didapati di Kuala Langat, antaranya ialah Teluk Panglima Garang, yang merupakan salah satu kawasan industri yang telah diiktiraf sebagai Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone), rumah peninggalan Hj Sidek, bapa kepada adik-beradik Sidek yang telah mengharumkan negara dalam sukan Badminton,Pantai Morib, Pantai Kelanang, Bukit Jugra dan sebagainya. Rata-rata terdapat beberapa tempat yang menarik untuk sesiapa yang ingin mengambil masa untuk bersantai dan libur di daerah Kuala Langat ini.

teluk-panglima-garang
Di Kuala Langat terdapat pelbagai homestay yang menawarkan harga yang murah dan jenis penginapan yang memenuhi citarasa yang berbeza terpulang kepada kehendak penghuni homestay tersebut. Di sini penulis akan menceritakan Homestay murah yang boleh didapati di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

Homestay Khawarizmi Murah Di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

Homestay Khawarizmi merupakan satu-satunya homestay yang berada di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. Lokasi homestay ini memang luas dan besar dan mempunyai kapasiti untuk menampung sehingga dua keluarga dengan selesa. Ia merupakan rumah baru yang dilengkapi sepenuhnya dengan perabot (fully furnished) dan dilengkapi dengan 4 bilik tidur, dimana bilik-bilik tidur tersebut dilengkapi dengan katil-katil bersaiz queen, double dan single. Bilik pertama merupakan bilik yang ditempatkan katil bersaiz queen dan juga dilengkapi dengan pendingin hawa atau air-cond beserta kipas. Bilik kedua pula dilengkapi dengan katil double dan juga dilengkapi pendingin hawa dan juga kipas. Bilik ketiga dan keempat dilengkapi dengan katil bersaiz single pada setiap bilik dan dilengkapi dengan kipas.

bilik-pertama

Kesemua bilik-bilik ini dilengkapi dengan perabut-perabut dan keperluan asas seperti katil beralas, almari dan sebagainya. Sekiranya anda membawa keluarga bersama anak-anak dan juga saudara mara, penginapan ini akan menjadi satu pengalaman yang amat selesa bagi keluarga anda yang mana terdapat bilik dan katil yang mencukupi dan selesa bagi semua orang yang menginap di homestay ini. Pastinya anda akan dapat kepuasan bertaraf hotel atau banglo dengan harga yang amat berpatutuan. Dan sekiranya anda ingin menginap untuk tempoh yang lama, terdapat pakej yang istimewa untuk pakej dua malam dan juga pakej untuk seminggu.

bilik-ke-dua

Homestay ini mempunyai 2 bilik mandi (satu di bilik tidur utama dan satu lagi di luar bilik-bilik), Ia juga mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa yang dilengkapi dengan TV LCD beserta Astro NJOI dan sofa, dan dilengkapi dengan kipas. Dapur bagi homestay ini juga dilengkapi dengan keperluan asas di dapur seperti meja makan, peti ais, rice cooker, pemanas air serta pemanggang roti. Mesin basuh dan iron juga disediakan bagi mereka yang ingin mencuci atau menggosok baju.

ruang-tamu

Kesemua kelengkapan-kelengkapan rumah, bilik-bilik tidur yang selesa beserta keadaan rumah yang berkelengkapan penuh atau fully furnised menjadi destinasi ideal bagi para pelanggan yang ingin menginap di Hotel Khawarizmi ini.

Lokasi Strategik Homestay Murah Di Teluk Panglima Garang

Kedudukan Homestay Khawarizmi yang cukup strategik menjadikan ia pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin bersantai atau beriadah di sekitar kawasan Kuala Langat terutama sekali berdekatan Teluk Panglima Garang, pantai Morib dan sebgainya. Homestay Khawarizmi, homestay murah di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor berada hanya 14 kilometer sahaja daripada lebuhraya SKVE (South Klang Valley Expressway), dan ia hanya mengambil masa hanya 30 minit sahaja unuk tiba ke sana dari Putrajaya, Shah Alam, Serdang dan sebagaimya. Bagi anda yang suka bershopping, Homestay Khawarizmi terletak kira-kira 15 minit ke Aeon Bukit Tinggi, Klang.

lokasi-homestay-kuala-langat

Bagi anda yang memilih untuk menginap di Homestay Khawarizmi, homestay murah di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor, anda tidak perlu risau untuk mencari tempat makanan atau restoran kerana homestay Khawarizmi terletak berhampiran kedai-kedai makan yang cukup terkenal di kawasan Kuala Langat, termasuklah Tomyam Cik Deen dan Kawasan R&R. Restoran KFC juga didapati berdekatan dengan Homestay Khawarizmi ini. Tambahan pula, Homestay Khawarizmi juga berdekatan dengan Masjid Al-Hidayah bagi mereka yang ingin ke masjid yang berhampiran dengan mudah untuk beribadat, menunaikan solat dan sebagainya. Anda juga boleh dapati kedai dobi di kawasan taman berhampiran Homestay Khawarizmi ini.

Pakej Penginapan Homestay Murah Di Teluk Panglima Garang, Kuala Langar, Selangor

Bagi anda yang berminat untuk menginap di Homestay Khawarizmi, homestay murah di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor, berikut adalah kadar harga bagi homestay tersebut.

pakej-homestay-kuala-langat

Penginapan hujung minggu: RM250 semalam

Promosi dua malam pada hujung minggu: RM450 untuk dua malam

Penginapan pada hari biasa: RM200 semalam

Promosi dua malam pada hari biasa: RM350 untuk dua malam

Pakej 7 hari: RM1300

Testimoni Pengunjung Homestay Murah Di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor

Berikut adalah testimoni daripada penjunjung-pengunjung yang telah menetap di Homestay Khawarizmi, homestay murah di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor.

testimoni-pengunjung-homestay-alkhawarismi
Datanglah Dan Tempahlah Penginapan Anda Di HomeStay Khwarizmi Hari Ini !

Dengan lokasinya yang strategik, harga yang amat berpatutan, berhampiran dengna kemudahan-kemudahan asas serta kedai-kedai yang berdekatan, tentu anda akan rugi sekiranya anda tidak memanfaatkan Homestay Khawarizmi ini yang menawarkan penginapan sehingga memuatkan dua keluarga dengan selesa dengan harga yang amat-amat berpatutuan. Jadi sekiranya anda ingin merancang untuk bercuti atau bersantai di Teluk Panglima Garang, jangan lupa untuk menempah penginapan anda di Hotel Khawarizmi ya!

homestay-alkhawarismi-kuala-langat
Untuk tempahan sila hubungi:
012-448 3850 (Aizah)

017-651 3735 (Aziz)

Laman Facebook: https://www.facebook.com/homestaytelokpanglimagarang/

The post Homestay Murah Di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles