Menutup aurat adalah dituntut ke atas semua perempuan Islam yang sudah mencapai usia baligh. Hanya seluruh muka dan tapak tangan yang dibenarkan terdedah. Untuk membantu wanita Islam menunaikan syariat agama, muncullah beraneka jenis hijab di pasaran. Ada yang jenis shawl, ada tudung empat segi bawal, ada tudung terus pakai dan macam-macam gaya lagi.
Ramai juga di kalangan ibu bapa yang menyemai tabiat berhijab di kalangan anak-anak perempuan mereka, walaupun belum mencapai usia baligh. Maka bukan setakat hijab untuk wanita, hijab untuk kanak-kanak perempuan pun sudah banyak di pasarkan. Tapi persoalan yang timbul ialah bagaimana memilih hijab atau tudung yang sesuai untuk anak-anak yang masih kecil? Gaya atau fesyen tudung untuk si ibu belum tentu kena dengan si anak. Jadi, mari kita selami gaya tudung yang disarankan untuk anak-anak.
Jenis dan Ciri-Ciri Tudung Kanak-Kanak
Tudung Kanak-Kanak Yang Selesa dan Mudah
Kanak-kanak cepat berasa rimas, terutamanya apabila cuaca panas atau selepas mereka berpeluh. Carilah tudung yang selesa bagi mereka dan mudah untuk dipakaikan kepada mereka atau mereka memakainya sendiri. Tudung yang selesa haruslah ‘kena’ dari segi saiz dan jenis fabrik. Tudung yang mudah pula boleh dipakaikan tanpa mengambil masa yang lama dan tidak memerlukan pin atau kerongsang. Pin dan kerongsang boleh jadi berbahaya kepada kanak-kanak, lebih-lebih lagi kepada anak yang lasak.
Tudung Kanak-Kanak Yang Tidak Sarat
Ramai ibu-ibu yang suka memakai pakaian sedondon dengan si anak, terutamanya ketika hari raya atau menghadiri majlis. Tak salah berpakaian begitu tapi kalau tudung si ibu sarat dengan sulaman, manik atau ‘bling-bling’, belum tentu tudung yang sama sesuai dengan si comel anda. Hiasan tudung boleh menyebabkan tudung menjadi berat dan seterusnya mencetus ketidakselesaan kepada anak kecil. Sebaik-baiknya untuk kanak-kanak, pilihlah tudung dengan hiasan paling ringkas.
Tudung Kanak-Kanak Yang Sesuai Dengan Usia
Walaupun kita mahu menggalakkan anak kecil kita menutup aurat dari awal, janganlah keterlaluan. Tudung labuh misalnya mungkin agak berlebihan untuk kanak-kanak yang belum wajib menutup aurat. Begitu juga dengan shawl panjang yang perlu dililit berkali-kali atau gaya-gaya lain yang tak sesuai dengan usia kanak-kanak. Yang terbaik ialah tudung instant yang boleh disarung terus.
Nak Tudung Yang Membuatkan Kanak-kanak Nampak Comel, Selesa Dan Bergaya?
Ada ke tudung yang macam ni? Simple tetapi cantik, boleh membuatkan anak kecil nampak comel, berasa selesa dan kelihatan bergaya? Hah, mari kita intai koleksi tudung kanak-kanak Nasuheart. Ibu-ibu pasti jatuh cinta dengan rekaan tudung kanak-kanak Nasuheart yang trendy, tapi sesuai dengan jiwa kanak-kanak.
Tudung Kanak-kanak Nasuheart berkualiti tinggi dari segi fabrik yang digunakan, mutu jahitan dan perapian lain. Awningnya adalah awning lembut, dan semua tudung kanak-kanak Nasuheart adalah dari jenis ‘instant’ iaitu boleh dipakai terus dan tak perlu menambah pin atau kerongsang. Ia dihasilkan dalam pelbagai saiz dan warna. Fabrik yang digunakan adalah dari jenis sejuk, tidak tebal, tidak mudah keronyok dan senang digosok dan dibasuh. Perapian seperti riben, renda, bow, bunga-bunga kecil dijahit kemas. Bagi fabrik yang bercorak, motif pada tudung sesuai dengan kanak-kanak seperti motif kartun dan aiskrim.
Ciri-ciri Tudung Kanak-kanak Nasuheart
- Saiz yang tepat dan tidak jarang
- Sukar berkedut dan senang digosok
- Mudah dibasuh
- Tidak panas dan menyerap peluh
- Mudah dipakai dan senang dibentuk
Saiz Tudung Kanak-kanak Nasuheart
Tudung kanak-kanak Nasuheart boleh didapati dalam saiz SS hingga L. Keterangan saiz adalah seperti berikut:
Saiz SS untuk umur 4 – 7 tahun
- Luas muka 9 inci
- Labuh depan (dagu ke bawah) : 12.5 inci
- Labuh belakang (atas kepala ke bawah) : 19.5 inci
Saiz S untuk umur 8-10 tahun
- Luas muka 10 inci
- Labuh depan (dagu ke bawah) : 14.5 inci
- Labuh belakang (atas kepala ke bawah) : 22.5 inci
Saiz M untuk umur 10-12 tahun
- Luas muka 11 inci
- Labuh depan (dagu ke bawah) : 16.5 inci
- Labuh belakang (atas kepala ke bawah) : 24.5 inci
Saiz L untuk umur 12 tahun dan ke atas
- Luas muka 11 inci
- Labuh depan (dagu ke bawah) : 18.5 inci
- Labuh belakang (atas kepala ke bawah) : 26.5 inci
Cara Mudah Untuk Membeli Tudung Kanak-kanak Nasuheart
Tudung kanak-kanak Nasuheart boleh dibeli secara online. Senang kan? Tak perlu bersusah payah mencarinya di kompleks membeli belah atau di bazar. Hanya klik-klik dan tudung akan dihantar ke alamat anda.
Ibu-ibu wajib boleh mendapatkan semua koleksi tudung dari Nasuheart ini menerusi cara berikut :
Laman web : Belian Online di sini
Facebook : Tudung Sekolah Anak
Whatsapp : 013385 3085
Ibu-ibu juga boleh COD melalui ejen-ejen Tudung Nasuheart di Sarawak, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Kedah. Nombor telefon ejen boleh diperolehi dari Facebook HQ Nasuheart.
Ibu-ibu semua, ayuh dapatkan tudung kanak-kanak Nasuheart. Anak-anak anda pasti gembira dengan tudung Nasuheart dan insyaAllah, dengan Nasuheart proses melatih anak-anak menutup aurat dari kecil pasti menjadi lebih mudah.
Nasuheart – simple, stylish, smart!
The post Tudung Kanak-Kanak Nasuheart appeared first on Prof Hariz.