Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Beli Kurta 5 Waktu

$
0
0

Sesuci… di hening subuh sunyi
Sesuci… terdengar nurani
Sesuci… salam untuk Ilahi
Bagaikan memanggil insafi pada diri

Lebaran… terasa kesayuan
Lebaran… takbir bersahutan
Lebaran… memuji keagungan
Bergema suara syukuri nikmat Tuhan

Itu adalah bait-bait lagu dari penyanyi Dato’ Siti Nurhaliza, Sesuci Lebaran. Ia antara lagu-lagu Raya yang pasti berkumandang di corong radio dan siaran Tv. Pasti mengamit memori-memori indah.Lebih indah, memori-memori bergambar bersama keluarga dan si dia dengan pakaian baru baju melayu bagi jejaka dan baju kurung bagi si gadis manis.

baju melayu tradisional Beli Kurta 5 Waktu

Bermacam-macam rekaan fesyen baju raya yang dapat kita lihat lebih-lebih lagi busana baju kurung yang seribu satu rekaan dan rona. Dari Baju kurung moden hingga ke kebaya, berbagai warna menyeri hari lebaran.

Bagi si jejaka, pilihan yang ada, Baju Melayu, dan biasanya digayakan sama ada mempunyai leher Teluk Belanga atau Cekak Musang dengan aksesori wajib butang baju melayu, samping dan songkok hitam.

Zaman beredar dan trend fesyen lelaki semakin berubah. Jika dulu hanya baju melayu digayakan, muncul pula trend baru yang dipopularkan oleh ustaz-ustaz selebriti. Baju jubah lelaki. Fesyen yang biasa digayakan oleh kaum muslimah, jejaka sado pun tak nak kalah berfesyen dan mengenakan jubah. Sehingga ada yang menimbulkan kontroversi.

Tahun 2017, Fesyen Baju Raya Lelaki in-Trend Terkini Yang Lebih Trendy

Beli Kurta 5 Waktu

Pakaian tradisional yang dipakai oleh kaum lelaki dari Pakistan, Bangladesh, dan India ini, ianya baju longgar potongan lurus sehingga paras lutut. Tidak jauh bebeza dengan baju melayu cuma ianya lebih ringkas tanpa memerlukan 3 aksesori wajib, butang baju melayu, sampin dan songkok.

Citarasa lelaki era 90’an tidak sama dengan lelaki era milenial dimana zaman ini, jejaka lebih mementingkan gaya, rekabentuk, fabrik dan saiz. Dan satu Jenama yang baru dalam industi fesyen pakaian lelaki mengetengahkan Kurta moden dengan elemen warisan melayu.

Bersempena lebaran yang bakal bertandang tak lama lagi, Lima Waktu kembali dengan Koleksi Syoknyeee Raya 2017 yang lebih elegen dan moden untuk peminat-peminat mereka.

Susulan kejayaan pada tahun lepas produk pertama mereka Jubah Lima Waktu dan Kurta Hajj, tahun ini, Lima Waktu memperkenalkan 2 lagi rekaan Kurta iaitu Kurta Sunan dan Kurta Raden. 2 rekaan terbaru selepas kurta Hajj yang mendapat permintaan tinggi pada tahun sebelumnya kerana potongannya yang menarik, lebih maskulin, moden, dan terkini berbanding Kurta tradisional.

Menghasilkan sebuah kurta moden bukan semudah menjahit kelim baju mengunakan mesin jahit. Ianya memerlukan perancangan, proses, pemilihan material dan banyak lagi aspek yang mempengarui rekabentuk, memenuhi permintaan dan trend semasa.

kurta-koleksi-raya-2017

Lebih-lebih lagi, citarasa lelaki era 90’an tidak sama dengan lelaki era milenial dimana zaman ini, lelaki lebih mementingkan gaya, rekabentuk, fabrik dan saiz. Kalau dulu, cukup sekadar memiliki baju melayu baru, butang baju besar yang berkelip-kelip, lengkap bersongkok hitam dan bersamping tenun emas untuk menyahut lebaran, kini lebih sofistikated dengan pemilihan rekacorak, fabrik dan saiz yang tidak memerlukan aksesori tambahan.

kurta hajj 5 waktu

Kejayaan Kurta Hajj mencetuskan Inspirasi dua lagi Kurta keluaran 5 Waktu

Susulan kejayaan pada tahun lepas produk pertama mereka Jubah Lima Waktu dan Kurta Hajj, tahun ini, Lima Waktu memperkenalkan 2 lagi rekaan Kurta iaitu Kurta Sunan dan Kurta Raden. 2 rekaan terbaru selepas kurta Hajj yang mendapat permintaan tinggi pada tahun sebelumnya kerana potongannya yang menarik, lebih maskulin, moden, dan terkini berbanding Kurta tradisional.

Kurta 5 Waktu

Dua rekaan ini walaupun dari kategori kurta yang sama, rekaannya jelas berbeza pada bahagian kolar kurta tersebut.

Kurta Sunan menampilkan kolar cekak musang manakala Kurta Raden pula, kolar teluk belanga. 2 elemen yang sinonim dalam baju melayu diterap masuk kedalam rekaan untuk mengekalkan identiti warisan melayu.

Kurta Sunan – Kurta 5 Waktu

kurta-sunan-limawaktu

Material yang digunakan untuk baju melayu biasanya dibuat daripada kain satin atau kain licin yang panas akan tetapi, kurta pula menggunakan cotton. Untuk mengekalkan keaslian kurta, dan menjadikannya lebih premium, Lima Waktu menggunakan cotton jenis silk berkualiti tinggi dan seperti yang diketahui umum, cotton adalah material yang tidak panas dan selesa, sesuai dengan keadaan cuaca di negara ini.

Lima Waktu menyuntik elemen moden ke dalam rekabentuk Kurta Sunan. Jejaka milenial yang ingin kelihatan segak dan bergaya boleh memilih pelbagai saiz dari S hingga XXL dan pastinya, dengan elemen Slim Fit, badan kelihatan tegap dan kemas.

kurta-sunan-slimfit

Pada bahagian kiri dada Kurta Sunan, terdapat poket menjadikan kurta ini praktikel untuk menyimpan handfon dan juga sampul duit raya untuk diberikan kepada anak buah yang tersayang. Terdapat logo sulaman bersimbolikan pedang di bahagian butang hadapan, identiti Lima Waktu semasa diperkenalkan dan juga sebagai tanda pakaian yang ekslusif dan premium.

Koleksi Kurta Sunan ini didatangkan dengan 9 warna ekslusif. Antaranya Emerald Green, Royal Blue, Magenta Purple, Black, Nude dan Turquoise. Lebih banyak pilihan dan tak perlu risau mencari warna yang sesuai dengan warna tema yang telah ditetapkan untuk dipakaikan bersama keluarga atau dengan insan yang tersayang.

kurta-sunan-ukuran

Kurta Raden – Kurta 5 Waktu

Sama seperti Kurta Sunan, Kurta Raden menggunakan cotton silk yang berkualiti tinggi. Cuma bezanya pada rekaan dibahagian lehernya adalah “round neck“ atau dalam bahasa melayunya, teluk belanga..

kurta-raden-depan

Kurta ini direka dengan konsep Straight cut supaya bagi jejaka yang mahukan baju yang sedikit longgar tetapi pada masa yang sama tetap kelihatan tegap dan segak.

Pada sebelah dada kiri, terdapat “smart poket” dimana ia kelihatan seperti tersembunyi .
Menjadikan kurta Raden ini kurta yang premium, logo 5 di sulam pada sisi lengan kanan dan di belakang sebagai tanda dari jenama Lima Waktu.

kurta-raden-belakang

Koleksi ini juga didatangkan dengan 9 warna, Maroon, Olive, Dusty Pink, Dark Grey, dan Soft Mustard antaranya.

Kedua-dua Kurta Sunan dan Raden ini sesuai dipakai oleh semua peringkat umur, dari remaja sehingga dewasa yang nak bergaya.

ukuran-kurta-raden

Bagaimana Nak Tempah Kurta 5 Waktu Ini?

koleksi-kurta-lima-waktu

 

Bagi peminat yang nak dapatkan Kurta Hajj Lima Waktu, anda boleh dapatkan di

website : https://www.limawaktu.my/

facebook : Lima Waktu – Online Shopping

atau melalui Whatsapp ke no berikut:

WhatsApp : (+6) 0112 088 5189

Setiap tempahan yang telah disahkan akan dihantar dalam masa 2 hingga 3 hari bekerja. Tracking number juga akan diberikan untuk melihat status terkini penghantaran tempahan.

The post Beli Kurta 5 Waktu appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles