Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Tips Memakai Pomade Dengan Betul Dan Cepat

$
0
0

gosok-tangan-dengan-pomade

Anda semua tahu pada zaman sekarang ini, trend memakai pomade sedang menjadi kegilaan ramai pada masa ini. Ramai kaum lelaki tidak kira tua mahupun muda suka menggayakan rambut menggunakan pomade. Sekarang terdapat begitu banyak jenama pomade yang berada di pasaran. Tampak bergaya dengan bermacam-macam stail dan gaya yang tersendiri. Tahukah anda bagaimana Tips Memakai Pomade Dengan Betul Dan Cepat

Ketahui Jenis Pomade Yang Anda Ingin Gunakan

tips-memakai-pomade

Mungkin bagi sesetengah dari anda, anda tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan pomade. Pada zaman dulu, pomade adalah merupakan produk berasaskan minyak yang digunakan untuk menggayakan rambut ala-ala Elvis Presley, John Travolta dan ramai artis-artis pada zaman dahulu yang mementingkan penggayaan rambut mereka. Pada zaman dulu, rupa rambut yang slick dan berkilat adalah merupakan trend pada masa itu. Pada zaman sekarang, nama pomade merupakan nama asas bagi produk penggayaan rambut. Terdapat perlbagai jenis pomade bergantung kepada jenis rambut dan juga apakah stail rambut yang dikehendaki.

lelaki-dan-pomade

Untuk mengetahui tips-tips bagaimana untuk memakai pomade dengan betul dan cepat, pertama sekali kita perlu ketahui apakah jenis pomade yang sesuai kerana ia akan bergantung kepada jenis rambut anda juga. Untuk rambut yang tebal dan lebat, kebiasaannya pomade yang mempunyai “hold” yang tinggi adalah lebih bersesuaian, manakala bagi mereka yang mempunyai rambut yang nipis dan jarang, pomade yang berupa “medium hold” atau “low hold” mungkin lebih sesuai untuk digunakan.

Tips Penggayaan Rambut Dengan Betul

Untuk menggayakan rambut dengan pomade, pertama sekali rambut hendaklah dalam keadaan yang lembab, hampir-hampir kering. Bukan basah seperti baru lepas mandi atau bukan kering kerana sekiranya rambut kering, pomade akan lebih sukar untuk diletakkan ke keseluruhan rambut, manakala jika rambut pula terlalu basah, maka kemungkinan besar ia akan mencairkan pomade tersebut dan secara tidak langsung rambut tidak akan dapat digayakan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, harus lihat juga kepada jenama atau jenis pomade tersebut kerana sesetengah pomade sesuai digunakan untuk rambut yang kering.

lembapkan-rambut-sedikit-pomade

Lembapkan Sedikit Rambut Sebelum Memakai Pomade

Selain dari itu, untuk mengetahui cara-cara atau tips-tips untuk memakai pomade dengan betul dan cepat, setengah formula pomade juga akan memberikan hasil yang berbeza bergantung kepada keadaan rambut. Sekiranya rambut tersebut basah atau lembap, ia akan menghasilkan gaya rambut yang berkilat ataupun lebih dikenal sebagai “shiny”, manakala sekiranya pomade ini dipakai pada rambut yang kering, ia akan memberikan hasil gaya rambut yang dikenali sebagai “matte” iaitu tidak berkilat. Bagi mereka yang mempunyai rambut kerinting, adalah digalakkan untuk menggunakan pomade pada rambut yang lembap setiap kali anda ingin menggunakan pomade.

Rambut Yang Lembap Untuk Penggunaan Pomade Dengan Betul

Untuk mengetahui langkah selanjutnya dalam tips untuk memakai pomade dengan betul dan cepat, langkah seterusnya setelah memastikan rambut adalah dalam keadaan lembap, adalah untuk mengambil sedikit pomade bersaiz kacang dan gosokkannya dengan rata di antara dua tapak tangan. Sekiranya anda rasa jumlah pomade tak mencukupi, anda boleh menambah sedikit-sedikit tetapi janganlah pula terlalu banyak ya. Gosokkan pomade tersebut dengan rata di kedua tapak tangan sehingga pomade tersebut menjadi lembut. Ini akan memastikan bahawa pomade dapat disapukan pada keseluruhan rambut.

gosok-tangan-dengan-pomade

Gosok pomade sekata di tangan

Seterusnya, dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, sapukan pomade yang telah digosok dan dilembutkan tersebut kepada akar-akar rambut. Perbuatan ini adalah seakan-akan anda sedang mencuci rambut ataupun bersyampu. Biarkan tapak tangan dan jari jemari menyentuh akar-akar umbi rambut supaya pomade dapat diletakkan pada rambut secara maksimum. Setelah itu, tarik jari-jemari sehingga ke hujung rambut supada pomade dapat disebarkan ke keseluruhan rambut. Ulangi sehingga keseluruhan rambut telah digosok dan diletakkan dengan pomade. Sekiranya anda ingin menampakkan gaya rambut bersikat (combed look), gunakan sikat rambut anda untuk meratakan pomade yang diletakkan pada keseluruhan rambut.

Gayakan Rambut Mengikut Citarasa Dan Stail Yang Dikehendaki

Setelah itu, langkah seterusnya dalam tips untuk memakai pomade dengan betul dan cepat, staikan rambut mengikut citarasa yang dikehendaki. Ramai yang suka menggayakan rambut yang tegak di atas atau lebih dikenali sebagai “spikes”, untuk itu mudah sahaja iaitu dengan menggunakan jari anda, picit rambut anda dan tarik-tarik di atas. Untuk kekemasan, tarik-tarik rambut anda dengan memicit sedikit rambut anda dan ulangi sehingga mendapatkan gaya yang diingini. Antara stail-stail rambut yang lain yang boleh digayakan termasuk stail “slicked back”, “spiky” seperti yang dinyatakan tadi, “pompadour”, “quiff” dan sebagainya.

gaya-pampador-pomade

Gaya Pompadour

gaya-spiky-pomade

Gaya Spiky

gaya-slick-back-hairstyle-pomade

Gaya Slick Back Hairstyle

Dapatkan Pomade Anda Dengan Mencuba dari Dr Frost Pomade

pomade-dr-frost-murah variasi-warna-perasa-pomade

Di mana untuk mendapatkan pomade? Anda boleh mencuba Dr. Frost Pomade di mana Dr. Frost Pomade mempunyai pelbagai jenis pomade seperti: Strong Scent, Fruit Scent, High Shine, Strong Hold dan Water Based. Harga untuk pomade adalah RM30 dan berat adalah sebanyak 150g. Maklumat lanjut dan untuk sebarang pertanyaan boleh layari laman facebook Dr. Frost Pomade di

facebook : https://www.facebook.com/drfrostpomade

Diharap pembaca dapat memanfaat dalam mendapatkan tips-tips untuk memakai pomade dengan betul dan cepat agar tampak bergaya dengan stail rambut yang dikehendaki.

The post Tips Memakai Pomade Dengan Betul Dan Cepat appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles