Masalah rabun di Malaysia memang sudah terlalu normal. Makin hari, makin ramai yang rabun. Kita sendiri boleh nampak banyak kedai optometri baru dibuka setiap hari sebab ramai yang memerlukan cermin mata. Biasanya, orang rabun akan bermula dengan penggunaan cermin mata. Namun begitu, kita tidak boleh nafikan yang cermin mata boleh mencacatkan penampilan seseorang.
Apabila kita pakai cermin mata, mulalah orang panggil ‘budak mata 4’ atau ‘alien’. Bagi wanita bertudung pula, cermin mata boleh merosakkan bentuk tudung. Bikin stress! Oleh itu, ramai yang memilih untuk menggunakan kanta sentuh atau contact lens. Satu benda yang menarik dengan contact lens, kita boleh memilih warna mata yang telah lama kita idam-idamkan. Patutlah ramai yang tak rabun pun mula suka menggunakan contact lens. Semua nak nampak cantik dan bergaya.
Contoh warna contact lens yang biasa menjadi pilihan adalah biru laut, kehijauan, kelabu lembut, coklat cair dan hazel. Bila pakai, terus jadi mata Mat Saleh kau! Sapelah yang tak nak. Kalau kita perhatikan, pemakaian contact lens yang sesuai juga menjadikan mekap tampil lagi cantik. Seolah-olah mekap itu disempurnakan dengan adanya contact lens. Betul tak?
Cara Memakai Contact Lens Yang Betul
Kalau diikutkan, penggunaan contact lens agak rumit terutamanya bab penjagaan kebersihan contact lens. Salah cara guna, kita boleh merisikokan kornea mata yang tidak boleh diganti. Jadi, pengguna contact lens mesti dalam kalangan orang yang hygienic. Orang pengotor memang tak boleh pakai contact lens.
Penggunaan contact lens tidak akan menjadi masalah besar jika pengguna sentiasa berdisiplin apabila menggunakannya. Cara pakai contact lens dengan betul bermula daripada saat kita memilih contact lens. Diikuti oleh cara memakai contact lens dan akhir sekali cara penjagaan selepas membuka contact lens daripada mata.
6 Cara Memilih Contact Lens
- Pilih contact lens daripada syarikat yang diiktiraf supaya contact lens yang dipilih berkualiti tinggi dan dijamin selamat.
- Pilih contact lens yang nipis tetapi tinggi kandungan air iaitu lebih daripada 48% untuk memastikan keselesaan sepanjang memakai contact lens.
- Pilih contact lens yang masih boleh dipakai dalam tempoh masa yang sebenar dan masih belum mencapai tarikh luput.
- Pilih contact lens yang memiliki teknologi Hydrogel untuk memastikan pengaliran oksigen dalam mata.
- Pilih contact lens dengan diameter yang sesuai dengan saiz mata hitam supaya tidak nampak keterlaluan.
- Pilih contact lens dengan warna yang sesuai dengan tona kulit wajah supaya nampak lebih natural tetapi cantik dan classy.
Cara Meletakkan Contact Lens Pada Mata
- Bersihkan tangan dengan pencuci tangan anti-bakteria tanpa pewangi dan lap dengan tuala bersih. Bukan tuala mandi.
- Goncangkan bekas contact lens yang mengandung cecair contact lens supaya contact lens tidak melekat pada bekas. Jangan sesekali mengambil contact lens yang melekat dengan jari kerana ia boleh merosakkan contact lens.
- Ambil contact lens, letakkan pada jari telunjuk dalam keadaan contact lens berbentuk sempurna (separuh bulat) seperti bentuk mata hitam.

Macam nilah bentuk contact lens yang kita nak bila letak pada jari telunjuk
- Pastikan kedudukan contact lens tidak terbalik dengan melihat bentuk contact lens betul-betul berhadapan dengan mata. Bentuk yang betul adalah separa bulat. Kedudukan yang salah bila contact lens nampak lebih lonjong ke bawah. Tapi jangan risau. Kedudukan contact lens yang terbalik hanya menyebabkan sedikit ketidakselesaan dan tidak menjejaskan mata atau merosakkan contact lens.
- Buka mata luas-luas sambil memandang ke hadapan. Jangan pandang ke bawah atau ke atas. Nanti susah nak letakkan contact lens dengan betul.
- Tahan mata dengan jari tangan sebelah lagi supaya tidak berkelip dan letakkan contact lens pada mata,
- Tutup mata beberapa saat sambil pusingkan mata untuk membetulkan kedudukan contact lens pada mata.
- Buka mata dan lihat di dalam cermin untuk pastikan kedudukan contact lens pada mata telah betul. Kedudukan yang betul seharusnya membolehkan kita melihat dengan jelas dan terang tanpa rasa tidak selesa.
- Titiskan cecair yang khas untuk mata bercontact lens ke dalam mata.
- Buka contact lens menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dengan memicit contact lens dengan lembut.
- Penggunaan contact lens maksimum adalah 8 jam.
- Setelah contact lens dibuka, simpan contact lens dalam bekas contact lens dengan cecair contact lens. Jangan sesekali menggunakan air paip.
Cara Menjaga Kebersihan Contact Lens
- Sentiasa membersihkan tangan dengan pencuci tangan anti-bakteria. Kemudian, lap tangan dengan tuala bersih yang khas, bukan tuala mandi.
- Sentiasa membersihkan contact lens dengan air Renu. Caranya adalah, masukkan air Renu ke dalam bekas contact lens, biarkan beberapa saat, buang air. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali untuk memastikan contact lens betul-betul bersih.
- Sentiasa membersihkan bekas menyimpan contact lens. Boleh gunakan berus gigi bersih yang tidak digunakan.
- Sentiasa menggantikan cecair pencuci contact lens setiap kali menyimpan contact lens. Senang cerita, setiap kali nak pakai, buang air Renu. Guna air Renu baru setiap kali membuka contact lens.
- Meletakkan bekas simpanan contact lens jauh daripada cahaya matahari dan kekalkan pada suhu bilik.
Apa-apa pun, rujuklah doktor atau optometrist untuk pemilihan dan cara penjagaan contact lens yang betul. Lepas dah dapat semua informasi, jangan sesekali langgar disiplin yang ditetapkan. Mata adalah anugerah Allah bagi yang tidak ternilai harganya. Wajib jaga sebaik mungkin!
Contact Lens Yang Sesuai Untuk Penggemar Softlens
Seterusnya, saya ingin memperkenalkan pengeluar contact lens yang memang sudah terkenal di banyak negara iaitu Miyulens Contact Lens Murah di Malaysia. Syarikat Miyulens Malaysia bertapak di Shah Alam dan sudah beroperasi secara online sejak tahun 2015 lagi. Mereka boleh dikatakan pakar dalam pemilihan contact lens yang berkualiti dan warna contact lens yang mengikut trend terkini.
Antara jenama contact lens di bawah Miyulens Malaysia adalah
- Miyulens
- Solotica -1
- Batis Spatax
- Sweety Lens
- Kitty Kawaii
- Dreamcolor
Spesifikasi Produk di Miyulens Malaysia
Saiz normal : berdiameter 14.5mm
Kandungan air : tinggi, lebih daripada 45%
Tempoh Masa : 3 bulan.
Warna : Natural dan mengikut trend semasa
Harga : RM38 hingga RM45 SAHAJA. Sangat jimat dan mampu milik.
Kelebihan Contact Lens daripada Miyulens Malaysia
Kandungan Air Yang Tinggi
.Contact lens ini sangat istimewa kerana ia sangat selesa dipakai pada mata. Kenapa? Kerana kandungan air di dalam contact lens Miyulens sangat tinggi iaitu 38%. Kandungan air ini sememangnya lebih tinggi daripada kebanyakan contact lens lain di pasaran. Senang cerita, rasa macam tak pakai apa-apa pun pada mata bila pakai contact lens dari Miyulens. Memang berbaloi.
Warna Yang Terang Tetapi Masih Natural
Softlens dari Miyulens memang sangat cantik, sangat lawa. Founder pun pakai. Beliau pun sangat puas hati dengan hasilnya. Apabila dipakai, terus menyembunyikan mata hitam. Warna mata terus bertukar ke warna mata Mat Saleh. Yang paling penting, ia tidak nampak keterlaluan. Warnanya tetap Natural.

Apisada Brown

Pitchy Green

Batis Grey

Nobluk Grey

Light Brown Shade
Alamak, semua warna softlens Miyulens ni cantiklah. Ni saya baru tunjuk sikit. Ada banyak lagi warna lain yang boleh dipilih. Rambang mata tau. Kalau pakai buat pergi rumah terbuka raya ni, cun sangat!
Contact Lens Ini Diluluskan oleh FDA
Contact lens daripada Miyulens dieksport ke banyak negara dan rata rata pengguna sangat berpuas hati dengan lens ini. Boleh dikatakan juga, lens ini adalah yang paling disyorkan untuk penggunaan harian.

Pelanggan dari Brunei membuat belian kedua dari Miyulens
Kenapa orang yakin sangat nak pakai contact lens Miyulens? Sebabnya, lens softlens Miyulens adalah telah dilulukan oleh FDA. FDA ini macam KKM la di luar negara. Jadi, contact lens ini selamat dan diktiraf penggunaannya oleh optomistrist dari luar negara. Memang tak perlu risau untuk memakainya.
Testimoni Pengguna dari Dalam dan Luar Negara
Softlens Miyulens dah dijual di dalam dan luar negara . Miyulens telah menerima hampir 2000+ testimoni sepanjang 3 tahun setengah beroperasi dan rata ratanya berpuas hati dengan servis dan kualiti contact lens daripada Miyulens.
Dapatkan Contact Lens Cantik Daripada Miyulens Malaysia Hari Ini Juga!
Kalau lambat memang melepas sebab kebanyak contact lens jenis softlens di Miyulens memang sangat cepat sold out. Tambah-tambah lagi kalau dah dekat musim nak raya.
Hubungi
+6010 371 1417 (Whatsapp)
atau klik sahaja http://miyulens.wasap.my
Facebook : https://www.facebook.com/Contactlens.Studio/
Instagram : Miyulens
Prof Hariz : Jangan lupa kongsikan pengalaman anda menggunakan contact lens dengan betul.
The post Cara Menggunakan Contact Lens Dengan Betul appeared first on Prof Hariz.