Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

7 Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

$
0
0

Membeli Perfume Paling Wangi

Zaman sekarang masih ada yang tidak mengenali apa itu perfume atau minyak wangi? Eh, mustahillah kerana rata rata dari kita baik lelaki mahupun perempuan pasti akan mengenakan sedikit semburan perfume sebagai pelengkap gaya mereka bukan? Ada juga yang bermandikan minyak wangi, dari jauh sudah boleh dihidu baunya! Namun, apa yang pasti minyak wangi adalah pelengkap aksesori bagi setiap orang.

7 Tips Mudah Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Sekiranya anda ke pasaraya, pasti anda boleh melihat pelbagai rangkaian perfume yang terdapat di pasaran. Disebabkan terlalu banyak perfume yang  boleh kita dapati pasti ada yang masih keliru dan tidak tahu cara untuk memilih perfume kan? Mari.. kita ketahui beberapa tips untuk membeli perfume.

1.EDP atau EDT?

Tips Membeli Perfume Paling Wangi

Sebelum membeli perfume, seeloknya bagi kita untuk mengetahui adakah perfume itu EDP, ataupun EDT? Hah.. ada yang dah mula bertanya tanya apa semua perkataan perkataan ini? Baiklah EDP ialah singkatan bagi Eu De Parfum, dan ia mengandungi 8-15% ekstrak pewangi yang asli. Ini menyebabkan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam dan harganya kebiasaannya mampu dimiliki. EDT pula ialah singkatan bagi Eu De Toilette dan EDT ini mempunya peratusan ekstrak pewangi asli yang lebih rendah iaitu sekitar 4-8%. Jadi, ketahanan baunya juga tidaklah terlalu lama seperti EDP. Kebiasaannya EDT hanya mampu bertahan sekitar 2-4 jam sahaja. Maka, seelok eloknya pilih lah perfume EDP.

2. Jangan Gopoh dan Terburu buru

Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Untuk pengetahuan anda, sesetengah perfume hanya akan mengeluarkan bau yang sebenar dengan lebih jelas setelah beberapa minit atau setengah jam selepas anda menyemburnya. Anda mencuba sesuatu perfume dan terus menyukainya, stop! Jangan terus membelinya sebaliknya ambillah sedikit masa dengan berjalan jalan terlebih dahulu sebelum kembali semula dengan bau yang lebih jelas.

3. Jangan Memakai Minyak Wangi Dari Rumah

Eh, haritu cuba bau lain. Kenapa sekarang bau lain ni?

 Pernah anda mengalami situasi di atas? Haa… jika agenda utama anda adalah untuk mencari perfume, maka digalakkan agar anda tidak mengenakan sebarang jenis perfume ketika anda keluar dari rumah. Terutamanya bagi anda yang gemar mengenakan perfume di pergelangan tangan (nadi) anda. Hal ini dikhuatiri akan menjejaskan bau sebenar minyak wangi dan komposisi minyak wangi yang dicuba. Jadi, elakkan memakai perfume terlebih dahulu jika tidak mahu situasi diatas berulang ya!

4. Jangan Gosok Pergelangan Tangan

7 Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Kebiasaannya kita sering menyembur dan menggosokkan perfume di pergelangan tangan kita. Hal ini dilakukan samaada ketika mencuba sesuatu perfume mahupun ketika kita memakainya. Tetapi tahukah anda perbuatan menggosokkan pergelangan tangan anda selepas anda menyembur perfume disitu dapat merosakkan komposisi molekul perfume itu? Dan hal ini akan menjejaskan bau perfume itu. Jadi adalah lebih baik jika anda membiarkan semburan perfume itu kering dengan sendirinya di tangan anda.

5. Sembur Perfume Pada Titik Yang Betul

Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Tahukah anda menyembur perfume pada titik titik tertentu di badan kita dapat membantu perfume bergaul dengan badan kita dan hal ini sangat membantu untuk kita mengenali bau yang benar benar serasi dengan tubuh kita. Sewaktu pemilihan perfume digalakkan untuk mencubanya di pergelangan tangan anda atau pun di bahagian pelipat siku anda. Selain dari dua titik ini, leher dan belakang telinga juga adalah good spot untuk mengekalkan bau perfume anda.

6. Elak Dari Mencuba Terlalu Banyak Perfume

Elak Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Deria rasa kita juga ada waktu bosannya, untuk semburan pertama dan kedua deria bau kita akan lebih peka berbanding semburan yang seterusnya. Digalakkan untuk tidak mencuba dari 3 jenis bauan sekali gus. Jika masih belum berpuas hati dan tidak menjumpai perfume yang disukai, mintalah pada penjual itu biji kopi. Kebiasaan penjual perfume akan menyediakan biji kopi kerana ia dapat membantu untuk neutralise kembali deria bau kita.

7. Precious by RCW

Dapatkan Precious byRCW

Dah cuba kesemua tips di atas? Masih buntu? Susah nak memilih perfume yang anda sukai? Hahh.. ini tips paling ringkas. Dapatkan sahaja perfume dari Rozita Che Wan. Precious by RCW, merupakan perfume EDP yang sudah semestinya tahan lama dengan sensasi bau yang ellegant dan wangi. Precious by RCW juga dijamin halal dan boleh dibawa solat ya. Jadi, anda tidak perlu risau isu alcohol didalam perfume sah solat atau pun tidak.

Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi Preciuous

Precious by RCW merupakan wangian yang yang sesuai dengan wanita yang sukakan kelembutan dan kesegaran. Didatang dengan gabungan bauan vanilla, musk dan juga rose. Sudah cukup untuk membuatkan ramai yang ingin mendekati anda. Kesegaran bauan yang lembut dan penuh dengan sensasi ini pasti juga akan melengkapkan penampilan anda untuk tampil yakin sepanjang hari.

Testimoni Perfume Precious Paling Wangi byRCW

Masih ragu? Disini ada beberapa testimoni dari mereka yang telah tertawan dengan wangian Precious ini,

Lagi, testimoni dari mereka yang jatuh cinta dengan perfume ini. Precious by RCW ternyata kekal lama, walaupun selepas berwudhu baunya masih berkekalan.

Ramai yang yakin dengan perfume Precious by RCW ini, sehingga ada yang repeat order. Precious terbukti wangian yang tidak membosankan!

Precious by RCW, sememangnya terbukti tahan lama bersesuaian dengan tagglinenya “kekal wangi sepanjang hari”. Jadi tak hairanlah jika rata rata penggunanya amat menyukai perfume ini. Anda bila lagi?

Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Selain dari Precious by RCW, Gorgeous juga adalah rangkaian perfume yang dihasilkan oleh RCW. Berbeza dengan Precious, Gorgeous by RCW pula menghidangkan anda dengan bau yang lebih manis. Gorgeous by RCW merupakan gabungan bau manis buah buahan seperti blackcurrant, vanilla dan rose. Namun, bagi mereka yang sukakan bau yang elegance pastilah Precious akan menjadi pilihan anda.

Dapatkan Perfume Precious byRCW SEKARANG !

Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi

Jadi, bagi yang tercari cari perfume yang wangi dan tahan lama dengan harga yang mampu milik dan berbaloi? Rangkaian perfume by RCW adalah perfume yang wajib anda cuba! Dengan kandungan 20ml dan didatangkan dalam botol yang cantik memudahkan anda untuk membawa Precious ini kemana sahaja pasti akan menjadikan anda “kekal wangi sepanjang hari”. Untuk maklumat lanjut, harga dan cara pembelian anda bolehlah ke pautan dan juga nombor yang disediakan di bawah ya!

Whatsapp: 016-8864903

Facebook: Cak Cak Che ta

Instagram: By RCW

PS : Sekarang Che Ta Mencari Agen & Stokis. Bagi anda yang berminat untuk menjana pendapatan dengan Produk By RCW boleh terus whatsapp ke 016-8864903

The post 7 Tips Untuk Membeli Perfume Paling Wangi appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles