Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Anne Ngasri Dedah Rahsia Kekal Awet Muda

$
0
0

Hanya budak zaman 90’an akan ingat drama bersiri kanak-kanak, Cili Padi. Siapa tak kenal Anne Ngasri, salah seorang pelakon drama kanak-kanak tersebut. Dari kanak-kanak ria hingga menjadi seorang ibu beranak 3, wajah Anne Ngasri tak banyak berubah.

anne-ngasri-semasa-kecil Kekal Awet Muda

Anne Ngasri sewaktu kecil dalam drama komedi, Cilipadi

wajah-anne-ngasri-bersinar Kekal Awet Muda

Wajah Anne Ngasri terkini, 2017

Tak nampak pun jerawat atau jeragat di wajahnya. Tak nampak kusam, sebaliknya, semakin ayu dan kelihatan pink berseri-seri… Apakah rahsia beliau kekal awet muda sehingga sekarang?

“Formulasi yang saya amalkan sejak dulu lagi kini dimodenkan menjadi 1 set lengkap yang menghapus jerawat, jeragat dan mencerah kulit kusam tanpa bahan kimia.

– anne ngasri –“

Tetapi sebelum itu, sebelum kita korek rahsia Anne Ngasri, kita perlu tahu dahulu apa yang menyebabkan jerawat dan jeragat di wajah.

Jerawat

Jerawat dan jeragat boleh timbul pada sebarang usia, tetapi ia lebih ketara semasa zaman remaja. Ia juga lebih cenderung untuk berlaku ketika peningkatan jumlah hormon berlaku, seperti kehamilan dan haid. Jerawat paling biasa terbentuk di muka, leher, belakang, bahu, dan dada.

Jerawat adalah luka-luka kulit kecil atau radang kulit apabila “sebaceous glands” atau kelenjar sebum, menjadi tersumbat dan dijangkiti, ianya mengakibatkan bengkak, luka-luka merah dipenuhi dengan nanah.

jerawat-boleh-dirawat-dengan-glopink Kekal Awet Muda

Punca yang dikenalpasti yang menyebabkan jerawat tumbuh adalah pengeluaran minyak, sel-sel kulit mati, liang tersumbat dan bakteria.

Hormon yang tidak stabil boleh menyebabkan Kelenjar sebaecous, yang terletak di pangkal folikel menjadi terlalu aktif. Sebab itu jerawat timbul selalu dihubungkaitkan dengan akil baligh dan haid.

Bahagian badan yang biasa terjejas oleh jerawat adalah di muka, belakang, dada dan bahu disebabkan  proliferasi kelenjar minyak di kawasan-kawasan tersebut.

Punca Jerawat Timbul

Kelenjar sebaceous yang menghasilkan sebum, wujud di dalam liang-liang kulit. Lapisan luar kulit silih berganti sepanjang masa.

punca-jerawat-timbul Kekal Awet Muda

Seringkali, sel-sel kulit yang mati, tertinggal pada permukaan. Ini menyebabkan kulit mati tersebut melekat dengan sebum yang melekit yang akhirnya menyebabkan liang kulit tersumbat.

Liang tersumbat lebih kerap berlaku semasa akil baligh dimana proses perubahan fizikal kanak-kanak menjadi seorang dewasa menyebabkan kelenjar sebaceous menghasilkan lebih sebum pada masa ini. Begitu juga semasa datang haid.

Sebum bersama dengan kulit sel yang mati, akan berkumpul dan menyekat liang. Kesannya, ia menggalakkan pertumbuhan bakteria yang tidak diingini contohnya bacteria Proionibacterium.

Bacteria yang tidak membahayakan ini umumnya wujud pada kulit, tetapi apabila “condition is right”, ia boleh membiak dengan lebih pantas dan mendatangkan masalah besar. Bacteria tersebut akan makan sebum dan menghasilkan satu bahan yang menyebabkan tindakbalas terhadap sistem imun yang akhirnya membawa kepada radang kulit dan bintik-bintik merah.

Jeragat

Jeragat adalah tompok kecil berwarna coklat pada kulit, sering kelihatan pada kawasan yang mendapat pendedahan matahari. Dalam kebanyakan kes, jeragat adalah tidak berbahaya. Ia terbentuk akibat daripada penghasilan melanin yang berlebihan, yang bertanggungjawab untuk kulit dan warna rambut (pigmentasi). Secara keseluruhan, jeragat terhasil daripada rangsangan sinaran ultraungu (UV).

masalah-jeragat-di-kalangan-wanita Kekal Awet Muda

Terdapat dua kategori jeragat, iaitu ephelides dan lentigines solar. Ephelides adalah jenis seringkali dikaitkan dengan jeragat manakala lentigines solar adalah tompok gelap kulit yang terbentuk semasa dewasa. Ini termasuk juga jeragat, aging spot, dan sun spot. Kedua-dua jenis jeragat ini kelihatan sama tetapi pada berbeza dari segi ia terbentuk.

Jeragat biasanya terbentuk akibat daripada pendedahan matahari dan selaran matahari (sunburn). Sesiapa sahaja boleh mendapat jeragat jika tidak melindungi diri daripada sinaran UV matahari. Ia boleh muncul di muka, belakang tangan, dan bahagian atas badan. Jeragat cenderung terjadi pada individu yang mempunyai tona kulit yang lebih berbanding kulit yang gelap.

Bolehkah Saya Mencegah Lebih Banyak Jeragat Daripada Muncul?

Bagi orang ingin mengelakkan jeragat terhasil, lebih-lebih lagi wanita, pencegahan adalah kunci. Menurut satu kajian oleh The American Academy of Dermatology, mereka mengesyorkan penggunaan lotion pelindung matahari kalis air dengan SPF sekurang-kurangnya 30 pada kulit dan tunggu 15 minit sebelum keluar rumah untuk mendapatkan perlindungan penuh.

Pengerusi jabatan dermatologi di St. Louis University, Dee Anna Glaser, menjelaskan, anda tidak akan dapat jeragat jika tidak berada dibawah cahaya matahari walaupun mewarisi kecenderungan tersebut.  Asalkan anda menggunakan losyen pelindung dan tidak didedahkan dibawah matahari berkemungkinan besar anda akan bebas dari sebarang jeragat.

Macam Mana Nak Mengatasi Atau Merawat Jerawat?

Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi dan merawat jerawat menggunakan bahan semulajadi atau menggunakan krim khas. Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh cuba untuk mengatasi jerawat.

Ais

ais-dapat-merawat-jerawat-jeragat Kekal Awet Muda

Ais boleh digunakan untuk mengurangkan kemerahan, bengkak dan radang jerawat. Ia membantu dengan memperbaiki peredaran darah ke kawasan yang terjejas, disamping itu mengetatkan liang kulit dan membuang kotoran dan minyak terkumpul pada kulit. Anda boleh menggunakan kiub ais atau ais dihancurkan, yang mana lebih mudah.

Apa yang perlu anda lakukan adalah balut ais dalam sehelai kain dan tahan pada bahagian kulit yang terjejas selama beberapa saat. Tunggu beberapa minit dan mengulangi proses tersebut.

 Lemon

Satu lagi cara yang pantas untuk menghilangkan jerawat adalah penggunaan jus lemon, yang kaya dengan vitamin C. Jus lemon membantu jerawat kering lebih cepat. Gunakan jus lemon segar dan bukannya jus didalam botol kerana ia mengandungi bahan pengawet. Terdapat beberapa cara untuk menggunakan kaedah rawatan ini.

Kekal Awet Muda lemon-atasi-jerawat

Pertama, celupkan swab kapas bersih dalam jus lemon segar dan sapu pada jerawat sebelum tidur.

Kedua, campurkan satu sudu besar jus lemon dengan satu sudu teh serbuk kayu manis dan letakan pada jerawat semalaman. Pada waktu pagi, cuci kulit dengan air suam.

Walaubagaimanapun, kaedah rawatan ini tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Tea Tree Oil

Kekal Awet Muda tea-tree-oil merawat kulit

Tea Tree Oil (T3) mampu merawat jerawat dan jeragat. Ia mempunyai ciri-ciri antibakteria yang membantu melawan bakteria yang menyebabkan masalah-masalah kulit.

Sambil melegakan, ia membantu mengurangkan kemerahan dan radang jerawat. Ia juga membantu mengeringkan bintik hitam.

Biasanya T3 telah diproses dan terdapat dalam bentuk krim yang anda boleh dapakan di kedai atau farmasi. Walaubagaimanapun, ianya tidak sesuai untuk kulit sensitif.

Stim

Wap air panas atau stim akan membuka liang-liang pora dan membolehkan kulit bernafas. Ini membantu menghilangkan minyak, kotoran dan bakteria yang terperangkap dalam liang yang boleh menyebabkan jangkitan atau keradangan.

Kekal Awet Muda wap air mendidih membuka pora liang kulit

Kaedah ini sangat mudah untuk dilakukan dan sesuai untuk kulit sensitif. Cuma memerlukan bekas yang besar dengan air panas dan biarkan wap untuk bersentuhan dengan muka selama beberapa minit. Selepas itu, bilas muka dengan air suam dan lap sehingga kering. Sapu pelembab bebas minyak pada muka.

Disiplin

Jika anda nak rawat jerawat dan jeragat, maka anda perlu aktif menjaga wajah anda dengan penuh disiplin, siang dan malam. Anda perlu kerap membersihkan wajah untuk membuang kekotoran dan minyak disamping menggunakan pelembab dan juga sunblock untuk menghalang penumbuhan jerawat dan jeragat.

Anne Ngasri Menggunakan Set Rawatan Glopink Skincare 3 in 1

Kekal Awet Muda

Ini rahsia yang digunakan oleh Anne Ngasri untuk kekal awet muda dan bebas dari jerawat dan jeragat.

Beliau menggunakan SET RAWATAN GLOPINK SKINCARE 3 in 1. Terdiri daripada Sabun Pink Delima, Serum Kunyit Putih, dan Krim Apple Hijau, ia bertindak sebagai penghapus jerawat serta jeragat dengan lebih cepat dan selamat. Sesuai untuk kulit normal atau kulit kusam.

Selepas menggunakan Glopink Skincare 3 in 1, wajah akan lebih cerah dan berseri. Kulit wajah juga akan terasa ringan, nyaman disamping itu, wajah lebih anjal, lembut dan gebu. Ini disebabkan Glopink skincare membantu mengangkut sel-sel mati diwajah disamping mengecutkan jerawat. Ia juga membantu memudarkan bekas-bekas parut hitam dan kesannya, wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

Kekal Awet Muda cara-menggunakan-glopink-foundation

Susulan kepada rawatan Glopink Skincare, Anne Ngasri menggunakan Glopink Foundation yang menyerlahkan keserian kulit wajah.

Seperti yang dinyatakan pada awal artikel ini, sunblock SPF 30 keatas perlu digunakan untuk mengelakkan jeragat timbul. Glopink Foundation mengandungi SPF 50 yang mampu menghalang sinaran UV matahari yang menjadi pemangkin kepada jeragat.

Jika anda seorang yang aktif dan banyak melakukan kerja di luar rumah, Glopink Foundation ini mampu bertahan sehingga 12 jam dan sebagai muslimah, ianya mesra solat, bermakna anda tak perlu bersusah-payah cuci muka untuk tanggalkan foundation tersebut sebelum mengambil wuduk.

Formula yang berdasarkan 100% bahan mineral semulajadi tanpa Merkuri ini mengimbangkan bahagian cela diwajah dan kaya dengan Vitamin C & E untuk merawat kulit wajah anda. Disamping itu, Glopink Foundation mampu merawat jerawat, menutup celaan sambil merawat jeragat, memudarkan bintik hitam, menutup liang roma dan memutihkan kulit dengan selamat serta tidak bercapuk.

Testimoni Kekal Awet Muda Dengan Glopink Skincare

Ini beberapa testimoni pengguna Glopink Skincare dan Glopink Foundation.

Kekal Awet Muda testimoni glopink

testimoni glopink Kekal Awet Muda

Bagaimana Untuk Mendapatkan Glopink Skincare Untuk Anda Kekal Awet Muda?

Kekal Awet Muda set-pemutih-penjagaan-kulit-glopink

Anda boleh layari laman sosial Glopink di

 Facebook : D’Haja HQ dan Glopink Skincare HQ

WhatsApp : 0127589696.

Instagram : @glopink_hq

Jika anda kulit muka anda berjeragat, berjerawat dan kusam tidak berseri, dan anda nak kelihatan berseri di pagi raya yang bakal tiba tidak lama lagi, dapatkan sekarang Glopink Skincare.

The post Anne Ngasri Dedah Rahsia Kekal Awet Muda appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles