Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Kedai Repair iPhone Murah di Shah Alam

$
0
0

Malaysia ‘Gila’ Telefon Pintar Itulah tajuk artikel yang tersiar dalam Sinar Online.  Menurut artikel tu penggunaan telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik. Malaysia mencatatkan penembusan telefon pintar 80 peratus selepas Hong Kong dan Singapura. Artikel itu juga menyebut rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit, di mana hampir separuh atau 47 peratus pengguna memiliki lebih daripada satu telefon bimbit.  Wah, hebatlah rakyat Malaysia.  Satu telefon bimbit tak cukup!

Rakyat Malaysia Gila Telefon

Ini membuktikan telefon bimbit, sama ada jenis pintar atau jenis biasa sudah menjadi satu alat komunikasi wajib bagi kebanyakan orang. Selain daripada untuk berkomunikasi, telefon pintar juga memudahkan akses maklumat melalui penggunaan internet dan apps serta boleh jadi sebagai medium riadah untuk mereka yang suka main games di telefon bimbit.

Disebabkan telefon bimbit sudah menjadi sebahagian daripada kemestian hidup, susah kan kalau telefon bimbit kita tiba-tiba rosak?  Lebih-lebih lagi kalau yang rosak tu telefon pintar.  Pastinya ada banyak maklumat yang kita simpan dalam telefon pintar tu yang kita khuatiri akan hilang.  Dan kalau telefon pintar kita tu dari jenama mahal, iPhone misalnya, lagilah kita risau.  Biasanya kos membaiki iPhone mahal sebab telefonnya pun mahal.

Kedai Repair iPhone Murah di Shah Alam

iPro Shah Alam

Pengguna iPhone di Shah Alam dan kawasan sekitarnya kini boleh mendapatkan khidmat membaiki iPhone dengan kos yang sangat berpatutan.  iPro Shah Alam menawarkan perkhidmatan berkualiti dengan caj perkhidmatan yang murah untuk membaiki iPhone dan iPad.

iPro Shah Alam terletak di No 21A, Tingkat 1, Jalan Bunga Melur 2/18, Seksyen 2, 40000 Shah Alam.  Kedudukannya ialah di belakang medan selera Seksyen 2, di sebelah restoran Ani Sup Utara.  Naik tangga Megatron Print ke tingkat 1.  Dibuka setiap hari Isnin hingga Ahad dari jam 11 pagi hingga 10 malam tetapi pada hari Jumaat dibuka dari jam 2.30 petang.

Kalau nak guna waze untuk ke sana, ini linknya: https://goo.gl/T5eqzZ

Pakar Repair iPhone Murah di Shah Alam Yang Berpengalaman Luas

iPro Shah Alam dikendalikan oleh technician yang berpengalaman luas dalam membaiki telefon pintar dan tablet dari semua jenama.  Technician kami akan melayan anda dengan ramah mesra, menerangkan kepada anda dengan terperinci masalah yang dihadapi oleh iPhone anda dan seterusnya menerangkan proses pembaikan serta cara penjagaan iPhone yang betul.  

Antara masalah yang biasa kami selesaikan adalah:

  • iPhone atau iPad tidak boleh hidup / on
  • iPhone atau iPad “hang”
  • Butang sangkut atau keras (power button/home button tak berfungsi)
  • Skrin retak atau pecah
  • LCD/touch screen tak berfungsi (tiada paparan/skrin kosong)
  • LCD/touch screen gelap
  • iPhone/iPad tidak boleh dicaj
  • iPhone selalu restart dengan sendiri
  • Bateri cepat habis
  • Bateri kembung
  • Dan masalah-masalah lain lagi.

Tak Perlu Tinggalkan iPhone Anda

Repair iPhone face-to-face

iPhone anda dibaiki secara bersemuka (face-to-face).  Jadi anda tidak perlu ragu-ragu dengan perkhidmatan kami kerana boleh melihat bagaimana iPhone anda ‘dikerjakan’.  Anda boleh menyaksikan sendiri alat-alat gantian atau handphone parts yang kami gunakan adalah tulen 100%.  Tidak perlu ragu-ragu dengan alat gantian yang tidak ori dan anda juga tidak perlu risau kalau-kalau parts original handphone anda dicuri kerana semuanya dilakukan depan mata anda.  Kami juga memberikan tempoh warranty yang lebih panjang.

Bagi masalah kerosakan yang kecil, kami akan mengambil masa 15 – 30 minit untuk membaikinya.  Walau serumit mana pun masalah iPhone anda, kami akan membaikinya sehingga anda puas hati.  Kami menyediakan ruang pelanggan yang selesa dan berhawa dingin untuk membolehkan pelanggan-pelanggan kami menunggu dengan selesa.

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

Sebab itulah iPro Shah Alam memberikan perkhidmatan yang:

  • Cekap dan pantas
  • Dilakukan secara bersemuka
  • Menggunakan alat gantian original
  • Memberikan tempoh warranty yang lebih panjang
  • Harga caj murah

Senang kata, service iPro Shah Alam terbaik!!!!

Testimoni Kedai Repair iPhone Murah di Shah Alam

testimoni ipro shah alam

Walk-in tadi tukar battery…dia bagi tau 30minit siap…datang buat 10minit je siap…siap ajar cara guna dan bagi battery tahan lama lagi

Credit 5* nice and thanks for great job

– Erull Zmc

Memang tempat repair handphone. Android ke ios ke semua boleh. Tukar bateri, tukar LCD pun boleh jugak. Baru lepas tukar bateri iPhone 5s yang dah kembung. Tak sempat nak sembang-sembang dah siap. Gile cepat korang buat kerja. Memang terbaik. Aku doakan korang terus sukses pada masa akan datang. Warga Shah Alam serta kawasan yang berdekatan, kalau handphone rosak, datang aje kedai ni.

Kedai Repair iPhone Murah Shah Alam Terbaik

 Mohd Shaiful Omar

Hp aku problem touch ic. Dia orang boleh settlekan dlm masa 30 minit. Jangan risau kalau jauh sebab boleh post. Saya customer dari sarawak. Delivery pun cepat dan packaging secure. Servis yang amat memuaskan.

Aaron Lamat

Servis mmg terbaik, saya banyak karenah, dilayan je semua karenah saya, tutup kedai lewat sebab nak baik saya punya, harga murah, tepati janji, tak tahu nak cakap ape dah, ni review yang jujur dari saya! Peace~!!!

Yasier Syafiq

Ha, kan dah kata tadi iPro Shah Alam ni terbaik.

Jom Repair Smartphone anda di Kedai Repair iPhone Murah Shah Alam

Kedai Repair iPhone Murah Shah Alam

Jadi, orang-orang Shah Alam dan kawasan sekitarnya, kalau handphone anda mengalami masalah, silalah berkunjung ke iPro Shah Alam – Idevice Network HQ.

Laman Web: iproshahalam.my
Facebook : IPro Shah Alam – IDevice Network HQ
Telefon/Whatsapp : 010-8788803
E-mail: resq@iproshahalam.my

The post Kedai Repair iPhone Murah di Shah Alam appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles