Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Bilik Sewa Murah di UiTM Shah Alam Seksyen 7

$
0
0

Semenjak kenaikan harga barang dan minyak yang melambung sejak beberapa tahun yang lalu, harga hartanah dan rumah turut melambung bersama. Mengikut pandangan saya, industri rumah adalah antara industri yang paling menguntungkan tidak mengira zaman. Harga rumah sekarang boleh mencecah setengah juta walaupun rumah tersebut hanya rumah setingkat terutama di kawasan bandar yang pesat dan kian membangun seperti Kuala Lumpur dan Shah Alam. Bahkan harga rumah di situ boleh melebihi angka tersebut. Sebab itulah kerajaan terpaksa mewujudkan projek PR1MA kerana rakyat Malaysia tak mampu nak beli rumah dengan cara biasa.

Bilik Sewa Murah di UITM Shah Alam Seksyen 7

Saya tidak pernah membeli rumah di sana tetapi saya boleh memberi sedikit pengalaman saya semasa melawat Shah Alam. Untuk dijadikan cerita , saya adalah alumni UiTM dan pernah menyertai pertandingan di UiTM Shah Alam pada tahun 2015. Semasa di sana , saya sempat berbual dengan pemandu teksi tempatan mengenai harga rumah sewa yang dihuni oleh pelajar UiTM Shah Alam. Alangkah terkejutnya saya apabila pak cik tersebut menceritakan mengenai rumah sewa di Shah Alam.

Bilik Sewa di UiTM Seksyen 7

Menurut Pak Cik Teksi tersebut , rata-rata rumah sewa di Shah Alam mengenakan caj yang tinggi terutama di kawasan yang berdekatan dengan UiTM Shah Alam. Ada sesetengah orang yang meletakkan bayaran sebanyak RM1000 sebilik. Jadi bayangkanlah berapa ramai yang terpaksa berkongsi satu bilik tersebut untuk membayar sewa setiap bulan. Menurut pak cik itu lagi , ada antara bilik sewa tersebut yang mempunyai sehingga 10 orang penyewa.

Bukan nak kata , tapi dah macam tempat tinggal pendatang asing dah bilik yang kecil tu bila 10 orang tinggal sekali. Anda kena faham , sedangkan 10 orang dalam satu rumah pun dah sempit , inikan pula di dalam satu bilik. MashaAllah. Sedih saya mendengar. Tapi , nak buat macam mana kan? sesetengah pelajar yang tidak menjumpai rumah sewa yang lebih baik hanya mampu menerima nasib mereka yang tidak berapa baik itu. Macam manalah mereka jalani zaman pembelajaran mereka seperti itu.

Bilik Sewa di UiTM Seksyen 7 Shah Alam Pada Harga Yang Berpatutan

Bilik Sewa Murah di UITM Shah Alam

Untuk membuka peluang kepada anda supaya tidak menerima nasib sebegitu , di sini saya nak menceritakan mengenai bilik sewa di Shah Alam yang bagi saya mempunyai harga yang sangat berpatutan jika nak dibandingkan dengan bilik sewa yang lain. Bilik ini terletak di Kristal Height Apartment , Seksyen 7 , Shah Alam. Anda tidak tersilap baca. Ia adalah apartmen yang juga boleh dikategorikan sebagai kondominium. Tambahan pula , apartment ini hanya baru disiapkan dalam tempoh yang terdekat sebelum ini , jadi persekitarannya sangat bersih dan ceria. Setelah disiapkan pengikut perancangan pemaju , persekitarannya menjadi sangat cantik dan tidak sempit. Sangat sesuai untuk dijadikan pilihan utama masyarakat Shah Alam.

Bilik Sewa Murah di UITM Shah Alam

Itu baru saya menceritakan bab persekitaran. Sekarang saya akan menceritakan pula mengenai kelebihan yang ada pada di Kristal Height Apartment. Antara kelebihan utama adalah apartment ini adalah kawasan berpagar dan bersekuriti tinggi. Menurut laporan dari media, dulu pernah berlaku rompakan di situ jadi pihak pemaju telah mengambil langkah mengetatkan kawalan keselamatan. Setelah sistem kawalan keselamatan diperketatkan , semua pelawat akan disoal sebelum dibenarkan masuk. Malah penghuni turut dinasihatkan memaklumkan pihak keselamatan supaya proses untuk pelawat memasuki kawasan apartment dapat dipermudahkan. Jadi risiko jenayah di sini sangatlah rendah.

Bilik Sewa Murah di UITM Shah Alam

Selain itu , terdapat juga kemudahan riadah yang menarik seperti kawasan permainan kanak-kanak , gimnasium yang sedang dibina dan kolam renang. Semua kemudahan ini disediakan oleh pihak pemaju untuk semua penghuninya. Jadi janganlah malas bersenam kalau menghuni apartment ini ya.  Bak kata saya , “orang dah sedia , guna je la”.

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Ada juga kemudahan lain untuk kesenangan penghuni seperti pusat jagaan kanak-kanak , kedai dobi, dewan serbaguna dan kafeteria. Semua kemudahan ini sangat membantu untuk para penghuni. Penghuni sudah tidak perlu lagi mengupah orang untuk menjaga anak mereka semasa mereka pergi bekerja , hanya hantar saja ke pusat jagaan di apartment tersebut. Mudah bukan? Dewan serbaguna juga boleh digunakan untuk sebarang acara di apartment tersebut. Jadi tiada isu tiada tempat untuk mengadakan sebarang jenis acara di apartment ini.

Penghuni juga boleh menggunakan khidmat dobi yang sudah semestinya antara kemudahan yang paling kerap digunakan di apartment tersebut atas faktor kesibukan penghuni sama ada yang masih belajar atau yang sudah bekerja. Selain apa yang telah saya sebutkan , terdapat juga kemudahan kecil yang lain seperti kawasan letak kenderaan yang luas dan lif yang sentiasa sedia berkhidmat untuk penghuni . Lif tersebut sentiasa diselenggara dan dijaga supaya tidak menimbulkan masalah kepada penghuni yang tinggal di aras yang tinggi.

Bilik di UITM Shah Alam

Sudah tamat bahagian kemudahan yang ada di Kristal Height Apartment , mari kita beralih pula kepada manfaat menghuni di Kristal Height Apartment. Tumpuan utama bagi topik ini sudah pastilah jarak antara apartment dengan tempat yang lain. Untuk makluman anda semua , apartment ini sangat dekat dengan

UiTM Shah Alam , Hospital Shah Alam, Masjid Seksyen 7 , Stesen minyak , pasaraya Giant dan Tesco, Sekolah Rendah Seksyen 7 , Sekolah Menengah Seksyen 7 , dan pusat komersial Seksyen 7.

UiTM Shah Alam hanya 5 minit jika berkereta dari Kristal Height Apartment yang tidak jauh beza dari jarak ke Hospital Shah Alam. Pasaraya Giant dan Tesco pula hanya dalam lingkungan 2 kilometer sahaja dari apartment tersebut.

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Jika anda menaiki kenderaan , anda boleh sampai ke Pusat Komersial Seksyen 7 dalam masa 4 minit sahaja di mana terdapat banyak restoren di situ dan yang paling penting 100% halal . Di samping itu , apartment tersebut juga terletak tidak jauh dari jalan-jalan utama di Shah Alam seperti KESAS Highway, New Klang Valley Expressway(NKVE),

Federal Highway, North-South Central Link, New Pantai Expressway (NPE),

Jalan Bukit Kemuning ,Bukit Rimau Interchange dan Lebuh Raya Kemuning Shah Alam(LKSA) Highway. Anda hendak ke mana-mana pun mudah sekiranya sebegini banyak lebuhraya yang berdekatan dengan apartment tersebut.

Harga Sewa Bilik di UiTM Shah Alam Hanya Bermula dari RM300

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Sekarang sudah tiba masa untuk saya menceritakan mengenai bahagian yang paling penting dalam artikel ini iaitu bilik sewa. Jika berdasarkan dengan kenyataan yang saya beri sebelum ini , pasti anda sudah faham kenapa bilik di apartment ini harus menjadi pilihan utama. Tetapi untuk meyakinkan anda lagi , mari saya jelaskan apakah yang istimewanya pula bilik sewa tersebut.

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Yang utama adalah harga sewa untuk bilik tersebut sangat berpatutan. Nak diceritakan dengan lebih lanjut , apartment tersebut mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air jadi bayaran untuk bilik master dan bilik ke-3 adalah RM300. Tetapi bilik master mempunyai 3 orang penghuni manakala bilik ke-3 mempunyai 2 orang penghuni sahaja. Selain 2 bilik itu , terdapat juga bilik ke-2 yang mempunyai 2 orang penghuni tetapi berharga RM350 kerana saiz bilik yang lebih luas.

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Dengan meletak bilangan penghuni sebegini, apartment tersebut yang luas tidaklah nampak terlalu sempit dan sesak. Tidak lupa juga bahawa apartment ini tidak terlalu tinggi atau rendah. Ia berada di tengah iaitu di tingkat 5. Tetapi janganlah anda risau. Lif yang selalu diselenggara dan dijaga sedia berkhidmat untuk anda.

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Selain segala kelebihan yang saya ceritakan mengenai bilik sewa di Kristal Height Apartment tersebut , ada juga kelebihan tambahan yang disediakan oleh tuan rumah yang mana berupa

Katil , almari besi berkunci untuk keselamatan barang anda, dapur dan gas masak , meja makan , pinggan, mangkuk , sudu, cawan, jag, televisyen LCD, Astro, wifi, peti sejuk , mesin basuh automatik, malah bil elektrik dan air turut diuruskan oleh tuan rumah.

Para penghuni hanya bertanggungjawab melunaskan harga bilik sewa mereka sahaja setiap bulan. Hampir kebanyakan benda lain akan diuruskan oleh tuan rumah. Untuk menambah minat anda , apartment ini mempunyai beranda yang luas dan menghadap pemandangan yang indah. Jadi jika anda nak mengambil angin, tidak perlulah anda keluar dari rumah dan pergi jauh dari rumah.

Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Jika hendak dibandingkan bilik sewa ini dengan rumah sewa yang diceritakan oleh pak cik teksi itu kepada saya, pastilah kita boleh nampak bahawa bilik sewa ini jauh lebih baik. Dilengkapi fasiliti baik dalam atau di luar rumah , harga yang berpatutan , persekitaran yang bersih dan keselamatan yang terjaga. Untuk makluman anda, oleh kerana faktor apartment ini yang terletak berdekatan dengan UiTM Shah Alam dan Hospital Shah Alam, tuan rumah menyasarkan bilik-bilik sewa tersebut kepada pelajar dan staf nurse. Bilik sewa ini sangat sesuai untuk mereka.

Tetapi tuan rumah tidak akan menolak sebarang permohonan dari penyewa yang lain. Kesimpulannya , tidak perlulah anda berfikir panjang dan menyusahkan diri sekiranya anda ingin menyewa bilik di Shah Alam. Bilik sewa yang saya ceritakan inilah pilihan yang terbaik bagi anda terutama di dalam zaman ini di mana segala harga barangan dan kediaman semakin meningkat dengan mendadak, jadi harga bilik sewa seperti yang ditawarkan oleh tuan rumah susah untuk didapati di tempat-tempat lain.

Tempah Bilik Sewa di UiTM Shah Alam Seksyen 7 Ini Sekarang !

Tempah Sewa Bilik di UITM Shah Alam

Jadi apa yang anda tunggu lagi? Hubungilah tuan rumah secepat mungkin untuk menempah bilik sebelum bilik yang TERBAIK dan MURAH ini habis disewa orang. Hubungi tuan rumah di nombor di bawah.

Nama Pemilik : Hafiz Kamis

No Telefon : +60 16-225 5405

Facebook Fan Page:  Denai Hartanah Anda

KALAU MELEPAS JANGAN CARI SAYA YA!! ?

The post Bilik Sewa Murah di UiTM Shah Alam Seksyen 7 appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles