Kesihatan adalah antara nikmat tuhan yang paling terbesar yang kebanyakan manusia dianugerahkan di dunia ini. Tetapi , majoriti dari kita hanya mengambil mudah dengan anugerah ini dan mengabaikannya. Berkat kempen dari kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) mengenai kesihatan , tabiat kita tidak mengambil peduli dengan faktor kesihatan semakin berkurangan terutama oleh golongan muda sekarang. Dengan hanya membaca artiker yang boleh di didapati di laman-laman web dan blog , kita boleh memahami dengan lebih dalam mengenai cara dan kelebihan menjaga kesihatan kita. Namun , langit tak selalunya cerah kan . Kita hanya mampu merancang dan mengurangkan risiko tetapi jika penyakit nak datang , insan mana yang boleh halang. Jadi di sini saya nak cerita serba sikit tentang penyakit berbahaya di dunia ini.
Sebahagian Penyakit Kritikal Yang Allianz Malaysia Medical Card Melindungi
- Penyakit jantung
Siapa tidak kenal dengan penyakit jantung? pembunuh nombor satu di Malaysia. Bahkan kalau kita menyuruh orang ramai menyebut satu jenis penyakit kronik di Malaysia , pasti ramai akan menjawab sakit jantung. Jadi , apakah sakit jantung? sakit jantung adalah apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi dan mengganggu sistem jantung. Sakit jantung boleh digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang.
Pesakit biasanya akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan. Sebab sebenar berlakunya rasa kesakitan ini adalah disebabkan oleh kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan “serangan sakit jantung”.
Jadi apa yang menyebabkan penyakit jantung? Menurut kajian yang dilakukan oleh pakar kesihatan dunia , banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung , antaranya asap rokok , kandungan lemak atau kolestrol yang tinggi , kurang bersenam, darah tinggi dan kencing manis . Tambahan lagi , risiko untuk menghidap penyakit jantung akan bertambah jika anda mempunyai keturunan yang menghidap penyakit jantung , berumur 35 ke atas dan menghidap obesiti , merokok , gagal megawal tekanan darah , tekanan yang berlebihan dan pemilihan makanan yang tidak betul. Jadi, berhati-hatilah dan cuba menghindari penyakit yang berbahaya ini.
- Kanser
Jika mengikut pendapat saya , tidak perlulah saya memperkenalkan lagi ‘selebriti’ dalam kategori penyakit kronik ini. Siapa di dunia ini tidak mengenali Encik Kanser. Kanser atau dikenali sebagai barah neoplasm dalam istilah perubatan adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.
Memetik kata-kata Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika , “Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser”. Jadi kita perlu faham di sini bahawa dengan keadaan pencemaran udara , racun perosak , bahan tambahan dalam makanan , kekurangan nutrien dan lain-lain, sistem imunisasi kita akan menjadi semakin lemah dari hari ke hari.
Oleh itu , risiko kanser akan meningkat dan realiti telah membuktikan kita tidak mampu lari dari semua masalah ini selagi kita masih di dunia ini. Menakutkan bukan penyakit ini? Malangnya kita hanya mampu mengurangkan risiko dijangkiti dan berdoa tetapi hanya tuhan yang menentukan.
Kanser mempunyai pelbagai tahap dari tahap satu sehingga tahap empat. Jika kita menemui penyakit ini ketika di tahap awal, pelbagai rawatan boleh dilakukan untuk mennyembuhkan penyakit itu. Antaranya pembedahan , kemoterapi , terapi radiasi dan imunoterapi . Walaupun kos perubatan untuk mengubati kanser agak mahal malah boleh dikatakan sangat mewah , banyak nyawa telah diselamatkan oleh kaedah-kaedah tersebut . Jadi semakin awal penyakit kanser ini ditemui , semakin cerah peluang pesakit untuk sembuh .
- Diabetes
Diabetes adalah satu penyakit umum yang cukup dikenali oleh rakyat Malaysia. Adakah anda faham apa yang dimaksudkan dengan diabetes? Diabetes yang juga dikenali sebagai kencing manis oleh kita adalah penyakit yang berlaku apabila terdapat gula pada kadar yang tinggi di dalam darah kita. Terdapat dua jenis diabetes iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Di dalam diabetes Type 1 , diabetes ini berlaku kerana pankreas anda tidak dapat menghasilkan insulin dan menyebabkan kadar gula di dalam darah tidak dapat dikawal.
Type 2 atau dikenali sebagai ‘adult-onset diabetes’ berlainan dengan Type 1 . Dalam Type 2, tubuh Anda memiliki insulin yang cukup tapi tidak mampu menggunakannya dengan betul. Pankreas bekerja secara normal tetapi entah bagaimana sel dalam tubuh tidak dapat menggunakan gula di dalam darah sebagai sumber tenaga. Dan seiring dengan waktu, gula tinggi di dalam darah anda akan membahayakan tubuh.
Jadi anda sudah faham dengan apa yang dimaksudkan dengan penyakit diabetes? Jadi mari kita ke topik seterusnya iaitu komplikasi dari penyakit diabetes. Anda ingat hanya risiko gula yang tinggi dalam darah sahaja yang pelu ditanggung oleh anda sekiranya menghidapi diabetes? Anda silap. Apabila anda disahkan dengan diabetes , beberapa komplikasi lain akan melanda tubuh anda. Antaranya nekrosis yang boleh membuat kita lumpuh.Tanpa rawatan yang pantas , sel tubuh kita tidak akan mampu untuk menggunakan gula di dalam aliran darah dan akan mati secara perlahan. Biasanya nekrosis berlaku di bahagian bawah badan.
Selain itu , terdapat juga beberapa komplikasi lain seperti kardiopathy , neuropathy , kerosakan mata , kerosakan kaki , masalah mulut dan kulit dan juga risiko keguguran.Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan penyakit sebegini. Bagi pesakit Diabetes Type 1 , bekalan insulin secara berterusan adalah satu keperluan untuk kelangsungan hidup. Tetapi harga jarum insulin sangat mahal di pasaran.
Allianz Malaysia Medical Card Menampung Rawatan BerKOS tinggi.
Seiring dengan kemajuan perubatan dan kecanggihan teknologi , semakin banyak kaedah yang boleh digunakan untuk merawat segala penyakit. Malah menurut Islam , tiada penyakit yang tiada penawar di dunia ini. Namun persoalannya di sini adalah mampukah kita menanggung kos rawatan penyakit tersebut yang boleh mencecah ribuan ringgit? Jadi bagaimanakah kita harus mengatasi masalah ini? Jawapannya sangat mudah. Sertailah Allianz Malaysia dan nikmati pelbagai faedah dan membolehkan anda mendapatkan rawatan yang berkos tinggi tersebut dengan segera.
Allianz Malaysia telah ditubuhkan dan digunakan oleh rakyat Malaysia sejak lebih sedekad yang lalu. Jadi , kredibiliti syarikat ini lebih tinggi dari syarikat insurans yang lain. Malahan , syarikat induknya di luar negara sekarang bernilai ratusan billion ringgit hasil dari kepercayaan pengguna syarikat ini. Allianz Malaysia adalah pelindung anda dari lebih 100 penyakit kronik seperti sakit jantung atau kanser dari tahap awal sehingga tahap akhir.
Tidak banyak syarikat insurans yang berani mengatakan mereka boleh melindungi anda dari lebih 100 penyakit kronik kerana risiko kerugian , tetapi Allianz berbeza dari mereka. Allianz adalah sebuah syarikat insurans yang sangat kukuh dan berprestij. Selain itu , Allianz juga menawarkan kelebihan tiada waktu menunggu antara tuntutan. Setiap tuntutan akan diselesaikan dengan segera oleh pihak Allianz. Allianz juga menyediakan faedah untuk rawatan diabetes dan kanser untuk membantu anda merawat dan mendapatkan semula kebolehan anda untuk meneruskan kehidupan.
Daftar Allianz Malaysia Medical Card Sekarang !
Jadi apa lagi yang anda tunggu? Menunggu penyakit datang baru hendak mendaftar? Ingatlah peribahasa melayu yang berbunyi ‘Sediakan payung sebelum hujan’. Janganlah kita bersikap pasif dalam proses kelangsungan hidup kita.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau proses pendaftaran , anda boleh menghubungi pegawai Allianz Malaysia di bawah.
Nama : Puan Nurul
No. Telefon : 6012-6714019
Anda Mungkin Meminati
The post Allianz Malaysia Medical Card Perlindungan Lebih Daripada 100 Penyakit Kritikal appeared first on Prof Hariz.