Sewa van murah murah! Tuan tuan dan puan puan khususnya bagi mereka yang berada di sekitar KL. Mencari van yang selesa untuk tujuan peribadi anda? Ada kenduri di luar kawasan Kuala Lumpur? Malas konvoi? Mahukan suasana perjalanan yang lebih havoc, meriah dan dapat mengeratkan lagi silaturrahim? Anda seorang pekerja yang mencari kenderaan bagi urusan pejabat atau memerlukan kenderaan dengan kapasiti muatan melebihi 5 orang tetapi mewah dan sesuai dengan imej syarikat anda?
Oh, keluarga dari kampung datang ke Kuala Lumpur dan inginkan kenderaan yang mampu membawa keluarga besar anda? Rombongan Cik Kiah kata mereka. Serabut memikirkan kenderaan yang sesuai? MPV? Sedan? Saya cadangkan anda sewa sahaja van. Senang! Muatan ramai, ruang yang lebih selesa dan yang pasti tentulah lebih ekonomi. Dapatkan khidmat sewaan Van yang cantik, kemas, selesa dan murah dari PROP VAN! Ya, Prop Van!
Khidmat Van Sewa Kuala Lumpur Yang Berpatutan Dari Prop Van
Prop Van menyediakan khidmat sewaan van yang berpatutan dengan keperluan dan bajet anda. Di Prop Van anda dapat memilih pelbagai jenis van yang dapat memenuhi kemahuan anda dari segi kapasiti muatannya, jenis dan juga keselesaannya. Isu keselesaan? Jangan risau saya jamin kesemua van di Prop Van tidak akan mengecewakan anda. Prop Van juga sedia menerima sewaan van secara harian, mingguan mahupun bulanan bergantung kepada keperluaan anda. Kadar sewaan? Haruslah berbaloi dengan kondisi vannya. Mari kita lihat kadar sewaan di Prop Van ini.
Harga Van Sewa Kuala Lumpur
Amacam? Kadar sewaan yang berbaloi tau, jika anda inginkan perjalanan yang bajet tetapi mengekalkan keselesaan untuk kesemua ahli rombongan. Haa, dapatkan segera khidmat van dari Prop Van ini. Apa van kilang? Eh, bukan lah untuk pengetahuan semua van van di Prop Van ini kesemuanya merupakan van yang baru dan selesa dengan kadar yang sangat berpatutan. Tak percaya? Ok, mari saya tunjuk gambar gambar van yang disediakan.
Sewa Van Toyota Hiace Kuala Lumpur
Toyota Hiace, merupakan salah satu van penumpang keluaran Toyota yang laris di Malaysia. Dengan ciri ciri keselamatan yang menjadi keutamaan bagi setiap model keluaran Toyota cukup untuk menjadikan van ini sebagai satu kenderaan penumpang yang menjadi kepercayaan ramai. Bagi pemanduan secara berjemaah, dengan kapasiti muatan 10 ke 11 orang van Toyota Haice ini pasti menjamin keselesaan anda sepanjang perjalanan. Maka tidak hairanlah jika anda dapati van jenis ini juga sering kali di guna pakai sebagai pengangkutan di sekitar kawasan peranginan bukan?Apa yang best tentang Toyota Hiace ini, pickupnya yang membolehkan ia bergerak laju seperti anda membawa kereta biasa tau. Bagi mereka yang merancang perjalanan jauh, keluar dari KL apa kata anda pertimbangkan van ini sebagai pengangkutan anda. Namun harus di ingat, laju laju pun pastikan anda selamat sampai ke destinasi ya. Kekalkan pemanduan berhemah. Di Prop Van, anda dapat menyewa van Toyota Hiace ini dengan kadar RM350/hari. Murah kan?
Sewa Van Kuala Lumpur Joylong Era Komuter Untuk 15 Orang
Mahukan sesuatu yang lebih besar? Haa.. Prop Van ada van yang mampu menampung sehingga 15 orang dalam satu masa. Joylong van, merupakan satu jenama dari cina yang mengeluarkan high-end van. Di Malaysia, van jenis ini lebih dikenali sebagai komuter kerana bentuknya yang sama seperti Van Toyota Commuter manakala di sesetengah negara luar ia lebih dikenali sebagai Hivan. Menggunakan diesel sebagai bahan bakar, jadi secara tidak langsung ia lebih menjimatkan berbanding dengan kereta yang menggunakan petrol sebagai bahan bakarnya. Namun, ia bergantung juga pada cara pemanduan si penyewa. Tapi, jika anda mencari sesuatu yang selesa dengan kapasiti muatan yang lebih, maka Joylong Era Komuter Van ini adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Dengan kadar sewaan bermula dari RM 450/hari rasanya ia cukup berbaloi dan menjimatkan kos perjalanan anda tau. Haa… apalagi, pertimbangkan ya!
Sewa Van Kuala Lumpur Farid Placer – X Untuk 18 Orang
Farid Placer-X merupakan satu model di bawah Joylong Van yang menawarkan ruang yang lebih besar dari model yang sebelumnya iaitu Era Komuter. Farid Placer-X ini mempunyai 18 seater dengan sliding doornya yang lebih besar. Bukaan pintunya yang memuatkan 2orang dalam satu masa pasti memudahkan urusan keluar masuk para penumpangnya. Jadi jika Farid Placer-X ini merupakan kenderaan yang bersesuaian dengan keperluan anda apalagi, cepat cepat hubungi Prop Van ya!
Selain Van Sewa di Kuala Lumpur, Luxury Minivan Juga Disediakan
Selain dari window van yang lebih santai dan komersial, Prop Van juga ada menyediakan sewaan bagi mereka yang mencari luxury minivan. Mungkin bagi tujuan yang lebih formal, mahukan sesuatu yang lebih mewah, exclusive namun masih didalam bajet yang berbaloi. Haaa, dapatkan khidmat Prop Van ya! Diantara luxury MPV yang terdapat di Prop Van ialah Toyota Alphard, Vellfire dan juga Hyundai Starex. Ketiga tiga model ini pastinya model yang tidak asing lagi bukan? Dengan kadar sewaan bermula dari RM 550 – RM 800 sehari, pastinya bukan satu kadar yang membebankan bagi anda jika dibandingkan dengan keselesaan dan kelebihan yang anda perolehi. Ketiga tiga model ini juga boleh disewa secara harian, mingguan mahupun bulanan. Menarik bukan? Bagi setiausaha yang mencari van mewah untuk membawa perwakilan syarikat anda haa, apalagi cepat! Usulakan Prop Van ini kepada bos anda tau.
Dapatkan Van Sewa Kuala Lumpur SEKARANG !
Macam mana tuan tuan dan puan puan semua? Dah tahu mana van yang terbaik untuk urusan perjalanan anda? Kepelbagaian van yang ditawarkan pasti akan memudahkan anda untuk membuat pilihan. Untuk mereka yang mahukan perjalanan secara berkumpulan, boleh lah terokai web Prop Van terlebih dahulu. Kenal pasti van yang bersesuaian dengan bajet anda. Begitu juga bagi mereka yang mencari van bagi urusan pejabat. Selain dari sewaan van, Prop Van juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti pemindahan barang, sewaan van beserta pemandu pun ada tau! Tetapi bagi destinasi yang ditetapkan sahaja. Disini saya sediakan linknya.
Telefon : +6 019 3746422
Email : reservation.propvan@gmail.com
Web : www.propvan.com
Alamat : Taman Permata, 53300, Kuala Lumpur Malaysia
Alamat 2 : Taman Sri Keramat, Jalan Au 3/1, Ampang, 54200 Kuala Lumpur Malaysia
Untuk urusan tempahan, sebut harga dan sebagainya anda bolehlah klik pada pautan atau hubungi sahaja nombor yang disediakan. Bagi yang berdekatan, anda boleh terus ke pejabat mereka. Untuk urusan lebih lanjut sila lihat maklumat di bawah, semoga ianya membantu!
Anda Mungkin Meminati
The post Van Sewa Kuala Lumpur appeared first on Prof Hariz.