Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Temuduga Penguasa Kastam W41

$
0
0

 Soalan Temuduga Penguasa Kastam

Adakan anda antara calon-calon yang terpilih untuk menghadiri Temuduga Penguasa Kastam W41? Syabas! Syabas kerana anda telah dipanggil untuk menghadiri temuduga yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Nyatalah calon-calon yang terpilih kini perlu membuat persediaan supaya tidak gagal dalam proses temuduga tersebut, bukan?

Tidak kira apapun peperiksaan yang diadakan, termasuklah untuk jawatan Penguasa Kastam W41, setiap calon yang berjaya akan dipanggil untuk proses seterusnya iaitu Temuduga SPA. Tahukah anda, di sinilah ramai calon-calon gagal dan kecundang akibat tidak dapat menjawab soalan-soalan dari penemuduga? Kebanyakan calon-calon tidak dapat menjawab soalan dengan tepat seperti yang dikehendaki oleh penemuduga.

Aspek Penilaian Temuduga Penguasa Kastam W41

Tips Temuduga Penguasa Kastam

Menghadapi temuduga untuk Penguasa Kastam W41 tidak kurang bezanya dengan sesi temuduga yang lain, terutama sekali temuduga semasa untuk mengesahkan jawatan dalam sesuatu pekerjaan. Sesi temuduga kebiasaannya merupakan langkah terakhir sebelum sesebuah syarikat atau organisasi akan mengambil anda untuk bekerja.

Di sini penemuduga akan menilai anda dari pelbagai aspek, seperti tahap keyakinan anda, penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris, tatacara anda semasa proses temuduga, dan tingkah laku anda semasa proses temuduga supaya penemuduga mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai calon yang ditemuduga beserta kebolehan dan sifat-sifat calon tersebut, dan inilah yang akan dinilai sebelum kata putus yang calon tersebut diterima atau sebaliknya.

Soalan Lazim Dalam Sesi Temuduga Penguasa Kastam W41

Mari kita lihat apakah contoh-contoh soalan yang sering ditanya oleh penemuduga. Soalan Lazim Yang Akan Ditanya

Temuduga Penguasa Kastam W41

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang akan ditanya oleh penemuduga semasa sesi temuduga Penguasa Kastam W41. Antara soalan-soalan lazim yang ditanya adalah seperti berikut:

  • Latar belakang calon, dimana calon diminta untuk memperkenalkan diri mereka
  • Kelayakan calon, dari segi pendidikan (jurusan sarjana / sarjana muda / diploma / sijil / STPM / SPM dan sebagainya) dan juga kelayakan calon dari sumber lain (eg melalui latihan dan sebagainya)
  • Dasar kerajaan, dimana calon diuji oleh penemuduga mengenai sejauh manakah calon mengetahui dasar-dasar kerajaan
  • Isu semasa di dalam dan di luar negara – di sini penemuduga ingin menguji calon sama ada calon tersebut akur dengan perkembangan isu semasa terkini, termasuk isu-isu di dalam negara mahupun isu-isu di luar negara. Penemuduga ingin mengetahu sama ada calon adalah arif untuk menjawab soalan berkenaan isu semasa.

Contoh Soalan Yang Sering Ditanya Dalam Sesi Temuduga Penguasa Kastam W41

Soalan Umum Temuduga Penguasa Kastam W41

Contoh-contoh soalan oleh penemuduga mungkin berbunyi seperti ini:

  1. “Sila perkenalkan diri anda secara ringkas.”
  2. “Sila nyatakan jawatan yang anda pohon.”
  3. “Boleh anda nyatakan kenapa kami harus memilih anda, dan bukan calon yang lain?”
  4. “Apakah kebolehan anda?”
  5. “Apakah yang anda rasa menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan Kerajaan?”
  6. “Mengapakah kami patut mengambil anda untuk bekerja dengan kerajaan?”
  7. “Boleh anda ceritakan apakah projek yang anda buat untuk projek tahun akhir di tempat pengajian anda?”
  8. “Adakah anda mempunyai kelemahan yang harus kami ketahui?”
  9. “Adakah anda akan melakukan apa-apa yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?”

Soalan-soalan berikut merupakan soalan-soalan yang lazim yang akan ditanya oleh penemuduga semasa sesi temuduga dengan calon nanti. Ini hanya sebahagian daripada set-set soalan lain yang penemuduga mungkin akan atau tidak akan bertanya kepada calon.

Soalan Calon Khusus Bagi Mereka Yang Menghadiri Temuduga Penguasa Kastam W41

Temuduga Penguasa Kastam W41

Berikut merupakan soalan-soalan yang mungkin akan ditanya penemuduga untuk calon khusus bagi mereka yang menghadiri Temuduga Penguasa Kastam W41. Antara soalan-soalannya adalah seperti berikut:

  1. “Apakah itu GST?”
  2. “Berapakah kadar cukai GST?”
  3. “Bilakah GST dilancarkan?”
  4. “Apakah perbezaan GST dan SST?”
  5. “Apakah tugas-tugas Penguasa Kastam?”
  6. “Apakah jenis-jenis cukai yang dipungut di Jabatan Kastam?”
  7. “Apakah dia etika Kastam?”
  8. “Apakah visi, misi dan fungsi Kastam?”

Contoh Soalan Isu Semasa Untuk Temuduga Penguasa Kastam W41

Temuduga Penguasa Kastam W41

Selain dari itu, penemuduga mungkin akan menanyakan soalan berkaitan isu semasa, seperti berikut:

  1. “Ceritakan apa yang anda tahu tentang krisis di negara Syria.”
  2. “Bagaimana hendak menangani isu pembayaran balik PTPTN?”
  3. “Apakah pendapat anda dalam campur tangan kuasa asing dalam kedaulatan sesebuah negara?”
  4. “Apakah isu semasa yang hangat diperkatakan pada masa ini?”
  5. Apa yang anda perlu lakukan di dalam bilik temuduga?

Tatacara Tiba di Bilik Temuduga Kerja

Tatacara Temuduga Penguasa Kastam W41

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai apa yang anda perlu lakukan setibanya anda di bilik temuduga:

  • Berketrampilan dengan wajah tegas tetapi mesra
  • Jangan selalu tersenyum
  • Duduk dengan posisi yang tegak, jangan duduk menyandar
  • Sekiranya anda membawa tas tangan (handbag) bagi kaum wanita, letakkannya di atas meja yang disediakan
  • Letakkan tangan anda di atas peha
  • Apabila masuk ke bilik temuduga, tegakkan badan sebelum mengucapkan salam
  • Sebelum masuk bilik temuduga, pastikan telefon bimbit / peranti mudah alih anda ditutup. Anda tidak mahu apa-apa gangguan semasa proses temuduga sedang berlangsung..
  • Jaga kelakuan anda dan amalkan sikap bersopan-santun.
  • Sekiranya anda tidak tahu untuk menjawab soalan yang diajukan, beritahu dengan ikhlas yang anda tidak tahu dan disusuli dengan mohon maaf
  • Jaga cara percakapan anda. Pertuturan mestilah jelas.

Dapatkan Rujukan Temuduga Penguasa Kastam WK41 Sesi 2017

Rujukan Temuduga Penguasa Kastam

Adalah diharap bahawa contoh-contoh soalan ini menjadi panduan yang bernas untuk calon-calon yang akan menghadapi sesi temuduga tidak lama lagi, khususnya untuk Temuduga Penguasa Kastam W41. Sila dapatkan rujukan penuh temuduga penguasa kastam wk41 sesi 2017 sekarang. Jika mempunyai sebarang soalan boleh terus whatsapp saya di 012-5336713. Selamat maju jaya !

The post Temuduga Penguasa Kastam W41 appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles