Kolestrol bukanlah perkara yang mendatangkan keburukan. Ia sebenarnya amat penting untuk tubuh menghasilkan hormon estrogen, progesterone, testosterone, cortisone dan aldosterone. Vitamin D dalam tubuh manusia turut dihasilkan oleh kolestrol. Ia membantu penukaran cahaya matahari kepada vitamin D.
Ada juga kolestrol yang tidak baik. Terdapat banyak kaedah untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Sama ada kaedah moden atau tradisional, kedua-duanya haruslah dipilih dengan mengutamakan faktor kesihatan untuk mendapatkan hasil yang benar-benar berkesan.
Kolestrol terbahagi kepada 2 jenis. Kolestrol pertama ialah Low-Density Lipoprotein (LDL) yang dikenali sebagai kolestrol jahat. Ia boleh memenuhkan arteri dengan plak yang membawa kepada sakit jantung. Anda perlukan kolestrol yang kedua iaitu High-Density Lipoprotein (HDL) iaitu kolestrol baik. Ia mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah anda.
Amalkan 6 Tips Mengurangkan Kolesterol Dengan Sihat
1. Bersenam Dengan Konsisten
Dalam seminggu, ambil masa 30 minit untuk bersenam dari 3 hingga 4 kali. Risiko menghidap penyakit-penyakit utama seperti sakit jantung dan kencing manis dapat dikurangkan dengan bersenam dengan kerap. Paras kolestrol dapat direndahkan dan tahap triglyceride turut berkurangan.
Biasakan diri anda dengan aktiviti bersukan, jogging, berbasikal dan berjalan. Anda boleh bersenam di dalam rumah seperti mengangkat berat sambil menonton televisyen atau menggunakan tangga untuk turun dan naik ke pejabat.
Untuk memastikan aktiviti senaman anda berjalan dengan konsisten, carilah rakan yang boleh menjalankan aktiviti yang sihat ini bersama-sama. Anda boleh bersenam dengan lebih bersemangat bila ada orang lain turut bersama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.
2. Makan Dengan Sihat
Nikmati makanan anda disusuli dengan serat larut air. Dengan memakan serat larut air sebanyak 10 gram sehari boleh menurunkan paras kolestrol. Makanan yang kaya dengan serat larut air seperti buah-buahan, oat dan sayur-sayuran adalah sumber serat yang terbaik.
Mengurangkan makanan lemak tepu. Makanan yang berasaskan haiwan mempunyai banyak kandungan lemak tepu seperti daging, susu produk tenusu, mentega dan kulit ayam. Lemak tepu turut terdapat dalam minyak sawit sebagai makanan tinggi lemak tumbuhan. Risiko untuk mengapat penyakit arteri koronari amat tinggi akibat lemak tepu.
Makanan seperti biskut, pastri, makanan yang digoreng mengandungi lemak trans. Kurangkan pengambilan makanan jenis ini dari segi kalori dan lemak untuk mengurangkan kolestrol anda. Usahakan untuk mengambil pada kadar yang paling rendah iaitu 1% dalam kalori harian anda.
Selain itu, kurangkan makan kuning telur, susu penuh dan daging merah kerana ia adalah makanan yang mengandungi kolestrol pekat. Anda juga harus mengurangkan pengambilan asid lemak omega 3 kerana ia boleh meningkatkan HDL dan merendahkan kolestrol LDL. Sebagai alternatif, anda boleh menikmati makanan seperti badam, walnut dan ikan salmon yang mengandungi vitamin dan anti oksida.
Terdapat 3 jenis makanan yang boleh digabungkan dalam satu resepi iaitu blueberry, epal dan bawang putih. Blueberry dan bawang putih mempunyai khasiat untuk mengurangkan kolestrol dan merendahkan tekanan darah. Fiber di dalam epal boleh membantu mengurangkan kandungan kolestrol yang terhasil dalam hati.
Makanan berasaskan kacang soya boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Kandungan isoflavones di dalam kacang soya berserta protein boleh mengurangkan kolestrol sehingga 10%.
Jika anda makan di kedai, ada beberapa pilihan yang boleh membantu anda makan dengan sihat. Sebaik-baiknya anda pilih makanan yang disediakan dengan cara kukus, dibakar atau dipanggang. Kurangkan pilihan makanan yang digoreng. baik sos tomato atau sos cili, ambil dalam jumlah yang sedikit sahaja.
3. Elakkan Dari Rasa Tertekan
Jika anda berasa bimbang dan tertekan, ia boleh meningkatkan kadar tekanan darah anda sekaligus mengurangkan aliran darah di jantung anda. Oleh itu hadapi segala masalah dan cabaran dengan tenang.
4. Hentikan Tabiat Merokok
Aktiviti merokok bukan sekadar membazirkan wang anda, tetapi membahayakan orang lain yang berhampiran dengan anda. Merokok boleh meningkatkan penghasilan plak di dalam arteri dan menambahkan lagi kadar kolestrol LDL dalam badan.
5. Kurangkan Berat Badan
Bila berat badan anda lebih dari berat badan yang normal, banyak penyakit yang akan datang menimpa seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Jika anda mengalami obesiti, cari jalan untuk mengurangkan berat badan secara berperingkat. Tahap kesihatan anda dapat ditingkatkan dan kadar kolestrol dapat diturunkan.
Jika anda makan kerana berasa bosan, maka anda harus tukarkan aktiviti tersebut kepada sesuatu yang lebih menyihatkan seperti mengemas rumah atau membasuh kenderaan. Jika sebelum ini anda makan nasi dua pinggan maka kurangkan ia kepada satu pinggan sahaja. Jika anda gemar makan makanan ringan, tukar menu anda kepada sesuatu yang lebih menyihatkan.
6. Gunakan Produk Minuman Kesihatan Tu7uh Untuk Mengurangkan Kolesterol
Produk Tu7uh adalah produk kesihatan yang boleh membantu mengawal dan mengatasi masalah seperti saluran tahap kolesterol. Bagaimana ia membantu mengatasi masalah kesihatan yang serius ini? Tu7uh mengandungi 7 bahan istimewa yang sememangnya dipercayai dan terbukti sebagai bahan yang efektif dalam mengawal penyakit kencing manis.
Setiap bahan ini diperoleh 100% secara semulajadi. Gabungan 7 bahan utama ini adalah lemon, pati cuka epal, bawang putih, madu, halia, habbatus sauda dan kurma. Pastinya anda sudah selalu mendengar betapa mujarabnya bahan-bahan ini yang sudah terbukti mampu untuk membantu para pesakit mengawal penyakit yang dideritai seperti penyakit kencing manis. Seisi keluarga pun boleh minum produk ini termasuklah anak-anak kecil.
Testimoni Pengguna Produk Minuman Kesihatan TU7UH
Nak lihat lebih banyak testimoni boleh terus ke http://tu7uh.com/
Dapatkan Produk Minuman Kesihatan TU7UH SEKARANG !
Apa yang anda makan hari ini bakal menjadikan anda pada esok hari. Jika anda pilih makanan yang sihat, maka anda akan sihat. Jika anda pilih makanan yang tidak berkhasiat, mempunyai kadar yang lebih dari anda perlukan, maka bersedialah untuk menghadapi penyakit-penyakit yang bakal menimpa.
Hidup secara sihat adalah satu nikmat. Anda perlu berusaha untuk mencapai dan mengekalkannya. Biarlah usia tua anda dinikmati bersama-sama dengan anak dan cucu anda dengan gembira, jangan sampai hidup merana hingga mereka pula yang terpaksa menjaga anda akibat pemakanan yang tidak sihat semasa muda dahulu.
Dapatkan segera produk TU7UH dengan harga
1 BOTOL = RM69
2 BOTOL = RM125 (JIMAT RM13)
3 BOTOL = RM180 (JIMAT RM37)
SEKARANG !
TAIP “TU7UH” DAN
SMS @ WHATSAPP KE 012-2074114
Atau Terus Order di http://tu7uh.com/order/
Anda Mungkin Meminati
The post 6 Tips Mengurangkan Kolesterol appeared first on Prof Hariz.