Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Medical Card Terbaik

$
0
0

Seperti lautan yang sentiasa bergelora, begitulah kehidupan manusia yang sentiasa diuji. Ada orang diuji dengan kekayaan. Kaya tapi tak bahagia. Ada orang diuji dengan kesusahan. Gaji tak besar, hidup serba sederhana tapi sentiasa bersyukur. Ada orang diuji dengan kemahsyuran. Popular, ramai pengikut tapi hilang “privacy”. Ada juga yang diuji dengan kesakitan. Ada yang ringan sakitnya, ada yang berat sehingga menderita bertahun-tahun.

Medical Card Terbaik Sakit

Kebanyakan orang tak suka dilanda sakit. Lebih-lebih lagi penyakit yang berat, memerlukan rawatan berpanjangan, perlu makan beraneka jenis ubat dan perlu rawatan susulan yang memakan masa yang panjang. Zaman sekarang terdapat bermacam-macam penyakit. Kos rawatan pula semakin meningkat, sejajar dengan kenaikan kos sara hidup yang lain.

Rawatan di hospital kerajaan berkali ganda lebih murah berbanding rawatan di hospital swasta. Namun pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan kerana terlalu ramai orang yang pergi ke hospital kerajaan. Rawatan di hospital swasta pula lebih cepat, perkhidmatan lebih baik dan kemudahan yang disediakan lebih moden. Namun faktor kos rawatan yang tinggi menyebabkan bukan semua mampu mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Kenapa Medical Card Amat Penting?

Bagaimanakah kita boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi diuji dengan kesakitan? Apakah perkara utama yang diperlukan oleh seseorang yang sakit? Tentu sekali rawatan terbaik yang mampu diperoleh. Tapi dengan kos rawatan yang sangat tinggi, bagaimanakah kita boleh mengharungi ujian kesakitan dengan tenang, sedangkan kita tahu kos rawatan akan mencecah puluhan ribu ringgit? Cukupkah wang simpanan yang ada? Kalau tak cukup siapakah yang akan menanggung kos rawatan itu nanti? Bagaimana pula dengan kos rawatan susulan?

Medical Card Terbaik Amat Penting

Jangan peningkan kepala anda untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan di atas. Seperti setiap penyakit ada penawarnya, masalah di atas juga ada penyelesaiannya. Namun penyelesaian itu harus bermula sekarang. Anda harus memulakan langkah untuk mendapatkan kad perubatan dan memilih medical card terbaik supaya jika ditakdirkan anda jatuh sakit dan perlu dirawat di hospital di masa akan datang, penyelesaiannya sudah tersedia.

Pernah dengar kad perubatan, atau lebih lazim dipanggil medical card? Kad perubatan dikeluarkan oleh syarikat insurans konvensional dan syarikat takaful. Ia adalah kad yang memberi kemudahan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa membuat bayaran tunai. Kad perubatan merupakan satu bentuk simpanan untuk kemudahan rawatan di masa hadapan. Anda bayar sekarang dan jika ditakdirkan anda jatuh sakit, kad perubatan menyelesaikan masalah bil rawatan anda. Apa yang anda bayar adalah dalam satu bentuk simpanan dan sebahagiannya ada ditawarkan dalam bentuk pelaburan untuk menghadapi masa sukar.

Apakah Medical Card Terbaik?

Terdapat pelbagai kad perubatan di pasaran. Bagaiamana kita hendak pilih medical card terbaik? Ada yang berfungsi sebagai kad perubatan saja, ada yang dihubungkan sebagai rider tambahan kepada perlindungan asas dan ada juga yang dihubungkan dengan pelaburan. Semuanya bergantung kepada keperluan dan budget anda. Menurut laman web majalahniaga.com, dua faktor utama yang perlu diambil kira apabila membandingkan kad perubatan ialah faktor produk dan faktor pelanggan.

Medical Card Terbaik dan Murah

Faktor produk mengambil kira perkara seperti jumlah sumbangan iaitu jumlah premium yang dibayar, ko-takaful atau tidak – ada kad perubatan yang ko-takaful bermakna pelanggan perlu membayar 10% daripada jumlah kos rawatan.  Manakala yang terakhir adakah produk kad perubatan itu stand-alone atau dipakejkan sebagai rider.

Faktor pelanggan pula mengambil kira perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan dan keupayaan kewangan pelanggan serta perlindungan takaful sedia ada yang sudah dimiliki oleh pelanggan. Puas hati dengan penerangan di atas?  Mesti tidak, kan?  Jom baca lagi, saya nak cerita dengan lebih lanjut bagaimana memilih kad perubatan yang sesuai dengan keperluan dan kewangan anda.

Kad Perubatan Stand-alone Atau Kad Perubatan Dengan Rider?

Kad stand-alone ialah kad perubatan semata-mata yang tidak perlu dilanggan bersama produk lain. Kad rider pula dihubungkan atau dipakejkan dengan produk lain. Daripada penerangan ringkas ini tentu anda boleh meneka kad rider harganya lebih mahal daripada kad stand-alone, kan?

Medical Card Terbaik Yang Mana Menjadi Pilihan

Sebenarnya apabila membandingkan harga, anda harus bandingkan harga khusus untuk kad perubatan saja, jangan bandingkan harga produk asas yang ‘diriderkan’ dengan kad perubatan. Ini akan membolehkan anda membuat perbandingan yang adil. Kedua-dua kad stand-alone dan kad rider ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebaik-baiknya tanyalah penasihat takaful anda dan sesuaikanlah dengan keperluan serta keupayaan kewangan anda sebelum membuat pilihan.

Kad Perubatan Ko-takaful Atau Bukan Ko-takaful?

Ko-takaful ialah kad perubatan yang memerlukan pelanggan membayar sedikit kos hospital apabila pelanggan dimasukkan ke hospital. Jumlahnya tak besar, biasanya 10% atau maksimum RM1,000 dari jumlah keseluruhan bil. Biasanya kad bukan ko-takaful lebih mahal berbanding kad ko-takaful untuk pelan perlindungan yang sama.

Perlindungan Seumur Hidup Atau Perlindungan Tahunan?

Kalau ejen takaful anda berkata anda memiliki perlindungan RM1 juta, jangan terus teruja. Semak betul-betul dulu ya. Adakah itu perlindungan seumur hidup atau perlindungan tahunan? Bunyi macam banyak kan, RM1 juta tu? Kalau RM1 juta itu adalah perlindungan seumur hidup, hati-hati ya. Jangan sampai terlebih had tahunan, nanti anda terpaksa keluarkan duit simpanan sendiri untuk menampung lebihan kos yang tidak ditanggung oleh syarikat takaful.

Kad Perubatan MEDIPLAN Takaful Ikhlas

Medical card terbaik 2017

Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh saya ceritakan tentang kad perubatan, tapi lebih baik jika anda mendapatkan nasihat daripada ejen takaful bertauliah. Sebaliknya saya hendak berkongsi dengan anda satu contoh kad perubatan, iaitu MEDIPLAN.  Ini antara medical card terbaik yang ditawarkan di pasaran.

Kad perubatan MEDIPLAN adalah produk terbaru daripada Takaful Ikhlas, sebuah syarikat takaful yang terkemuka di Malaysia. Takaful Ikhlas telah dipilih sebagai syarikat pengendali takaful terbaik di Malaysia bagi tahun 2013, 2015 dan 2016.

Kad perubatan MEDIPLAN adalah kad perubatan terbaik di Malaysia. Ia istimewa kerana menawarkan perlindungan perubatan tanpa had tahunan dengan harga mampu bayar. Pelan yang paling minima berharga RM100 manakala yang maksima pula berharga RM700.  Ia menawarkan jumlah perlindungan sehingga RM3.5 juta, tanpa had tahunan.

Dapatkan Medical Card Terbaik Sekarang

Ada banyak manfaat menarik yang ditawarkan oleh MEDIPLAN. Nak tahu dengan lebih lanjut?  Hubungi ejen Takaful Ikhlas Encik Zuhdi melalui:

Handphone: +60 13-324 1247

Jangan berlengah lagi.  Bertindak sekarang untuk kesenangan di masa hadapan. Hubungi +60 13-324 1247 untuk mendapatkan penerangan dan perundingan percuma bagaimana MEDIPLAN boleh membantu anda menyelesaikan masalah kos rawatan di hospital.

The post Medical Card Terbaik appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles