Perasan tak, kita yang hidup di zaman moden yang serba serbi canggih ini, terdedah kepada macam-macam masalah kesihatan. Kalau bukan penyakit keturunan, penyakit berjangkit. Kita juga berisiko terlibat dalam pelbagai jenis perkara yang tidak diingini yang membawa kepada masalah kesihatan dan ketidakmampuan. Kita sebagai manusia biasa memang tidak mampu untuk meramal masa kita akan dihadapkan dengan musibah sebegini.
Antara penyebab penyakit senang hinggap pada badan manusia adalah gaya hidup yang tidak aktif. Cara hidup yang menggunakan segala macam alat elektronik dan gajet memang nampak canggih, tetapi kesan daripada kecanggihan itu agak buruk. Apabila peralatan semakin canggih, manusia semakin kurang bergerak dan menjadi malas. Tabiat buruk ini menyebabkan banyak penyakit berbahaya yang dulunya jarang-jarang kedengaran semakin menjadi kebiasaan. Antara penyakit yang sudah sinonim dengan orang Malaysia adalah penyakit 3 serangkai paling popular iaitu kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung.
Risiko Ada Di Mana-Mana Sedar Mahupun Tidak
Selain itu, dengan bilangan kenderaan yang semakin hari semakin meningkat di atas jalan raya, semakin tinggilah risiko untuk kita terlibat dalam kemalangan. Walaupun kita sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk memandu kereta dengan berhemah, sikap berhati-hati ini tidak dapat menjamin keselamatan kita di atas jalan raya yang dikongsi dengan orang ramai. Mungkin di saat kita berwaspada, ada pemandu lain yang mementing diri sendiri sehingga meletakkan kita dalam bahaya.
Yang menjadi masalah besar apabila kita mula mendapat masalah kesihatan adalah kos rawatan yang sangat tinggi. Apabila masalah ini mula timbul, tiada apa-apa lagi yang boleh kita lakukan. Jadi, baiklah kita mulakan persiapan dari sekarang ketika masih sihat dengan menjadi pemegang Medical Card. Persoalannya, Harga Medical Card mana satu yang paling berbaloi dengan harga yang dibayar setiap bulan? Jom kita tengok.
MEDIPLAN, Harga Medical Card Terbaik Yang Sangat Berpatutan
Untuk artikel kali ini, saya ingin memperkenalkan medical card dengan harga yang terbaik dan pulangan yang sangat berbaloi iaitu MEDIPLAN; produk terbaru dari Takaful Ikhlas. Mediplan adalah sebuah pelan yang menawarkan medical card untuk membantu meringankan beban kewangan semua ahlinya.
IKHLASlink MEDIPLAN Secure Takaful Rider adalah rider kemasukan hospital dan pembedahan (hospitalisation & surgical) yang boleh dipakejkan dengan pelan takaful sedia ada yang mana sumbangan takaful adalah berkala. Kad MEDIPLAN yang istimewa ini membolehkan pemegang kad mendapat perlindungan yang lengkap untuk rawatan perubatan tanpa had tahunan. Yang paling best, ia diberikan dengan harga permulaan dan bulanan yang cukup murah dan pastinya mampu dibayar oleh semua orang.
Untuk pelan kesihatan MEDIPLAN, Takaful Ikhlas memang memfokuskan pelan perlindungan kesihatan yang mampu milik supaya semua lapisan masyarakat akan mendapat perlindungan yang sewajarnya pada waktu-waktu yang diperlukan. Walaupun dibayar dengan harga rendah, peserta MEDIPLAN TAKAFUL IKHLAS tetap akan mendapat keistimewaan dan kelebihan yang banyak setaraf dengan medical card lain yang lebih mahal. Barulah berbaloi pembayaran setiap bulan.
5 Sebab Untuk Anda Memiliki Kad MEDIPLAN Hari Ini !
Jom kita tengok kelebihan-kelebihan yang akan didapati oleh pemegang medical card MEDIPLAN.
- Manfaat kemasukan ke hospital dan penjagaan pembedahan
- Manfaat kematian atau TPD
- Perlindungan untuk 36 jenis penyakit kritikal
- Pengecualian sumbangan
- Perlindungan sehingga berumur 100 tahun
5 manfaat inilah alasan tepat kenapa MEDIPLAN adalah pilihan medical card terbaik. Dengan hanya RM150 sebulan, kita akan dilindungi daripada segi rawatan dan penjagaan kesihatan dan pada masa yang sama mendapat banyak kelebihan lain.
1. Keistimewaan MEDIPLAN Pada Harga Medical Card Hanya Dari RM150/Sebulan
Terdapat banyak kelebihan MEDIPLAN untuk semua peserta. Antaranya adalah:
- HAD Seumur Hidup yang TINGGI iaitu RM850,000
- TIADA HAD TAHUNAN keseluruhan
- TIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar DIALISIS
- TIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar KANSER
- 10% KENAIKAN Had Bilik jika tiada tuntutan selama 3 tahun
- TEMPOH Matang sehingga 100 tahun
- KADAR Sumbangan caruman yang mampu bayar
Semua kelebihan di atas jarang-jarang ada dalam pelan medical card yang lain. Inilah sebab kenapa MEDIPLAN menjadi pelan terbaik untuk perlindungan kesihatan kita. Yang penting, MEDIPLAN adalah pelan perlindungan kesihatan yang sangat berbaloi dengan harganya.
2. Umur Kemasukan dan Umur Matang
- Umur minimum MEDIPLAN bagi orang yang dilindungi ialah 30 hari manakala umur maksimum ialah 70 tahun pada hari lahir akan datang.
- Umur minimum peserta takaful adalah 11 tahun. Umur maksimum pula adalah 70 tahun pada hari lahir akan datang.
- Peserta berumur 11 hingga 16 tahun perlu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa dulu sebelum menyertai MEDIPLAN atau takaful.
- Umur matang adalah 100 tahun pada hari lahir akan datang.
3. Had Jumlah Perlindungan Dan Jumlah Sumbangan
Had seumur hidup minimum ialah RM650,00 bagi Pelan 100 manakala had seumur hidup maksimum ialah RM3,500,000 bagi Pelan 700. Ini bermaksud sumbangan minimum ialah RM100 dan sumbangan maksimum ialah RM700.
4. Tempoh Perlindungan
Tempoh perlindungan yang diberikan oleh MEDIPLAN ialah 5 ke 99 tahun.
Manfaat Menyertai MEDIPLAN Takaful Ikhlas
Jom tengok ilustrasi dalam jadual di bawah berkenaan dengan kelima-lima manfaat di atas:
Perbandingan Harga Tahunan Medical Card Terkini (Manulife Manumedic RM)
Menarik kan? Lebih menarik lagi apabila pelaburan dalam MEDIPLAN bermula serendah RM100 saja!
Harga Medical Card MEDIPLAN Sangat Rendah dan Berbaloi
Dengan bayaran permulaan serendah RM100 dan bulanan tetap RM100, kita akan mendapat pelbagai manfaat dan kelebihan sekiranya kita ditimpa musibah.
Semakin bertambah menarik apabila MEDIPLAN menawarkan kelebihan istimewa untuk ahlinya iaitu lawatan doktor sebanyak dua kali sehari semasa berada di dalam wad. Sesetengah medical card hanya memberikan satu kali rawatan doktor sehari.
Tak cukup menarik? Ada lagi. MEDIPLAN juga menawarkan kenaikan had bilik sebanyak 10% sekiranya tidak ada sebarang tuntutan dibuat bagi setiap tiga tahun. Anda diberikan kenaikan maksimum sebanyak lima kali bagi tempoh 15 tahun, sehingga 50% daripada had asal.
Masih tak cukup menarik? MEDIPLAN juga merupakan kad perubatan yang menawarkan manfaat pilihan. Manfaat pampasan akan diberi apabila orang yang dilindungi didiagnosis kanser untuk kali pertama dan/atau orang yang dilindungi didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang untuk kali pertama.
Jom baca, ringkasan manfaat yang anda akan perolehi dengan medical card MEDIPLAN:
- Kos rawatan 100% ditanggung oleh Takaful Ikhlas di semua hospital panel Takaful Ikhlas. Tunjuk kad MEDIPLAN dan kakitangan hospital akan menguruskan kemasukan anda ke hospital
- Kos pre-warded untuk pemeriksaan sebelum dimasukkan ke hospital dan kos post-warded untuk rawatan susulan selepas selesai rawatan dalam wad juga ditanggung oleh Takaful Ikhlas.
- Jika dimasukkan ke hospital kerajaan, anda akan dibayar Elaun Hospital Harian di antara RM50 ke RM400 sehari, bergantung kepada pelan kad perubatan yang anda ambil.
- Jika anda tak buat apa-apa tuntutan, kelayakan bilik akan bertambah 10% setiap 3 tahun.
- Tiada had tahunan, maknanya kos rawatan tidak dihadkan kepada amaun tertentu bagi tempoh setahun.
- Had perlindungan di antara RM650,000 hingga RM3,500,00 mengikut pelan yang diambil.
Hubungi Encik Zuhdi, ejen Takaful Ikhlas bertauliah, sekarang untuk menyertai MEDIPLAN – Pakej medical card terbaik dari syarikat pengedali takaful terbaik di Malaysia!
Handphone: +60 13-324 1247
Tiada sebarang caj untuk pertanyaan dan perundingan. Ejen Takaful Ikhlas Encik Zuhdi sentiasa bersedia untuk membantu anda. Hubungi sekarang, untuk mendapatkan penerangan dan perundingan percuma bagaimana MEDIPLAN boleh membantu anda menyelesaikan masalah kos rawatan di hospital.
Anda Mungkin Meminati
The post Harga Medical Card Terkini – Mediplan Takaful Ikhlas Menjadi Pilihan appeared first on Prof Hariz.