Peperiksaan Online Exam PTD merupakan peperiksaan yang mendapat permintaan yang sangat tinggi. Persaingan dalam menghadapi peperiksaan ini adalah sangat tinggi kerana jumlah calon yang bakal menduduki peperiksaan mencecah 50,000 orang. Oleh itu, calon perlu menunjukkan prestasi sehabis baik semasa peperiksaan bagi memastikan lulus dalam persaingan bersama puluhan ribu calon lain sebelum di panggil untuk ke peringkat pemilihan seterusnya.
Salah satu persediaan yang boleh dilakukan adalah dengan menjawab contoh-contoh soalan yang lepas. Dengan menjawab soalan-soalan ini, calon akan mempunyai gambaran awal tentang soalan yang bakal dijawab. Salah satu punca kegagalan calon adalah tidak membuat persiapan awal seperti tidak berusaha mencari contoh soalan PTD tahun-tahun sebelumnya.
Format Soalan Peperiksaan PTD Gred M41
Berbekalkan pengalaman sebagai calon peperiksaan PTD, Profhariz.com tampil dengan usaha untuk membantu calon PTD lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2016. Pelbagai contoh soalan terdahulu akan dikongsikan bersama anda. Untuk pengetahuan anda, format Soalan Peperiksaan PTD Gred M41 terdiri daripada 2 seksyen yang perlu dijawab iaitu:
i) SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN SEKELILINGNYA
Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 50 Soalan
Seksyen ini bertujuan untuk menguji tahap kesedaran calon terhadap perkara atau isu yang berlaku di dalam dan luar Malaysia. Topik yang perlu calon kuasai secara umum termasuklah hal dan isu berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/ kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan am.
Contoh Soalan:
1. Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada
I. Warga emas sebatang kara (60 tahun dan ke atas) dengan pendapatan kasar bulanan < RM 4000
II. Ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan < RM 4000
III. Orang kelainan upaya dengan pendapatan kasar bulanan < RM1000
IV. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan kasar bulanan < RM2000
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Jawapan: B
2) Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu dan Jeniang?
A-Kedah
B-Perak
C-Johor
D-Sabah
Jawapan: A
ii) SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH
Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 40
Seksyen ini menguji keupayaan calon untuk menyelesaikan masalah menggunakan item-item berkonsepkan perkara-perkara berikut:
i) Kemahiran Menggunakan Logik
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.
Contoh Soalan:
1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah
ii) Kemahiran Menginterpretasi Data
Soalan dibahagian ini memerlukan calon untuk menyelesaikan menginterpretasi data yang diberikan.Data perangkaan perlu dianalisa bagi menyelesaikan masalah yang diberikan. Sebagai contoh, calon perlu menginterpretasi graf dan jadual yang diberikan bagi mendapatkan jawapan sebenar.
iii) Konsep-konsep Matematik
Soalan dibahagian ini pula hanya memerlukan asas matematik peringkat SPM sahaja. Konsep matematik yang diperlukan lebih kepada asas algebra dan geometri. Oleh itu, calon tidak perlu risau jika anda bukan merupakan siswazah dalam bidang matematik.
Begitulah serba sedikit contoh-contoh soalan PTD Gred M41 yang akan anda hadapi pada exam online 23 November 2016 nanti. Contoh-contoh yang dibawakan ini bukanlah soalan sebenar tapi ia adalah sekadar contoh berdasarkan pengalaman calon-calon yang pernah menghadiri sesi peperiksaan SPA sebelum ini.
Alhamdulillah saya telah membantu ramai calon untuk lulus dalam peperiksaan ini. Anda boleh lihat testimoni mereka di profhariz.com. Anda juga boleh membaca tentang pengalaman saya sebagai calon exam PTD dan pengajaran terbesar yang saya dapat semasa menduduki peperiksaan tersebut.
Selain daripada itu, pelbagai tips menjawab soalan pengetahuan am dan menyelesaikan masalah dengan mudah akan diberikan. Contoh-contoh soalan dan info terkini berkaitan bagi menghadapi Peperiksaan PTD M41 juga boleh didapati di profhariz.com secara PERCUMA. Sila klik link berikut untuk mendapatkan kesemua rahsia mengenai peperiksaan PTD dengan segera http://profhariz.com/exam-ptd/ . Selamat Berjaya!
Anda Mungkin Meminati
The post Rujukan Peperiksaan Online Exam PTD Gred M41 appeared first on Prof Hariz.