Quantcast
Channel: ProfHariz Digital Marketing Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Tips Interview : Punca Anda Gagal Temuduga Yang Perlu Diperbaiki

$
0
0

Sumber Gambar : Marketeeringgroupdev.com

Ramai yang mengeluh bila Gagal Temuduga untuk menjawat jawatan idaman mereka dalam sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Bila ditanya apakah persediaan anda untuk Interview?

Jawab mereka : Alahh, bawa resume pergi duduk dan jawab jela soalan yang ditanya oleh Human Resource/Boss.

Tahukah anda bahawa temuduga tidak semudah yang anda fikir. Tetapi tidak sesusah yang anda sangka. Bila melakukan apa-apa perkara dengan mempunyai ilmu pasti semuanya mudah kan?

InshaAllah dalam artikel ini saya akan kongsikan apakah punca yang menyebabkan Calon Gagal Temuduga supaya anda dapat perbaiki untuk lebih bersedia dan yakin !

5 Sebab Yang Anda Kerap Lakukan Untuk Gagal Temuduga

1. Penampilan Kurang Professional

Ini perkara penting sekali. Tidak kira siapa anda, latarbelakang anda, taraf ekonomi anda, anda harus mempamerkan imej diri yang professional semasa hadir ke sesi temuduga.

Imej professional bukan bermakna anda harus memiliki pakaian yang mahal dan dijual di butik-butik termahal di pasaran. Ia sekadar sejuk mata memandang bagi panel temuduga dan tidak terlalu gah laksana pertunjukkan model.

Ingat, ini temuduga kerja bukan pertunjukkan fesyen. Terutamanya bagi calon perempuan. Kelihatan cantik amat perlu, cuma anda perlu berhati-hati supaya tidak merimaskan pandangan mata panel temuduga.

Anda mungkin berhadapan dengan pelbagai kerenah panel temuduga. Untuk titik selamat, cukup sekadar bersederhana dan kelihatan professional.

2. Terlebih Ramah dan Santai

Anda berhadapan dengan saat gentar sebelum hadir ke temuduga dan sewaktu di tempat temuduga. Relaks… Itu sifat normal bagi seorang manusia yang normal. Fokus kepada perkara yang menghilangkan perasaan gentar anda.

Terdapat calon yang cuba hilangkan gentar mereka dengan menjadi terlalu peramah sehingga ia menimbulkan kurang selesa kepada pihak lain. Sesi temuduga adalah satu sesi yang formal. Anda boleh bersantai apabila panel temuduga menukar sesi kepada santai.

Jika tidak, kekalkan tahap normal anda. Terlebih ramah bertanya semasa sesi temuduga boleh menimbulkan perspektif yang kurang baik kepada tahap komunikasi anda. Bercakap apabila disoal dan bertanya soalan. Ikut rentak mereka. Hilangkan rasa gentar sebelum temuduga dengan membaca, mendengar muzik, berdoa, berzikir dan lakukan senaman ringkas.

Relaks.. Anda bukan dihukum. Anda hanya disoal.

3. Berlebihan Dalam Lagak Gaya

Walau apa pun pencapaian anda dalam pelajaran atau bidang pekerjaan sebelum ini, usah meninggikan diri dalam percakapan anda. Ia berbeza dengan menyatakan kelebihan  diri anda.

Panel temuduga, mereka dilatih untuk memahami bahasa badan dan gaya bahasa calon. Mereka dapat lihat sama ada anda meninggikan diri atau tidak melalui cara jalan anda, gaya percakapan. Bersederhana dalam percakapan anda. Atau dalam erti kata lain, elakkan daripada cakap besar.

Mereka mempunyai pelbagai teknik mengeluarkan maklumat diri anda melalui soalan yang mereka ajukan.

Mereka professional, anda juga harus professional. Berlebih-lebihan tidak membantu anda.

4. Tidak Menepati Masa Dan Tiada Persediaan

Oh tidak.. Usah sesekali lambat di hari yang bermakna untuk berjaya anda. Ini mencerminkann sikap anda dan penurusan masa anda yang lemah.

Buat persediaan seawal yang mungkin bagi mencari lokasi temuduga dan kawasan tempat letak kenderaan jika anda hadir menggunakan kenderaan sendiri.

Lambat hanya untuk mereka yang benar-benar mengalami masalah yang tidak diduga dalam perjalanan awal ke tempat temuduga. Memberi alasan kesesakan lalu lintas adalah satu kesilapan yang besar. Usah mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai alasan kerana kurangnya persediaan anda.

Penyelesaian terbaik, bersedia lebih awal. Hadi ke kekawasan temuduga lebih awal. Memberi alasan tidak membantu anda berjaya dalam temuduga.

5. Maklumat Palsu Dalam Resume.
6. Lupa Sediakan Maklumat Penting
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

TIps Temuduga

Mahu lebih Tips Interview ? Sila download ebook percuma daripada saya di Tips Interview Sektor Swasta dan Kerajaan daripada Prof Hariz. Semoga bermanfaat dan tiada alasan lagi untuk gagal lagi !

The post Tips Interview : Punca Anda Gagal Temuduga Yang Perlu Diperbaiki appeared first on Prof Hariz.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 848

Trending Articles