Peperiksaan online susah?
Itulah perasaan yang bermain di minda setiap calon Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27.
Alasan yang biasa mereka keluarkan adalah
“Saya tidak tahu menggunakan komputer dan internet” saya sambung “tetapi mampu guna facebook”.
“Saya nak kena pergi McD ke untuk hadapi exam online ni” saya sambung “McD kan boikot”.
“Malaslah nak ambil exam online, ramai cakap susah! Selalu hang” saya sambung “dengar orang cakap saja ke?”
Lumrah kehidupan, lebih banyak orang gagal berbanding orang yang berjaya. Orang yang gagal merupakan mereka yang sentiasa berfikiran negatif dan takut gagal.Manakala orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa berfikiran positif dan berani menghadapi risiko untuk berjaya.
InshaAllah disini saya sediakan beberapa tips nakal menghadapi peperiksaan online supaya anda lulus dengan cemerlang untuk mereka yang takut esok.
1. Komputer, Laptop
Perkara yang asas untuk anda menghadapi exam online adalah Komputer, Laptop. Tiada benda ni memang anda tak boleh menduduki exam online. Jadi cadangan saya pastikan komputer/laptop anda dapat berfungsi dengan baik. Bagi yang tiada boleh pergi cybercafe. InshaAllah buat pilihan yang bijak dan tepat.
2. Sambungan Internet
Nama pun exam online iaitu peperiksaan di atas talian. Tanpa sambungan internet anda memang tak boleh ambil exam online ni. Cadangan saya pastikan sambungan internet anda 1Mbps ke atas. Kalau nak ke cybercafe cari yang internetnya laju. Kalau ada Unifi lagi bagus. Guna Wifi? Boleh tetapi bukan di McD. hihi
3. Browser
Ini part yang paling penting. Pemilihan Browser (Pelayar) amat penting. Apa yang dicadangkan oleh SPA guna Internet Explorer versi 8.0 dan keatas. Selain itu Mozilla Firefox juga dicadangkan.
4. Supporter
Anda perlukan ‘supporter’ di belakang anda. Satu kelebihan untuk anda. Kalau boleh dicadangkan, mungkin pasangan anda, rakan mahupun adik beradik anda! Mana tidaknya, anda boleh ambil exam di tempat anda secara online dan TIADA PENGAWAS menjaga anda.
5. Sediakan Buku Rujukan
Anda buat pilihan yang bijak sekiranya anda memiliki pakej rujukan peperiksaan online penolong penguasa kastam W27. Bawalah Ebook tersebut di dalam smartphone, tablet atau laptop anda. Semasa dalam exam online nanti anda cuma CTRL + F untuk mencari keywords soalan di dalam exam.
6. Hadir lebih awal
Calon dikehendaki mendaftar masuk 10 minit sebelum peperiksaan bermula di peperiksaan online kastam w27. Cadangan saya masuklah lebih awal dalam 20 minit sebelum peperiksaan mula.
7. Rujuk Manual dan Panduan Yang Betul
inshaAllah boleh rujuk panduan exam online kastam w27 sekarang. Anda perlu tahu manual dan panduan yang dikeluarkan oleh SPA !
8. Sediakan Kalkulator
Siapkan kalkulator di sebelah anda dan jika ada kawan/saudara yang boleh bantu anda bersama, ajak mereka untuk berada di sebelah anda ketika sesi peperiksaan
9. Jangan Buang Masa
Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum menjawab. Jangan buang masa anda kerana masa itu emas.
10. Jawab dengan Tenang
InshaAllah Berusahalah dengan bersungguh-?sungguh dan penuh harap kepada Allah. Semoga kejayaan milik kita semua. Allahumma Ameen Ya Allah.
Jadi adakah anda sudah bersedia???????????
Nota : Silakan kongsi dan tag rakan-rakan anda yang menghadapi exam online ini. Ini adalah tips nakal. Jika ada sebarang masalah boleh hi@profhariz.com
Anda Mungkin Meminati
The post Tips Nakal Menghadapi Peperiksaan Online Supaya Lulus Dengan Cemerlang appeared first on Prof Hariz.